KITAB MUKTAMAR
ULAMA - ULAMA BAGDHAD
UNTUK MENAMBAH
KHAZANAH BACA JUGA
KITAB DIALOG SUNNAH
- SYI'AH DI PENSYAWAR PAKISTAN
SELEPAS MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh - Sumatra
BAHAGIAN PERTAMA
Pendahuluan,
Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab
Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syiah, Cadangan
Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syiah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat
Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada
Muhammad yang berbangsa Arab diutuskan sebagai rahmat kepada semesta alam dan
keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang setia.
Wa ba‘du, dan selepas itu, maka ini adalah Kitab
Muktamar Ulama’ Baghdad sebagai hasil dialog di antara Sunnah dan Syiah yang
telah dianjurkan oleh raja yang disegani Malik Syah Saljuqi di bawah penyeliaan
seorang alim yang juga disegani wazir Nizam al-Mulk.
Latar Belakang
Malik Syah Dan Nizam al-Mulk
Sesungguhnya Malik
Syah bukanlah seorang yang fanatik buta, mengikut bapa-bapa dan
moyang-moyangnya dengan perasaan asabiah buta. Malah beliau adalah seorang
pemuda yang mempunyai minda terbuka, cintakan ilmu dan para ulama. Pada masa
yang sama beliau leka dengan permainan dan perburuan.
Wazirnya Nizam
al-Mulk adalah seorang lelaki yang bijaksana dan zuhud, mempunyai kemahuan yang
kuat, mencintai kebaikan dan ahlinya. Sentiasa ingin mengetahui hakikat sesuatu
perkara. Beliau amat mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah
mengasaskan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Beliau telah memberi gaji bulanan
kepada ahli ilmu. Dan beliau mengasihani golongan fakir dan miskin.
Sebab Yang
Mencetuskan Dialog
Pada suatu hari
seorang alim yang masyhur bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, seorang pemuka
ulama Syiah telah datang kepada Malik Syah. Manakala beliau keluar dari sisi
Malik Syah, seorang di kalangan hadirin telah memperolok-olokkannya dan
menjeling kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa anda telah
memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda mengetahui, wahai
raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan kafir di mana Allah telah memurkai
dan melaknati mereka? Raja berkata di dalam keadaan hairan, kenapa? Tidakkah
dia seorang muslim?
Lelaki itu berkata:
Tidak, dia adalah seorang Syiah!
Raja berkata:
Apakah pengertian Syiah? Tidakkah Syiah satu golongan daripada golongan muslimin?
Lelaki itu berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak
mengakui khilafah Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Raja berkata:
Adakah di sana orang Islam yang tidak mengakui kepimpinan mereka bertiga?
Lelaki itu berkata:
Ya, mereka itu adalah Syiah.
Raja berkata: Jika
mereka tidak mengakui kepimpinan para sahabat tersebut, kenapa orang ramai
menamakan mereka muslimin?
Lelaki itu berkata:
Justeru itu, aku telah berkata kepada anda bahawa sesungguhnya mereka adalah
kafir…, maka raja berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk
mesti datang bagi menjelaskan hal ini.
Dialog Raja Dengan
Wazirnya Tentang Syiah
Raja telah
memerintahkan Nizam al-Mulik supaya datang kepadanya dan bertanya kepadanya
tentang Syiah: Adakah mereka muslimun?
Nizam al-Mulk
berkata: Ahl al-Sunnah berselisih pendapat, maka sebahagian mereka berkata
bahawa Syiah adalah muslimun, kerana mereka mengucap “Tiada tuhan melainkan
Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah", merek Shalat,
mereka bepuasa. Sebahagian lain pula berkata bah
wa sesungguhnya
mereka adalah kafir.
Raja berkata:
Berapakah bilangan mereka? Nizam al-Mulk berkata: Aku tidak menghitung bilangan
mereka dengan tepat, tetapi mereka mewakili separuh bilangan muslimin lebih
kurang (taqriiban)[1].
Raja berkata:
Adakah separuh muslimin kafir? (fa-hal nisfu muslimin kuffaar). Wazir berkata:
Ahli ilmu menganggapkan mereka kafir, tetapi aku tidak mengkafirkan mereka.
Cadangan Bagi
Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syiah
Raja berkata:
Adakah anda, wahai wazir, boleh mengumpulkan para ulama Syiah dan Sunnah supaya
kita dapat mengetahui hakikat sebenar?
Wazir berkata: Ini
adalah satu perkara yang susah, aku khuatir keselamatan raja dan negaranya!.
Raja berkata:
Kenapa?
Keengganan Nizam
Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog
Wazir berkata:
Kerana persoalan Syiah dan Sunnah bukanlah perkara yang mudah, malah ia adalah
persoalan hak dan batil. Sesungguhnya darah telah banyak mengalir kerananya,
banyak perpustakaan dibakar kerananya, wanita-wanita ditawan kerananya,
kitab-kitab banyak dikarang kerananya dan telah berlaku peperangan kerananya.
Desakan Raja Malik
Syah Supaya Diadakan Dialog
Raja yang muda itu
merasa hairan tentang keadaan ini, lalu beliau berfikir dengan serius, kemudian
berkata: Wahai wazir, sesungguhnya anda mengetahui bahawa Allah telah
mengurniakan kepada kita kerajaan yang besar, tentera yang ramai, maka kita
wajib bersyukur kepada Allah di atas nikmat ini dan kesyukuran kita itu adalah
dengan mengetahui hakikat sebenar; kita menunjuk orang yang sesat kepada jalan
yang benar.
Demi Kebenaran
Pasti salah satu
daripada dua golongan ini di atas kebenaran dan yang satu lagi di atas
kebatilan, kita mesti mengetahui kebenaran, maka kita mengikutnya dan kita
mesti mengetahui kebatilan, maka kita meninggalkannya. Justeru itu, anda
hendaklah menyediakan, wahai wazir, muktamar seumpama ini dengan kehadiran para
ulama Syiah dan Sunnah, kehadiran ketua-ketua tentera, penulis-penulis dan
semua pembesar negara. Apabila kita melihat bahawa sesungguhnya kebenaran itu
bersama Ahl al-Sunnah, maka kita masukkan Syiah kepada Ahl al-Sunnah dengan
kekuatan.
Wazir berkata:
Apabila Syiah tidak mahu memasuki mazhab Ahl al-Sunnah apakah anda akan
melakukannya?
Raja berkata: Kita
bunuh mereka!
Wazir berkata:
Adakah boleh membunuh separuh bilangan muslimin?
Penawar Dan
Penyelesaiannya?
Raja berkata:
Apakah penawar dan penyelesaian?
Wazir berkata: Anda
tinggalkan perkara ini.
Dialog di antara
raja dan wazirnya yang bijaksana telah berakhir, tetapi raja telah menghabiskan
masa satu malam berfikir dengan serius mengenainya tanpa tidur sehingga pagi.
Bagaimana perkara yang penting ini tidak dipatuhi? Pada pagi hari raja telah
memanggil Nizam al-Mulk dan berkata kepadanya: Baiklah kita memanggil ulama dua
golongan itu, kita akan melihat sepanjang perbincangan di antara dua golongan
itu, kebenaran di pihak mana. Apabila kebenaran bersama mazhab Ahl al-Sunnah,
kita menyeru Syiah dengan hikmah, nasihat yang baik dan kita menggalakkan
mereka dengan harta dan pangkat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya
kepada golongan yang dijinakkan hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh
berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.
Kekhuatiran Nizam
Al-Mulik Untuk Mengadakan Muktamar
Wazir berkata:
Pendapat anda itu baik, tetapi sesungguhnya aku khuatir tentang muktamar ini!
Raja berkata:
Kenapa khuatir?
Wazir berkata: Aku
khuatir Syiah akan mengalahkan Ahl al-Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi
hujah-hujah kita, justeru itu, orang ramai akan terjatuh di dalam syak dan
kesamaran!
Raja berkata:
Adakah itu boleh terjadi?
Wazir berkata: Ya,
kerana Syiah mempunyai dalil-dalil yang pemutus, hujah-hujah yang terserlah
daripada al-Qur’an dan hadis-hadis yang membenarkan mazhab mereka dan kebenaran
akidah mereka![2].
Persedian Dialog
Hanya Lima Belas Hari
Raja tidak berpuas
hati dengan jawapan wazirnya, lalu berkata kepadanya: Tidak dapat dielakkan
daripada mengadakan dialog di antara dua golongan itu supaya kebenaran
terserlah kepada kita dan kita membezakannya dari kebatilan. Kemudian wazir
meminta tangguh sebulan bagi melaksanakan perintahnya, tetapi raja yang muda
itu tidak menerima penangguhan itu. Dan akhirnya beliau menentukan masa hanya
lima belas hari sahaja.
Dalam masa lima
belas hari, wazir Nizam al-Mulk telah mengumpulkan sepuluh orang lelaki di
kalangan ulama Ahl al-Sunnah yang besar, pakar di dalam bidang sejarah, fikah,
hadis, Usul dan debat. Sebagaimana beliau mengumpulkan sepuluh orang ulama di
kalangan Syiah yang besar.
Syarat-Syarat
Dialog
Dialog adalah pada
bulan Sya‘ban[3] di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad dan beliau telah menetapkan
bahawa muktamar diadakan dengan syarat-syarat berikut:
Pertama:
Perbincangan akan berterusan daripada waktu pagi sehingga petang dikecualikan
pada masa shalat, makan dan rehat.
Kedua: Perbincangan
mestilah bersandarkan kepada rujukan-rujukan yang dipercayai dan kitab-kitab
yang muktabar, bukan secara dengar kata orang atau propaganda.
Ketiga:
Perbincangan yang berlaku di muktamar ini hendaklah ditulis.
Pembukaan Muktamar
Pada hari yang
ditetapkan, raja, wazirnya dan ketua-ketua tenteranya duduk dan para ulama Ahl
al-Sunnah duduk di kanannya. Sementara para ulama Syiah duduk di kirinya. Wazir
Nizam al-Mulk telah membuka muktamar dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat
kepada Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya. Kemudian beliau berkata:
Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya adalah untuk mencari kebenaran. Justeru
itu, janganlah menyebut seorang sahabat Rasulullah s.a.w dengan cacian atau
kejahatan.
Dialog Tentang
Sahabat
Pembesar ulama Ahl
al-Sunnah bernama Syeikh al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh
berbincang dengan mazhab yang mencaci semua sahabat.
Pembesar ulama
Syiah bernama al-Husain bin Ali dikenali dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah
yang mengkafirkan semua sahabat?
Al-‘Abbasi berkata:
Kamu Syiahlah yang mengkafirkan semua sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
Al-‘Alawi berkata:
Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan. Tidakkah di kalangan para sahabat itu
adalah Ali a.s, al-‘Abbas, Salman Alfarisi, Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dzar
Ghifari dan lain-lain, adakah kami Syiah mengkafirkan mereka?
Al-‘Abbasi berkata:
Aku maksudkan dengan semua sahabat itu adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan
pengikut-pengikut mereka.
Al-‘Alawi berkata:
Anda telah bercanggah dengan diri anda sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq
menetapkan bahawa (mujibat juz’iyyah bertentangan dengan saalibat Kulliyyah),
anda berkata pada satu ketika bahawa Syiah mengkafirkan semua sahabat dan anda
berkata pula bahawa Syiah mengkafirkan sebahagian sahabat.
Wazir Mahu Campur
Tangan
Di sini Nizam
al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim Syiah tidak membiarkannya, lalu
berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada seorang yang berhak bercakap melainkan
apabila kami lemah dari menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan
perbincangan dan mengeluarkan percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang
alim Syiah berkata: Ternyata, wahai al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa
Syiah mengkafirkan semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Abbasi tidak
dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan kerana malu, kemudian berkata:
Tinggalkan kami daripada perkara ini, tetapi adakah kamu Syiah mencaci Abu
Bakar, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya di kalangan Syiah ada golongan yang mecaci mereka dan ada golongan
yang tidak mencaci mereka.
Al-‘Abbasi berkata:
Dan anda, wahai al-‘Alawi, daripada golongan mana?
Al-‘Alawi berkata:
Di kalangan mereka yang tidak mencaci sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa
sesungguhnya golongan yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian
mereka kepada mereka bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak
fasiq dan tidak pula berdosa kecil [4].
Al-‘Abbasi berkata:
Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa yang sedang dikatakan oleh lelaki
ini?
Al-‘Abbasi Cuba Mendapat Sokongan Raja
Al-‘Alawi berkata: Wahai al-‘Abbasi, sesungguhnya
percakapan yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu kesalahan, kerana raja
mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan dalil, bukan dengan hukuman
senjata dan kekuatan.
Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu
adalah betul, apakah jawapan anda, wahai al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa
yang mencaci sahabat adalah kafir.
Al-‘Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda dan bukan di
sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci sahabat berdasarkan ijtihad
dan dalil, adakah anda mengakui bahawa orang yang dicaci oleh Rasul berhak
dicaci?
Al-‘Abbasi berkata:
Aku mengakuinya.
Rasul Mencaci Abu
Bakar Dan Umar
Al-‘Alawi berkata:
Maka Rasul telah mencaci Abu Bakar dan Umar.
Al-‘Abbasi berkata:
Di manakah beliau s.a.w telah mencaci mereka? Ini adalah pembohongan terhadap
Rasulullah.
Al-‘Alawi berkata:
Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah telah menyebut bahawa Rasul telah
menyediakan tentera di bawah pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan
Abu Bakar dan Umar di dalamnya dan bersabda: Allah melaknati orang yang
mengundurkan diri daripada tentera Usamah” (La‘ana llahu man takhallafa ‘an
jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakar dan Umar telah mengundurkan diri[5]daripada
tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul meliputi mereka. Barangsiapa yang
dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang muslim melaknatinya pula.
Di sini al-‘Abbasi
menggelengkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli
Tawārikh telah menyebutnya[6].
Al-‘Alawi berkata:
Jika mencaci sahabat adalah haram, kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah
bin Abu Sufyan, kamu tidak menghukum kefasikan dan kejahatannya, kerana dia
telah mencaci Imam Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun. Kemudian cacian kepadanya berterusan kepada tujuh
puluh tahun? [7]
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata:
Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Al-Qur’an
Al-‘Abbasi berkata:
Di antara bidaah-bidaah kamu Syiah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an!
Al-‘Alawi berkata:
Malah bidaah-bidaah kamu Ahl al-Sunnah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an.
Dalilnya kamu berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah dikumpulkan oleh Uthman,
adakah Rasul jahil apa yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak
mengumpulkan al-Qur’an sehingga Uthman datang dan mengumpulkannya, kemudian
beliau berkata: Bagaimana al-Quran tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan
Nabi memerintahkan kaumnya dan para sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur’an
dan bersabda: Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur’an baginya pahala” Adakah
boleh Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur’an dikhatamkan sedangkan ia belum
dikumpulkan, dan adakah kaum muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman
menyelamatkan mereka? [8]
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazirnya: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa al-Qur‘an dikumpulkan oleh
Uthman?
Wazir berkata:
Demikianlah ahli Tafsir dan Tawārikh menyebutnya[9].
Al-‘Alawi berkata:
Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya Syiah percaya bahawa al-Qur’an telah
dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu melihatnya sekarang, tanpa kurang
meskipun satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-Sunnah
berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah ditambah dan dikurangkan, didahului dan
dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul tidak mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang
telah mengumpulkannya apabila beliau memegang jawatan khalifah.
BAHAGIAN KEDUA
Khalifah, Raja
Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja
Meminta Pertukaran Tajuk, Penyelewengan al-Qur’an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan
Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah
Al-‘Abbasi berkata:
(Dia telah mengambil peluang): Adakah anda telah mendengar, wahai raja,
sesungguhnya lelaki ini tidak menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir
sahaja.
Al-‘Alawi berkata:
Ya, Uthman bukanlah seorang khalifah.
Raja berkata:
Kenapa?
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya Syiah percaya kebatilan khilafah Abu Bakar, Umar dan Uthman!
Raja berkata:
(Dengan hairan dan tanda tanya) kenapa?
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya Uthman telah dilantik melalui enam ahli majis syura [10] yang
ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman,
hanya beliau dilantik oleh tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu,
kesahihan Uthman bergantung kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wasiat Abu
Bakar. Justeru itu, kesahihan Umar bergantung kepada Abu Bakar. Abu Bakar
berkuasa melalui perlantikan kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pedang dan
kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakar bergantung kepada senjata
dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah orang ramai
kepada Abu Bakar adalah sercara faltatan jahiliyah[11]. Allah telah menjaga
muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali kepadanya, maka kamu
bunuhlah dia.
Abu Bakar sendiri
berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan
kamu sedangkan Ali di sisi kamu. Justeru itu, Syiah percaya bahawa khilafah
mereka bertiga adalah batil daripada asasnya.
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu
Bakar dan Umar?
Wazir berkata: Ya,
demikianlah apa yang disebutkan oleh Ahli Sejarah![12]
Mengikuti Mereka
Terdahulu
Raja berkata:
Kenapakah kita menghormati mereka bertiga?
Wazir berkata:
Kerana mengikuti mereka terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!
Al-‘Alawi berkata
kepada raja: Wahai raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebenaran lebih berhak
diikuti atau orang yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah mengikuti
mereka terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di dalam
firman Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 “Sesungguhnya kami mendapati
bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut
jejak-jejak mereka”?!
Khalifah Rasulullah
Raja berkata:
(Ditujukan kepada al-‘Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah
Rasulullah, maka siapakah khalifah Rasulullah?
Al-‘Alawi berkata:
Khalifah Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu Talib.
Raja berkata:
Kenapa dia menjadi khalifah?
Al-‘Alawi berkata:
Kerana Rasul telah menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah
memberi isyarat kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di antaranya di
satu tempat di antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum [13]. Beliau s.a.w
telah mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa yang
telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tuhanku,
hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan
dengannya, tolonglah orang yang menolongnya, hinalah orang yang menghinanya”.
Kemudian beliau
s.a.w turun dari mimbar dan berkata kepada kaum muslimin- Bilangan mereka
melebihi seratus dua puluh ribu orang. Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan
muslimin” Mereka telah datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata
kepada Ali: Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin. Kemudian Abu Bakar dan Umar
datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi kepemimpinan muslimin. Umar
berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi
maulaku dan maula semua mukmin dan mukminat[14]. Justeru itu, khalifah yang sah
bagi Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazirnya: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya,
demikianlah ahli sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Raja berkata:
Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Penyelewengan
Al-Qur’an
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnhya Syiah berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif).
Al-‘Alawi berkata:
Malah ia masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguhnya kamu berkata
tentang penyelewengan al-Qur’an![15]
Al-‘Abbasi berkata:
Ini adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Alawi berkata:
Tidakkah kamu meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat
tentang al-Gharaaniq telah turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan
dan dibuang daripada al-Qur’an?
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar apa yang didakwa oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya,
demikianlah telah disebutkan oleh ahli Tafsir.
Raja berkata:
Bagaimana dipegang atau dipercayai Qur’an yang diselewengkan?
Al-‘Alawi berkata:
Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemikian.
Sesungguhnya ini adalah pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi
kami boleh dipercayai, tetapi al-Qur’an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh
berpegang kepadanya!
Al-‘Abbasi berkata:
Beberapa hadis terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan daripada para ulama kamu?
Al-‘Alawi berkata:
Hadis-hadis itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk dan dipalsukan di
mana musuh-musuh Syiah telah menciptakannya untuk mencemarkan imej Syiah.
Ketiga: Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang
dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang. Sesungguhnya para
ulama kami yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat mereka, tidak
berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat
al-Qur’an tentang pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya
bahawa kamu berkata: Dia berfirman[16]:
Itulah al-Gharaaniq
yang tinggi
Daripadanyalah
syafaat diharap-harapkan
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Raja berkata:
Tinggalkan Tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Sifat Tuhan
Al-‘Alawi berkata:
Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Allah perkara yang tidak layak dengan
kebesaran-Nya.
Al-‘Abbasi berkata:
Seumpama apa?
Al-‘Alawi berkata:
Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia
ketawa dan menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu
kaki-Nya ke dalam neraka pada hari Kiamat[17], sesungguhnya Dia turun dari
langit kepada langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah yang menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur’an
menjelaskannya di dalam Surah al-Fajr (89): 22
“Pada hari betis
disingkapkan”
dan firman Allah di
dalam Surah al-Fath (48): “Tangan Allah di atas tangan mereka”.
Hadis telah
menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!
Al-‘Alawi berkata:
Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan
semata-mata, kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi
Rasulullah (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan
hadis dan mencegahnya[18].
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir-: Adakah benar bahawa Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan
hadis?
Wazir berkata: Ya,
dia telah melarangnya sebagaimana di dalam kitab-kitab Tawarikh.
Raja berkata:
Bagaimana kita berpegang dengan hadis Abu Hurairah?
Wazir berkata:
Kerana ulama telah berpegang kepada hadis-hadisnya.
Raja berkata:
Jikalaulah begitu, ulama mesti lebih alim daripada Umar, kerana Umar telah
melarang Abu Hurairah dari memindahklan hadis kerana pembohongannya terhadap
Rasulullah, tetapi ulama mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!
Al-‘Abbasi berkata:
Lihatlah, wahai al-‘Alawi, sekiranya hadis-hadis tentang Allah tersebut tidak
benar, tetapi apakah yang anda lakukan dengan ayat-ayat al-Qur’an tadi?
Muhkamāt Dan
Mutasyābihāt
Al-‘Alawi berkata:
Al-Qur’an ada ayat-ayat Muhkamaah yang merupakan Ummu al-Kitab dan ada
ayat-ayat Mutasyaabihaah, ada zahir dan batin. Justeru itu, ayat Muhkamah yang
zahir diamalkan menurut zahirnya. Adapun ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam
bentuk majāz dan kinayah. Jikalau tidak, maka maknanya tidak sah pada akal dan
syarak. Umpamanya
apabila anda membawa pengertian firman Allah di dalam Surah al-Fajr (89): 22
“Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris” di
atas pengertian zahirnya, maka anda bertentangan dengan akal dan syarak, kerana
akal dan syarak menghukum kewujudan Allah pada setiap tempat dan setiap tempat
tidak sunyi daripada-Nya selama-lamanya. Ayat tersebut pada zahirnya
menunjukkan Allah itu berjisim dan jisim baginya ruang dan tempat. Ini
bererti jika Allah berada di langit, maka Dia tidak berada di bumi. Jika Dia
berada di bumi, maka Dia tidak berada di langit, ini adalah tidak benar pada
akal dan syarak.
Al-‘Abbasi telah
gementar di hadapan logik ini dan tercengang untuk menjawabnya. Kemudian dia
berkata: Aku tidak boleh menerima percakapan ini dan wajib di atas kita
mengambil pengertian zahir kesemua ayat al-Qur’an.
Al-‘Alawi berkata:
Apakah anda lakukan dengan ayat-ayat Mutasyaabihah? Anda tidak boleh mengambil
pengertian semua ayat al-Quran secara zahir, jika tidak, sahabat anda yang
sedang duduk di sisi anda bernama syeikh Ahmad Uthman (Seorang yang buta
penglihatannya, di kalangan sepuluh wakil Ahli al-Sunnah) daripada ahli neraka?
Al-‘Abbasi berkata:
Kenapa?
Al-‘Alawi berkata:
Kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Isra’ (17) 72:
“Dan barangsiapa
yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih
tersesat dari jalan (yang benar)”.
Syeikh Ahmad adalah
seorang buta di dunia, maka dia di akhirat akan lebih buta dan lebih tersesat
dari jalan yang benar, adakah anda reda dengan perkara ini, wahai syeikh Ahmad?
Syeikh Ahmad
berkata: Tidak sekali-kali, sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan orang yang
buta (al-A‘maa) di dalam ayat: Orang yang menyeleweng dari kebenaran.
Al-‘Alawi berkata:
Jikalaulah begitu keadaannya, maka tetaplah bahawa manusia tidak boleh beramal
dengan semua ayat al-Qur’an secara zahir.
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Dari sini
perdebatan sekitar zahir al-Qur’an telah berlaku dengan hangat. Al-‘Alawi telah
mengalahkan al-‘Abbasi dengan dalil dan hujah sehingga raja berkata: Tinggalkan
tajuk ini dan tukarlah kepada tajuk yang
Penyelewengan Dan
Kebatilan Ahl Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata:
Di antara penyelewengan dan kebatilan kamu-Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa
kamu berkata: Sesungguhnya Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan
maksiat dan perkara-perkara yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka kerananya?
Al-‘Abbasi berkata:
Ini adalah benar, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 88:
“Barangsiapa yang
disesatkan Allah”
Dan di dalam Surah
al-Taubah (9): 93:
“Dan Allah telah
mengunci mati hati mereka maka mereka tidak mengetahui”.
Al-‘Alawi berkata:
Adapun kata-kata anda bahawa ia ada di dalam al-Qur’an, maka jawapannya:
Sesungguhnya al-Qur’an ada majaz dan ada kinayah. Maka apa yang dimaksudkan
dengan al-Dalal (kesesatan) bahawa Allah meninggalkan manusia yang celaka dan
membiarkannya sehingga dia sesat iaitu sebagaimana kata-kata kita:
“Sesungguhnya kerajaan telah merosakkan orang ramai”. Ini bererti kerajaan
telah meninggalkan mereka dengan keadaan mereka tanpa mengambil berat tentang
nasib mereka, ini adalah yang pertama.
Kedua: Tidakkah
anda mendengar firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 28:
“Katakanlah!
Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji”.
Firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76):3:
“Sesungguhnya Kami telah menunjukkannya jalan yang
lurus; ada yang bersyukur dan ada yang kafir”
dan firman-Nya di
dalam Surah al-Balad (90):10:
“Dan Kami telah
menunjukkan kepadanya dua jalan”.
Ketiga: Tidak harus
pada akal bahawa Allah menyuruh kepada kemaksiatan, kemudian Dia menyeksa
pelakunya. Ini adalah jauh sekali daripada orang awam melakukannya dan
bagaimana dengan Allah Yang Maha Adil dan Maha Tinggi. Maha Suci Allah daripada
apa yang dikatakan oleh musyrikin dan golongan yang zalim.
Raja berkata:
Tidak, tidak, tidak mungkin Allah memaksa manusia melakukan kemaksiatan,
kemudian menyeksanya, ini adalah satu kezaliman. Sesungguhnya Allah adalah
bersih daripada kezaliman dan kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali
Imran (3): 182:
“(Azab seksa) yang
demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu
sendiri. Dan (ingatlah) sungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hamba-Nya”.
Tetapi aku tidak
fikir bahawa Ahl al-Sunnah berpegang kepada kata-kata al-‘Abbasi?
Raja meminta
Penjelasan
Kemudian raja
berpaling kepada wazir sambil berkata: Adakah Ahl al-Sunnah berpegang atau
berpendapat sedemikian?
Wazir berkata: Ya,
ia adalah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah berpegang sedemikian!
Raja berkata:
Bagaimana mereka berkata dengan apa yang menyalahi akal?
Wazir berkata: Bagi
mereka takwilan dan dalil-dalil.
Raja berkata:
Sekalipun ada takwil dan dalil, maka ia tidak masuk akal dan aku tidak
berpendapat selain daripada pendapat Sayyid al-‘Alawi bahawa Allah tidak
memaksa seseorang ke atas kekafiran dan kemaksiatan, kemudian menyeksanya di
atas perkara tersebut.
Rasulullah S.A.W
Syak Pada Kenabiannya
Al-‘Alawi berkata:
Kemudian sesungguhnya Ahl al-Sunnah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah
mengesyaki pada kenabiannya sendiri.
Al-‘Abbasi berkata:
Ini adalah pembohongan yang nyata.
Al-‘Alawi berkata:
Tidakkah kamu melihat di dalam kitab-kitab kamu menyatakan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Tidak terlambat Jibrail ke atasku sekali melainkan aku
menyangka bahawa dia turun kepada Ibn al-Khattab” (Ma abta’a Jibrail ‘alayya
marratan illaa wa zanan-tu anna-hu nazala ‘ala Ibn al-Khattab) sedangkan di
sana terdapat beberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan bahawa Allah telah
mengambil perjanjian daripada Nabi Muhammad s.a.w di atas kenabiannya?
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi bahawa hadis ini ada di
dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya,
ia ada di dalam beberapa kitab Ahl al-Sunnah [19].
Raja berkata: Ini
adalah kafir secara langsung (al-Kufr bi-‘Aini-hi).
Mencaci Rasulullah
S.A.W
Kemudian Ahl
al-Sunnah mengatakan di dalam cacian mereka bahawa Rasulullah s.a.w telah
membawa ‘Aisyah di atas bahunya bagi membolehkannya melihat ahli musik, adakah
ini layak dengan makam Rasulullah dan kedudukannya?
Al-‘Abbasi berkata:
Ia tidak memudaratkan [nya ][20].
Al-‘Alawi berkata:
Adakah anda akan melakukannya sedangkan anda seorang lelaki biasa, adakah anda
membawa isteri anda di atas bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik?
Raja Mencelah
Raja berkata: Orang
yang mempunyai sedikit malu dan cemburu tidak akan reda dengan perkara ini,
bagaimana dengan Rasulullah yang menjadi contoh “malu dan cemburu” serta
keimanan. Adakah benar perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya,
ia ada di dalam sebahagaian kitab-kitab Ahl al-Sunnah!
Raja berkata:
Bagaimana kita beriman dengan seorang nabi yang mengesyaki pada kenabiannya
sendiri?
Al-‘Abbasi berkata:
Riwayat ini mesti ditakwil?
Al-‘Alawi berkata:
Adakah riwayat ini layak ditakwil? Adakah anda mengetahui, wahai raja, bahawa
Ahl al-Sunnah mempercayai khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?
Al-‘Abbasi berkata:
Khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan yang mana anda maksudkan?
Khurafat-Khurafat
Ahl Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata:
Aku telah menerangkan kepada anda bahawa kamu Ahl al-Sunnah berkata:
1. Sesungguhnya
Allah adalah seperti manusia bagi-Nya tangan, kaki, pergerakan dan diam.
2. Sesungguhnya
al-Qur’an telah diselewengkan dan padanya pertambahan dan kekurangan[21].
3. Sesungguhnya
Rasul melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh manusia biasa seperti
memikul ‘Aisyah di atas bahunya.
4. Sesungguhnya
Rasul telah mengesyaki kenabiannya sendiri.
5. Sesungguhnya
mereka yang telah datang sebelum Ali bin Abu Talib telah bersandar kepada
pedang dan kekuatan untuk menegakkan diri mereka dan tanpa sandaran yang sah
bagi mereka.
6. Sesungguhnya
kitab-kitab mereka meriwayatkan bahawa Abu Hurairah dan seumpamanya adalah
terdiri di kalangan mereka yang memalsukan hadis-hadis, di kalangan dajal-dajal
dan ahli kebatilan yang lain.
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Raja berkata:
Tinggalkan tajuk ini dan tukar kepada tajuk yang lain.
Mengaitkan Perkara
Yang Tidak Layak
Al-‘Alawi berkata:
Kemudian bahawa sesungguhnya Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Rasulullah s.a.w
perkara yang tidak layak walaupun kepada manusia biasa!
Al-‘Abbasi berkata:
Seperti apa?
Al-‘Alawi berkata:
Seperti mereka berkata: Sesungguhnya Surah ‘Abasa (80):1-2:
“Dia bermuka masam
dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya” telah diturunkan
tentang Rasul [22]!
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah yang menghalangnya?
Al-‘Alawi berkata:
Yang menghalangnya adalah firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68):4
“Dan sesungguhnya
kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”
dan firman-Nya di
dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107
:
“Dan tiadalah Kami
mengutus kamu, melainklan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
Adakah masuk akal
bahawa Rasul yang disifatkan oleh Allah dengan akhlaknya yang agung dan menjadi
rahmat kepada alam semesta melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan
terhadap orang buta mukmin?
Raja Mencelah
Raja berkata:
Adalah tidak masuk akal bahawa perbuatan ini keluar daripada Rasul kemanusiaan
dan nabi rahmat. Jikalaulah begitu, wahai al-‘Alawi, kepada siapakah ayat ini
diturunkan?
Al-‘Alawi berkata:
Hadis-hadis sahih dari keluarga Rasulullah di mana al-Qur’an telah turun di
rumah mereka berkata: Sesungguhnya ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin
‘Affan. Ia berlaku apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lantas Uthman
menentangnya dan memalingkan belakangnya kepadanya.
Di sini Sayyid
Jamal al-Din; seorang ulama Syiah yang turut hadir dalam muktamar berkata:
"Telah berlaku kepadaku tentang kisah ini bersama Surah ini bahwa salah
seorang ulama Nasara berkata kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih baik
daripada nabi kamu Muhammad (s.a.w)."
Aku bertanya:
Kenapa?
Dia berkata:
Sesungguhnya nabi kamu mempunyai akhlak yang jahat bermasam muka kepada
golongan yang buta dan memalingkan belakangnya kepada mereka. Sementara nabi
kami Isa mempunyai akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang buta dan
berpenyakit sopak.
Aku berkata: Wahai
Masihi, ketahuilah sesungguhnya kami adalah Syiah, kami berpendapat bahawa
Surah telah turun tentang Uthman bin ‘Affan dan bukan tentang Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya nabi Kami Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang baik, sifat yang
terpuji sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68):4
“Dan sesungguhnya
kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”
dan firman-Nya
dalam Surah al-Anbiyā’ (21): 107
“Dan tiadalah Kami
mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
Orang Masihi itu
berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar kata-kata ini daripada seorang khatib
di Baghdad!
Al-‘Alawi berkata:
Apa yang masyhur di sisi kami bahwa sebahagian perawi yang jahat telah
mengaitkan kisah ini kepada Rasulullah bagi melepaskan Uthman bin ‘Affan.
Justeru itu, mereka telah mengaitkan pembohongan kepada Allah dan Rasul
sehingga mereka membersihkan khalifah-khalifah mereka!
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Raja berkata:
Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Syiah Mengingkari
Iman Mereka Bertiga
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnya Syiah mengingkari iman ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak
benar, kerana jikalaulah mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah s.a.w
telah menjalani hubungan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?
Al-‘Alawi berkata:
Syiah percaya sesungguhnya mereka bertiga tidak mukminin dari segi hati dan
batin mereka (qalban wa bātinan) sekalipun mereka menzahirkan Islam secara
lidah dan kezahiran [23]. Rasul yang mulia telah menerima Islam setiap orang
yang mengucap dua kalimah syahadat sekalipun dia seorang munafik yang sebenar,
tetapi beliau s.a.w telah memberi layanan kepada mereka dengan layanan
muslimin. Lantaran itu, hubungan perkahwinan Nabi dengan mereka (musāharah
al-Nabi la-hum) dan hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!
BAHAGIAN KETIGA
Dalil Tidak
Berimannya Abu Bakar, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta
Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat
Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi, Dalil Tidak berimannya Uthman Dan Lain-Lain.
Dalil Tidak Berimannya
Abu Bakar
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakar?
Al-‘Alawi berkata:
Dalil-dalil yang kuat tentangnya adalah banyak. Di antaranya: Dia telah
mengkhianati Rasulullah pada banyak tempat. Di antaranya: Larinya dari tentera
Usamah dan penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut.
Al-Qur’an al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang yang
menyalahi Rasul, Allah berfirman di dalam Surah al-Nisā’
“Maka demi Tuhanmu,
(mereka pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di
dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan
mereka menerima dengan sepenuhnya”
Abu Bakar telah
menderhakai perintah Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk
dalam ayat yang menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.
Dan tambahan pula
Bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang yang lari atau meninggalkan tentera
Usamah. Kami telah menyebut terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakar telah
melarikan diri daripada tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?
Tentu sekali: Tidak.
Raja Mencelah
Raja berkata: Jika
begitu, maka benarlah kata-kata al-‘Alawi bahawa Abu Bakar bukan mukmin!
Wazir berkata: Ahl
al-Sunnah mempunyai takwil tentang larinya Abu Bakar daripada tentera Usamah.
Raja berkata:
Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang, jikalau kita membuka bab ini,
nescaya setiap penjenayah akan menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?
Pencuri berkata: Aku telah mencuri kerana aku seorang fakir. Peminum arak
berkata: Aku telah meminum arak kerana aku banyak berdukacita dan penzina
berkata peraturan akan menjadi cacat, orang ramai berani melakukan maksiat,
tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan kita.
Muka al-‘Abbasi
bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung, dia tidak tahu apa yang
dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah dalil tidak berimannya Umar?
Dalil Tidak
Berimannya Umar
Al-‘Alawi berkata:
Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya: Dia sendiri telah menerangkan bahawa
dia bukan seorang mukmin!
Al-‘Abbasi berkata:
Di tempat mana?
Al-‘Alawi berkata:
Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) seperti syak aku
pada hari al-Hudaibiyyah [24](maa syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki
yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian
Nabi kita Muhammad s.a.w , tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih
banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak sebelumnya, wahai
al-‘Abbasi, katakanlah kepadaku dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang
mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?
Al-‘Abbasi diam dan
menggelengkan kepalanya kerana malu.
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa Umar telah berkata sedemikian?
Wazir berkata:
Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa perawi!
Raja berkata:
Sungguh hairan... hairan yang sangat, sesungguhnya aku menyangka Umar adalah
golongan yang terdahulu memeluk Islam, imannya sebagai iman contoh, tetapi
jelas sekarang bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!
Al-‘Abbasi Cuba
Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab
Al-‘Abbasi berkata:
Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda di atas akidah anda, janganlah anda
ditipu oleh al-‘Alawi; pombohong ini.
Raja telah
menentang dengan mukanya kepada al-‘Abbasi seraya berkata di dalam keadaan
marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk berkata: Bahawa al-‘Alawi benar di
dalam kata-katanya dan kata-kata Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si
bodoh- Iaitu al-‘Abbasi- berkata: bahawa al-‘Alawi adalah pembohong. Tidakkah
ini satu kedegilan yang nyata?
Suasana majlis
tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan tidak senang hati dengan kata-kata
al-‘Abbasi. Al-‘Abbasi dan para ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam.
Tetapi al-‘Alawi mengangkat kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat
keputusan?
Saat-Saat Kesusahan
Menimpa Al-‘Abbasi
Saat-saat kesusahan
menimpa al-‘Abbasi, dia berangan-angan supaya bumi terbelah di bawahnya,
lantaran itu dia hilang padanya atau malaikat maut datang untuk mengambil
nyawanya dengan segera, kerana malu yang amat sangat dan suasana yang
menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan mazhabnya. Terserlah khurafat
akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua ulama dan ketua-ketua tentera…,
tetapi apakah yang dia akan lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya
untuk soal-jawab bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran
itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan mengangkat kepalanya seraya
berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai al-‘Alawi, tentang Uthman tidak beriman
di hatinya sedangkan Rasul telah mengahwinkannya dengan dua orang anak
perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?[25]
Dalil Uthman Tidak
Beriman
Al-‘Alawi berkata:
Dalil-dalil tentang tidak berimannya Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang
perkara ini: Sesungguhnya muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul
menentangnya, lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w
bersabda: Umatku tidak berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun-
termasuk sahabat-berkumpul untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah
menyamakannya dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah
Na‘lathan (nama seorang lelaki Yahudi), kerana dia telah kafir, bunuhlah
Na‘lathan, nescaya Allah membunuhnya[26]
Sesungguhnya Uthman
telah memukul Abdullah bin Mas‘ud, seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa
penyakit hernia (burut) terlantar di atas hamparan kemudian mati.
Dia telah mengusir
Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit
dan bumi sukar mendapati orang yang lebih benar percakapannya daripada Abu
Dhar”. Dia telah mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau
dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara Makkah dan Madinah
sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di Rabdhah sedangkan Uthman
membahagi-bahagikan harta muslimin kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah
dan Bani Marwan![27]
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli
sejarah telah menyebutnya.
Raja berkata:
Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai khalifah?
Wazir berkata:
Secara syura.
Al-‘Alawi berkata:
Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu!
Raja berkata: Apakah
yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?
Menjadi Khalifah
Dengan Wasiat Umar
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya wazir telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman
tidak dapat jawatan khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar dan undian
tiga orang munafikin sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa‘d bin Abi Waqqas dan ‘Abd
al-Rahman bin ‘Auf. Adakah tiga munafikin ini mewakili semua kaum muslimin?
Kemudian ahli
Tawarikh telah menyebut bahawa mereka yang telah melantik Uthman telah
berpaling tadah daripada Uthman manakala mereka melihat kezalimannya,
pencabulannya terhadap para sahabat Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan
kaum muslimin dengan Kaab al-Ahbar, seorang Yahudi dan pembahagian harta kaum
muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak hairanlah jika mereka bertiga
telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh Uthman!
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya,
demikianlah ahli sejarah telah menyebutnya!
Raja berkata:
Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi khalifah dengan syura?
Wazir berkata: Aku
maksudkan dengan syura itu adalah mereka bertiga!
Raja berkata:
Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan syura?
Wazir berkata:
Sesungguhnya mereka bertiga itu telah dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.
Hadis Sepuluh Orang
Dijamin Syurga Adalah Palsu
Al-‘Alawi berkata:
Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang tidak benar,
sesungguhnya hadis “sepuluh orang masuk syurga” adalah pembohongan dan rekaan
terhadap Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Abbasi berkata:
Bagaimana anda berkata bahawa ia satu pembohongan sedangkan ia diriwayatkan
oleh perawi-perawi yang dipercayai?
Al-‘Alawi berkata:
Banyak dalil yang menunjukkan pembohongan hadis ini dan kebatilannya. Aku akan
menyebut tiga dalil sahaja untuk anda:
Pertama: Bagaimana
Rasulullah menjamin seorang dengan syurga sedangkan dia telah menyakitinya,
iaitu Talhah? Sesungguhnya sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah menyebut
bahawa sesungguhnya Talhah berkata: Jika Muhammad mati, kami akan bernikah
dengan isteri-isterinya selepasnya- atau aku akan mengahwini ‘Aisyah. Lantaran
itu, Rasulullah merasa terkilan dengan kata-kata Talhah, lalu Allah menurunkan
Surah al-Ahzab (33): 53
“Dan tidak boleh
kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya
sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar
(dosanya) di sisi Allah).
Kedua: Sesungguhnya
Talhah dan al-Zubair telah memerangi Imam Ali bin Abu Talib a.s dan
sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang hak Ali a.s: Wahai Ali,
sesungguhnya peperangan anda adalah peperanganku dan perdamaian anda adalah
perdamaianku”[28]. Dan beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang mentaati Ali,
maka sesungguhnya dia mentaati aku dan barangsiapa yang menderhakai Ali, maka
dia menderhakai aku”[29]. Beliau s.a.w bersabda: Ali adalah bersama al-Qur’an
dan al-Qur’an bersama Ali kedua-duanya tidak terpisah sehingga kedua-duanya
dikembalikan kepadaku”. Beliau s.a.w bersabda: Ali bersama kebenaran dan
kebenaran bersama Ali yang mana kebenaran berpusing bersamanya di mana dia
berpusing”[30]. Adakah orang yang memerangi Rasulullah dan menderhakainya di
syurga? Dan adakah orang yang memerangi kebenaran dan al-Qur’an itu seorang
mukmin?
Ketiga:
Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair kedua-duanya telah merancang untuk membunuh
Uthman, justeru itu, adakah mungkin Uthman, Talhah dan al-Zubair semuanya di
syurga. Sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain sedangkan Rasulullah
s.a.w bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya di neraka”
Raja Meminta
Penjelasan
Raja bertanya
kepada Wazir dengan penuh kehairanan: Adakah benar apa yang dikatakan oleh
al-‘Alawi?
Wazir berdiam diri
tanpa berkata apa-apa. Begitu juga al-‘Abbasi dan kumpulannya berdiam diri
tanpa bercakap apa-apa.
Apakah Syaitan
Memaafkan Orang Yang Bercakap Benar?
Apakah yang mereka
kata? Adakah mereka berkata benar? Adakah syaitan memaafkan orang yang mengakui
kebenaran? Adakah nafsu ammarah yang meredai kejahatan sanggup tunduk kepada
kebenaran dan kenyataan? Adakah anda terfikir bahawa mengakui kebenaran itu perkara
yang mudah dan senang?
Tidak! Sesungguhnya
ia adalah perkara yang sukar, kerana ia terpaksa mencabut asabiah jahiliyah dan
menyalahi hawa nafsu sedangkan manusia adalah pengikut hawa nafsu dan kebatilan
melainkan mukminin yang mana bilangan mereka amat sedikit.
Al-‘Alawi Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab Rujukan
Al-‘Alawi telah memecahkan tabir diam, maka dia
berkata: Wahai raja, sesungguhnya wazir, al-‘Abbasi dan ulama mengetahui
kebenaran kata-kataku dan kebenaran percakapanku serta hakikat hadisku. Sekiranya
mereka mengingkari kata-kataku, maka sesungguhnya di Baghdad para ulama yang
menyaksikan kebenaran kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini
kitab-kitab yang menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang muktabar yang
menerangkan kebenaran kata-kataku…. Sekiranya mereka mengakui kata-kataku, maka
ini adalah apa yang dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang, untuk
membawa kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar bahawa kitab-kitab rujukan
menunjukkan kebenaran kata-katanya dan kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata:
Kenapakah anda berdiam diri pada permulaannya?
Mencaci Sahabat
Wazir berkata: Aku
benci mencaci sahabat Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Alawi berkata:
Hairan! Anda benci perkara itu sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak membencinya,
kerana Allah telah memperkenalkan sebahagian sahabat yang munafik dan
memerintahkan Rasul-Nya supaya berjihad menentang mereka sebagaimana beliau
s.a.w berjihad menentang golongan kafir dan Rasul sendiri telah melaknati
sebahagian sahabatnya!
Kata-Kata Semua
Sahabat Adil Satu Pembohongan
Wazir berkata:
Tidakkah anda mendengar kata-kata ulama: Sesungguhnya semua sahabat adalah
adil?
Al-‘Alawi berkata:
Aku telah mendengar kata-kata itu, tetapi aku mengetahui bahawa kata-kata itu
adalah pembohongan dan rekaan, kerana bagaimana semua sahabat adil sedangkan
Allah melaknati sebahagian mereka, Rasul melaknati sebahagian mereka, sahabat
pula saling melaknati sesama mereka, memerangi sesama mereka, mencaci sesama
mereka dan membunuh sesama mereka?
Bagaimana Kaum
Muslimin Mengambil Mereka Sebagai Khalifah Dan Mengikuti Mereka?
Di sini al-‘Abbasi
mendapati pintu tertutup di hadapannya, lantas dia datang dari pintu yang lain
pula dan berkata: Wahai raja, katakanlah kepada al-‘Alawi bahawa jika
ketiga-tiga khalifah itu tidak mukminin, bagaimana kaum muslimin mengambil
mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka?
Al-‘Alawi berkata:
Pertama: Bukan semua kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl
al-Sunnah sahaja.
Kedua: Sesungguhnya
mereka yang percaya dengan khilafah mereka terbahagi kepada dua bahagian: Orang
yang jahil dan orang yang degil (mu‘aanid). Adapun orang yang jahil, maka dia
tidak mengetahui keburukan mereka dan hakikat mereka, mereka menggambarkan
mereka sebagai manusia yang baik dan mukminin. Adapun orang yang degil, maka
dalil dan bukti tidak memanfaatkannya selama dia berkeras di atas kedegilannya.
Allah berfirman di dalam Surah al-A‘raf (7): 146:
“Aku akan
memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada
alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku);
dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan
(bukti), mereka tidak beriman kepada-Nya, dan jika mereka melihat jalan yang
(membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang
dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus
mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka
mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”.
Dalam Surah
al-Baqarah (2): 6:
“Sama saja bagi
mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu memberi peringatan, mereka tidak
juga akan beriman”!
Ketiga:
Sesungguhnya golongan yang telah memilih mereka sebagai khalifah telah tersilap
di dalam pemilihan mereka sebagaimana Golongan Yahudi berkata:
“Dan orang Yahudi
berkata: ‘Uzair adalah putera Allah”
Begitu juga
golongan Nasara telah melakukan kesilapan, mereka berkata:
“Dan orang-orang
Nasara berkata: Al-Masih itu putera Allah”. Surah al-Taubah (9):30 .
Manusia wajib mentaati Allah dan Rasul. Wajib
mentaati kebenaran bukan mentaati manusia di atas kesalahan dan kebatilan. Allah berfirman:
Taatilah Allah dan taatilah Rasul…Surah al-Nisa’
(4):59.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bertukarlah
kepada tajuk yang lain.
Kesamaran Ahl Al-Sunnah
Di antara kesamaran Ahl al-Sunnah dan kesalahan mereka
bahawa mereka telah meninggalkan Ali bin Abu Talib (a.s.) dan mereka mengikut
pendapat mereka yang terdahulu.
Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Ali bin Abu Talib telah
dipilih oleh Rasul (s.a.w) [31] sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh
Rasul. Kemudian dia berkata:
Wahai raja, sesungguhnya anda sekiranya anda memilih
seseorang untuk menduduki tempat anda atau khilafah anda, adakah wajib bagi
menteri-menteri dan anggota-anggota kerajaan mematuhi anda? Atau mereka berhak
memecat khalifah anda dan memilih orang lain di tempat anda?
Raja berkata: Malah, wajib bagi mereka mematuhi
khalifahku yang aku memilihnya sendiri, mereka wajib mematuhinya dan mentaati
perintahku padanya.
Syiah Mengikuti Khalifah Rasulullah
Al-‘Alawi berkata: Begitulah yang dilakukan oleh
Syiah, sesungguhnya mereka telah mengikuti khalifah Rasulullah yang telah
dipilih olehnya dengan perintah Allah iaitu Ali bin Abu Talib dan mereka
meninggalkan orang selain daripadanya.
Sebab Ali Tidak
layak Menjadi Khalifah?
Al-‘Abbasi berkata:
Tetapi Ali bin Abu Talib tidak layak menjadi khalifah disebabkan umurnya masih
muda [32] sementara Abu Bakar seorang yang tua [33]. Di samping itu Ali bin Abu
Talib telah membunuh ketua-ketua Arab dan menghancurkan penglima-penglima
mereka[34]. Justeru itu Arab tidak meredainya. Begitu juga Abu Bakar tidak
meredainya!
Orang Ramai Lebih
Alim Daripada Allah Dan Rasul?
Al-‘Alawi berkata:
Adakah anda mendengarnya, wahai raja bahawa al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya
orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan
yang paling baik (al-Aslah), al-‘Abbasi tidak mengambil iktibar firman Allah
dan sabda Rasul-Nya di dalam pemilihan Ali bin Abu Talib, malah dia mengambil
kata-kata orang ramai untuk kepentingan Abu Bakar. Ini bererti bahawa Allah
Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak mengetahui apa yang paling layak dan
paling baik sehingga datang golongan jahil, lalu mereka memilih orang yang
paling layak? Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Ahzab (33): 36
“Dan tidaklah patut
bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu
ketetapan. Akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka susungguhnya dia telah
sesat, sesat yang nyata”?
Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Anfal (8):
24:
“Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah
dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan
kepada kamu”?
Al-‘Abbasi berkata: Tidak sekali, sesungguhnya aku
tidak berkata bahawa manusia adalah lebih mengetahui daripada Allah dan
Rasul-Nya.
Al-‘Alawi berkata:
Jikalau begitu, kata-kata anda tidak mempunyai makna. Jikalau Allah dan Rasul
telah memilih seorang tertentu menjadi khalifah, maka wajib anda mematuhinya
sama ada orang ramai meredainya ataupun tidak!
Al-‘Abbasi berkata:
Tetapi kelayakan Ali bin Abu Talib adalah sedikit?
Al-‘Alawi berkata:
Pertama: Makna kata-kata anda bahawa sesungguhnya Allah tidak mengetahui Ali
bin Abu Talib dengan sebenarnya, maka Dia tidak mengetahui kelayakkannya adalah
sedikit, justeru itu Dia telah melantiknya menjadi khalifah. Ini adalah
kekufuran yang nyata.
Kedua: Sebenarnya
kelayakan untuk menjadi khalifah adalah banyak pada Ali bin Abu Talib.
Sementara orang lain tidak banyak kelayakan mereka!
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah kelayakannya?
BAHAGIAN KEEMPAT
Kelayakan Ali A.S
Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap Rasulullah
S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mutaah,
Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali A.S
Menjadi Khalifah
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya kelayakannya adalah banyak. Pertamanya adalah penentuan atau
pilihan adalah daripada Allah dan Rasul-Nya.
Kedua: Ali bin Abu
Talib adalah sahabat yang paling alim. Justeru itu, Rasulullah bersabda: Orang
yang paling alim di dalam perundangan di kalangan kamu adalah Ali” Umar bin
al-Khattab berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami di dalam
bidang kehakiman[35]” Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali
adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar atau hikmat, maka hendaklah
dia mendatangi pintunya”[36]
Ali a.s berkata:
Sesungguhnya Rasulullah telah mengajar aku seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w
membuka untukku setiap pintu seribu bab” [37]. Ini ternyata orang alim itu
diutamakan daripada orang jahil. Allah berfirman di dalam Surah al-Zumar
(39):9:
“Katakanlah! Adakah
sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang jahil”
Ketiga: Ali a.s
tidak berhajat kepada orang lain sedangkan orang lain berhajat kepadanya[38].
Tidakkah Abu Bakar berkata: "Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang
paling baik di kalangan kamu dan Ali ada pada kamu". Tidakkah Umar berkata
lebih daripada tujuh puluh kali: "Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah
Umar”[39]. “ Mudah-mudahan Allah tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di mana
anda tidak ada padanya, wahai Abu al-Hasan”[40]. “Jangan seorang daripada kamu
mengeluarkan fatwa sedangkan Ali berada di masjid” [41]
Keempat:
Sesungguhnya Ali bin Abu Talib tidak pernah menderhakai Allah dan beliau a.s
tidak pernah menyembah selain daripada Allah, tidak pernah sujud kepada berhala
sepanjang hidupnya sedangkan mereka bertiga telah menderhakai Allah dan
menyembah selain daripada Allah dan sujud kepada berhala-berhala. Allah
berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 124:
“Janjiku tidak akan
dicapai oleh golongan yang zalim”.
Adalah jelas sekali
bahawa penderhaka adalah seorang yang zalim, justeru itu, dia tidak layak untuk
mendapat janji Allah iaitu kenabian dan khilafah.
Kelima:
Sesungguhnya Ali bin Abu Talib mempunyai fikiran yang sejahtera dan akal yang
tinggi, pendapat yang tepat berteraskan Islam. Sementara orang lain mempunyai
pendapat yang cetek berteraskan syaitan, Abu Bakar berkata: "Sesungguhnya
bagiku syaitan yang menggodaku". Sesungguhnya Umar telah menyalahi
Rasulullah pada tempat yang banyak. Uthman mempunyai akal yang lemah,
keluarganya memberi kesan sampingan yang buruk terhadapnya umpamanya: Marwan
bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai Wazagh bin
al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak)[42]. Rasulullah s.a.w telah melaknati
Marwan dan keturunannya melainkan mukmin, maka bilangan mereka adalah sedikit.
Begitu juga dengan Ka‘ab al-Ahbar si Yahudi dan lain-lain!
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar bahawa Abu Bakar berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang
menggodaku”?
Wazir berkata: Ini
terdapat di dalam kitab-kitab sejarah[43].
Raja berkata:
Adakah benar Umar telah menyalahi Rasulullah?
Wazir berkata: Kita
akan meminta penjelasan daripada al-‘Alawi apa yang dia masksudkan dengan
kata-katanya?
Penentangan Umar
Terhadap Rasulullah S.A.W
Al-‘Alawi berkata:
Ya, para ulama Ahl al-Sunnah telah menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar
mereka sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa
tempat, di antaranya:
Pertama: Ketika
Nabi s.a.w mahu mengerjakan sembahyang ke atas Abdullah bin ‘Ubayy,
sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah dengan tentangan yang keras
(qaasian) sehingga Rasulullah s.a.w terasa terkilan sedangkan Allah berfirman
di dalam Surah al-Tawbah (9): 61
“Dan golongan yang
menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih”.
Kedua: Ketika
Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dipisahkan di antara ‘Umrah tamattu‘ dan
Haji tamattu‘ lalu mengharuskan suami menghampiri isterinya di antara ‘umrah
dan haji. Lalu ‘Umar menentangnya dan berkata dengan kata-kata kesat: Adakah
kami mengerjakan ihram sedangkan zakar-zakar kami masih mengeluarkan air mani”
(a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa taqturu maniyyan). Lantas Nabi (s.a.w) berkata:
Sesungguhnya engkau tidak akan beriman dengan perkara ini selama-lamanya”.
Dengan sabda ini bererti bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa Umar adalah di
kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian [hukum] dan kafir dengan
sebahagian [hukum].
Ketiga: Tentang
nikah mutaah bahawa Umar tidak mempercayainya. Apabila dia memerintah dan
merampas kerusi khilafah, dia berkata: Dua mutaah adalah halal pada masa
Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku menyeksa ke atas kedua-duanya
[pelakunya]” (Mut‘ataani kaanataa ‘ala ‘ahdi Rasulillah wa ana uharrimu-huma wa
u‘aqibu ‘alai-himaa) sedangkan al-Qur’an menyatakan di dalam Surah al-Nisa
(4):24:
“Dan isteri-isteri
yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”.
Ahli tafsir
menyebut bahawa ayat tersebut diturunkan tentang harusnya mutaah. Dan inilah
amalan kaum muslimin sehingga pada pemerintahan Umar. Manakala Umar telah
mengharamkannya, perzinaan dan kejahatan di kalangan kaum muslimin semakin
bertambah. Justeru itu, Umar telah menggantungkan hukum Allah dan Sunnah
Rasul-Nya, lalu perzinaan dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam firman Allah Surah
al-Mā'idah (5):44 .45 , 47:
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir”
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim”
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik”
Keempat: Di dalam peperangan al-Hudaibiyyah
sebagaimana telah disebutkan bahawa Umar telah mengesyaki kenabian Muhammad
s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah menyalahi Rasulullah dan
menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat terhadap Rasulullah!
Raja berkata: Pada hakikatnya aku juga tidak reda
dengan nikah mutaah!
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mengakui bahawa ia
adalah daripada perundangan Islam atau tidak?
Raja berkata: Aku
tidak mengakuinya.
Al-‘Alawi berkata:
Apakah makna Surah al-Nisa’ (4): 24:
“Dan isteri-isteri
yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”?
Dan apakah makna
kata-kata Umar: Dua mutaah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku
mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]”?
Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah mutaah adalah harus dan
berlaku pada masa Rasulullah, pada masa Abu Bakar dan sebahagian pada masa
pemerintahan Umar. Kemudian dia melarangnya dan mengharamkannya?
Di samping
dalil-dalil yang banyak, wahai raja, sesungguhnya Umar sendiri telah melakukan
mutaah dengan wanita-wanita[44] dan Abdullah bin al-Zubair adalah anak mutaah!
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata:
Apakah pendapat anda, wahai Nizam al-Mulk?
Wazir berkata:
Hujah al-‘Alawi adalah kuat dan benar, tetapi disebabkan Umar telah
melarangnya, maka wajib ke atas kita mengikutinya.
Al-‘Alawi berkata:
Adakah Allah dan Rasul lebih berhak diikuti atau Umar? Tidakkah anda membaca, wahai wazir, firman Allah di
dalam Surah al-Hasyar (59):7
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah
dia”,
Firman Allah di dalam Surah al-Nisa ‘ (4): 59
“Dan taatilah Rasul…”
Firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 21:
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu
ikutan yang baik bagi kamu”
Dan hadis yang masyhur: Halal Muhammad itu adalah
halal sehingga hari Kiamat dan haram Muhammad itu adalah haram sehingga hari
Kiamat”?
Raja Mencelah
Raja berkata: Aku percaya semua perundangan Islam,
tetapi aku tidak faham, sebab dihalalkan mutaah, adakah seorang daripada kamu
mahu memberi anak perempuannya atau saudara perempuannya kepada seorang lelaki
supaya dia melakukan nikah mutaah dengannya selama satu jam atau beberapa
ketika, tidakkah ini satu keburukan?
Al-‘Alawi berkata: Apakah pendapat anda, wahai raja:
Adakah manusia mahu mengahwinkan anak perempuannya atau saudara perempuannya
dengan akad daim (nikah biasa) kepada seorang lelaki sedangkan dia mengetahui
bahawa lelaki itu akan menceraikannya selepas satu jam atau beberapa ketika
iaitu selepas berseronok dengannya?
Raja berkata: Aku
tidak mahu.
Al-‘Alawi berkata:
Ahl al-Sunnah mengakui akad daim adalah benar, talak selepasnya juga adalah benar,
maka tiada perbezaan di antara akad mutaah (munqati‘) dan akad daim selain
daripada mutaah akan berakhir dengan masanya dan akad daim akan berakhir dengan
talak atau di dalam erti kata yang lain: Akad mutaah adalah seperti akad
sewa-beli (al-Ijaarah) dan akad daim sepertilah akad milik di mana sewa akan
berakhir dengan berakhirnya masa dan milik akan berakhir dengan jualan
umpamanya!
Justeru itu,
perundangan mutaah adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat
dari hajat-hajat badan sebagaimana juga perundangan nikah daim adalah sejahtera
dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat daripada hajat-hajat badan.
Kemudian aku ingin
bertanya anda, wahai raja, apakah pendapat anda tentang janda-janda atau
ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan
tiada seorangpun yang datang melamar mereka? Tidakkah akad nikah mutaah
merupakan satu cara untuk menjaga mereka daripada kejahatan?
Tidakkah dengan
mutaah, mereka mendapat harta untuk perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim
mereka.
Apakah pendapat
anda tentang pemuda-pemuda dan lelaki di mana keadaan tidak memaafkan mereka
untuk berkahwin secara daim, tidakkah mutaah merupakan satu penyelesaian untuk
mereka bagi melepaskan daripada kekuatan seks yang ganas?! Bagi menjaga
daripada kefasikan?
Tidakkah mutaah itu
lebih baik daripada zina, liwat dan onani?
Sesungguhnya aku
percaya, wahai raja, sesungguhnya jenayah zina, liwat atau onani berlaku di
kalangan kaum muslimin, kembali sebabnya kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam
dosanya, kerana dialah yang menghalangnya dan mencegah kaum muslimin
daripadanya! Banyak berita yang menunjukkan bahawa zina telah meningkat di
kalangan orang ramai semenjak Umar melarangnya!
Adapun kata-kata
anda, wahai raja, sesungguhnya aku tidak mahu (La arghabu)…, sesungguhnya Islam
tidak memaksa sesiapapun untuk melakukannya sebagaimana Islam tidak memaksa
anda untuk mengahwinkan anak perempuan anda kepada lelaki yang mana anda
mengetahui bahawa dia akan menceraikan anak perempuan anda selepas satu jam
atau beberapa ketika daripada akad nikah. Tidak mahunya anda dan orang ramai di
atas sesuatu perkara bukanlah dalil di atas pengharamannya, kerana hukum Allah
adalah tetap, tidak berubah dengan hawa nafsu dan pendapat-pendapat!
Raja Tertarik Tentang
Mutaah
Raja berkata kepada
wazir: Hujah al-‘Alawi tentang harusnya mutaah adalah kuat.
Wazir berkata:
Tetapi para ulama telah mengikut pendapat Umar.
Al-‘Alawi berkata:
Pertama: Sesungguhnya mereka yang mengikut Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah
sahaja bukan semua ulama.
Kedua: Hukum Allah
dan Rasul-Nya lebih berhak diikuti atau pendapat Umar?
Ketiga:
Sesungguhnya para ulama kamu bercanggah sesama sendiri tentang pendapat Umar
dan perundangannya.
Wazir berkata:
Bagaimana?
Al-‘Alawi berkata:
Kerana Umar berkata: Dua mutaah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku
mengharamkannya: Mutaah haji dan mutaah perempuan”. Jikalaulah pendapat Umar
itu betul, kenapakah para ulama kamu tidak mengikut pendapatnya tentang mutaah
haji? Sesungguhnya para ulama kamu telah menyalahi Umar dan berkata: Mutaah
haji adalah benar sekalipun Umar melarangnya!
Jikalaulah pendapat
Umar itu batil, kenapakah para ulama kamu mengikut pendapatnya tentang
pengharaman mutaah dan mempersetujuinya pula?
Wazir diam dan
tidak berkata apa-apa.
Raja Meminta Para
Hadirin Turut Berdialog
Raja berkata kepada
para hadirin: Kenapakah kamu tidak menjawab al-‘Alawi?
Salah seorang ulama
Syiah bernama Syeikh Hasan al-Qasimi berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar
dan “pengikut-pengikutnya”, justeru itu, mereka tidak berhak menjawab Sayyid
al-‘Alawi, wahai raja.
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Raja berkata:
Jikalau begitu, tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Pembukaan Umar
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnya Syiah menyangka bahawa tiada kelebihan bagi Umar meskipun dia
telah telah membuka beberapa negeri.
Al-‘Alawi berkata:
Di sisi kami beberapa jawapan:
Pertama: Para
pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri adalah kerana perluasan tanah
jajahan mereka, adakah ini kelebihan?
Kedua: Jikalaulah
kita menerima pembukaannya satu kelebihan, tetapi adakah pembukaannya itu dapat
membenarkannya merampas khilafah Rasul? Pada hal Rasul tidak menjadikan
khilafah untuknya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah menjadikannya untuk Ali bin
Abu Talib (a.s)… Apabila anda, wahai raja, melantik seorang khalifah untuk
menduduki tempat anda, kemudian seorang datang dan merampas khilafah daripada
khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian dia membuka beberapa negeri dan
melakukan amalan yang baik, adakah anda meredai pembukaannya atau anda
memarahinya, kerana dia telah menggulingkan orang yang anda telah melantiknya
dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?
Raja Memarahi
Pembukaan Umar Dan seumpamanya
Raja berkata: Malah
aku memarahinya dan pembukaannya tidak akan menghapuskan jenayahnya!
Al-‘Alawi berkata:
Begitulah pembukaan Umar adalah satu kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif
dan terbalik, kerana Rasul tidak menyerang sesiapapun, malah peperangannya
merupakan peperangan pertahanan. Justeru itu, orang ramai mahu kepada Islam dan
memasuki agama Allah berpuak-puak, kerana mereka mengetahui bahawa Islam adalah
agama keamanan dan keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri
dan memasukkan mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan, bukan dengan
agama logik dan peradaban. Justeru itu, ia menjadi sebab bertambahnya
musuh-musuh Islam. Justeru itu, Pembukaan Umar telah mencemarkan imej Islam dan
memberi hasil yang negatif dan terbalik.
Jikalaulah Abu
Bakar, Umar dan Uthman tidak merampas khilafah daripada tuannya yang sah: Ali
bin Abu Talib a.s dan Imam Ali menerima khilafah selepas Rasul secara langsung,
nescaya beliau a.s akan mengikut sirah Rasul, melaksanakan manhajnya yang
betul. Dan ini akan menyebabkan orang ramai memasuki Islam berpuak-puak dan
Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi! Tetapi: La haula wa la quwwata
illa bi llahi al-‘Aliyyi al-‘Azim.
Di sini Sayyid
al-‘Alawi bernafas panjang dan mendalam, meluahkan perasaan hatinya, lalu
memukul tangannya sendiri kerana dukacita di atas apa yang telah berlaku kepada
Islam selepas kematian Rasulullah (s.a.w) disebabkan perampasan khilafah
daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu Talib a.s.
Raja Meminta
Al-‘Abbasi Menjawab
Raja berkata kepada
al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda kepada al-‘Alawi?
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnya aku tidak pernah mendengar percakapan seperti ini sebelumnya!
Ikutilah Khalifah
Rasulullah Yang Sah
Al-‘Alawi berkata:
Sekarang anda telah mendengar percakapan ini dan terserlah kebenarannya. Oleh
itu, tinggallah khalifah-khalifah anda dan ikutilah khalifah Rasulullah yang
sah: Ali bin Abu Talib a.s. Kemudian al-‘Alawi berkata: Hairan sekali urusan
kamu, wahai golongan Ahl al-Sunnah, kamu melupai dan meninggalkan asal dan
mengambil cabang.
Al-‘Abbasi berkata:
Bagaimana begitu?
Pembukaan Ali Bin
Abu Talib
Al-‘Alawi berkata:
Kerana kamu menyebut pembukaan Umar, tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu
Talib!
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah pembukaan Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata:
Kebanyakan pembukaan Rasul telah dicapai melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti
Badr, Khaibar, Hunain [45], Uhud, al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah
pembukaan-pembukaan ini tidak ada; ia merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak
ada, nescaya tidak ada di sana Islam dan Iman. Buktinya sesungguhnya Nabi s.a.w
bersabda ketika Ali a.s bertarung dengan ‘Umru bin ‘Abd Wuddin pada hari
al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan iman secara keseluruhannya kepada syirik
secara keseluruhannya, wahai Tuhanku, jika Engkau mahu bahawa Engkau tidak
disembah, maka Engkau tidak disembah”. Iaitu sekiranya Ali dibunuh, maka
golongan musyrikin berani membunuhku dan membunuh semua kaum muslimin. Lantaran
itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam dan Iman. Beliau s.a.w bersabda:
Pukulan Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia”
(Dharbatu ‘Ali yauma al-Kahndaq afdhal min ‘Ibadati al-Thaqalaini)[46]. Justeru
itu, bolehlah kami mengatakan bahawa Islam adalah bersifat Muhammadiyyun dari
segi kewujudannya dan bersifat ‘Alawiyyun dari segi kekekalannya. Sesungguhnya
segala kelebihan kerana Allah dan Ali hanya dari segi kekekalannya!
Al-‘Abbasi berkata:
Jika kita katakan sahaja sebagaimana kata-kata kamu bahawa Umar adalah bersalah
dan perampas; dia telah menukar, dan mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu
membenci Abu Bakar?
Sebab-Sebab Kebencian Kepada Abu Bakar
Al-‘Alawi berkata: Kami membencinya disebabkan oleh
beberapa perkara: Pertama: Apa yang dia telah lakukan kepada Fatimah al-Zahra’
binti Rasulullah, penghulu wanita semesta alam.
Kedua: Dia telah membuang hukuman had ke atas
penjenayah dan penzina: Khalid bin al-Walid.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata di dalam kehairanan: Adakah Khalid bin
al-Walid seorang penjenayah?
Al-‘Alawi berkata: Ya,
Raja berkata: Apakah jenayahnya?
Jenayah Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya
Al-‘Alawi berkata: Jenayahnya bahawa dia dihantar
kepada sahabat yang mulia; Malik bin Nuwairah di mana Rasulullah telah memberi
berita gembira kepadanya bahawa dia daripada ahli syurga. Abu Bakar telah
memerintahkan Khalid supaya membunuh Malik bin Nuwairah dan kaumnya. Malik di
luar Madinah apabila dia melihat Khalid mendatanginya dengan beberapa orang
tentera, lalu dia memerintahkan kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka pun
membawa senjata.
Apabila Khalid sampai kepada mereka, dia berbohong kepada
mereka dan bersumpah kepada mereka dengan nama Allah bahawa dia tidak bermaksud
jahat kepada mereka seraya berkata: Sesungguhnya kami datang bukan untuk
memerangi kamu, malah kami adalah tetamu kamu pada malam ini, maka Malik merasa
yakin dengan kata-katanya manakala Khalid bersumpah dengan nama Allah. Kemudian
Malik dan kaumnya meletakkan senjata dan pada masa itu telah masuk waktu untuk
sembahyang, lalu Malik dan kaumnya berdiri untuk mengerjakan sembahyang.
Tiba-tiba Khalid dan kumpulannya menyerang mereka, lalu mereka mengikat Malik
dan kaumnya, kemudian penjenayah Khalid membunuh mereka[47]. Kemudian Khalid
tamak pada isteri Malik (manakala dia melihatnya cantik) dan berzina dengannya
pada malam di mana suaminya dibunuh. Kemudian Khalid
meletakkan kepala Malik dan kaumnya di tuku dapur masak. Dia memasak “makanan
zina”, lalu dia dan para sahabatnya memakan makanan tersebut!
Umar Mahu Membunuh
Khalid, Abu Bakar Menegahnya
Apabila Khalid
kembali ke Madinah, maka Umar mahu membunuh balas (kisas) Khalid kerana
membunuh kaum muslimin dan ingin melakukan hukum hudud kerana perzinaannya
dengan isteri Malik, tetapi Abu Bakar (mukmin!) menegah dengan kuat agar hukum
hudud tidak dijalankan ke atas Khalid [48]. Perbuatan Abu Bakar ini
mensia-siakan darah kaum muslimin dan menghapuskan hukum hudud Allah!
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang hak Khalid dan
Abu Bakar?
Wazir berkata: Ya,
begitulah disebut oleh ahli sejarah [49].
Raja berkata:
Kenapakah sebahagian kaum muslimin menamakan Khalid dengan Saifullah al-Maslul
(pedang Allah yang terhunus)?
Al-‘Alawi berkata:
Dia adalah pedang syaitan yang lumpuh, tetapi disebabkan dia adalah musuh Ali
bin Abu Talib dan bersama Umar di dalam pembakaran rumah Fatimah al-Zahra’ a.s,
maka sebahagian Ahl al-Sunnah menamakannya dengan nama Saifullah (pedang
Allah)!
BAHAGIAN KELIMA
Ahl Al-Sunnah
Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja
Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah, Raja Menjadi
Hairan, Abu Bakar Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama
Syiah Dan Lain-Lain.
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?
Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan
musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata: Jikalau mereka bukan musuh-musuh
Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang telah merampas haknya dan berada
di sekitar musuh-musuhnya (Ali a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya
dan manaaqibnya sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka
berkata: Sesungguhnya Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah
seorang mukmin. Dialah yang telah menolong Islam di dalam keadaan yang getir
dan memepertahankan Nabi di dalam risalahnya!
Abu Talib Seorang Mukmin
Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?
Al-‘Alawi berkata: Abu Talib tidak pernah menjadi
seorang kafir sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah seorang mukmin yang
menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w) diutuskan, maka Abu Talib
telah menzahirkan Islamnya di tangannya, maka dia adalah orang yang ketiga
memeluk Islam. Pertama: Ali bin Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid;
isteri Nabi s.a.w dan ketiga: Abu Talib (r.a).
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata
al-‘Alawi tentang hak Abu Talib?
Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian
ahli sejarah[50].
Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan
Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?
Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu
Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada
Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru, perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali
bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya bapanya mati kafir
sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali membuatkan mereka
membunuh dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga
sehingga Ahl al-Sunnah yang telah menghadiri Karbalā’ untuk membunuh al-Husain
berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada bapa anda dan apa
yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada hari Badr dan Hunain!
(Nuqātilūka bughđan li abīka wa mā fa‘ala bi asyyākhinā yauma Badrin wa
Hunain!)
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini
diucapkan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa
mereka telah berkata ucapan ini kepada al-Husain!
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda
tentang kisah Khalid bin al-Walid?
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnya Abu Bakar melihat muslihat di dalam perkara ini!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah
muslihat yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan golongan yang tidak
berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian dia dilepaskan tanpa hukuman
had dan sebarang pembalasan, malah diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu
Bakar berkata padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah
“pedang Allah” membunuh golongan kafir atau golongan mukminin? Dan adakah
“pedang Allah” menjaga kehormatan kaum muslimin atau berzina dengan perempuan
muslimin??
Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah
Al-‘Abbasi berkata: Wahai al-‘Alawi, sesungguhnya Abu
Bakar telah bersalah (akhta’a), tetapi Umar telah dapat memahaminya!
Al-‘Alawi berkata: Jika Umar memahami perkara
tersebut, maka hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana berzina
dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang tidak berdosa,
tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah bersalah sebagaimana Abu Bakar
telah bersalah sebelumnya.
Raja Mencelah
Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-‘Alawi
berkata pada awal percakapan bahawa Abu Bakar telah membuat jahat kepada
Fatimah al-Zahra’ Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis kejahatannya
kepada Fatimah?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakar selepas dia
mengambil baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan keganasan, pedang,
ugutan dan kekuatan (al-Irhab wa al-Saif wa al-Tahdid wa al-Quwwati), dia
mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu ‘Ubaidah dan kumpulan
lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar telah
mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana Rasulullah
pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu ‘alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah dan
beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta izin), lalu Umar
membakar pintu dengan api [51].
Manakala Fatimah datang di balik pintu bagi menentang
Umar dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara dinding dan pintu
dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu mengenai dadanya, lalu Fatimah
meraung: Wahai bapaku, wahai Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas
anda [pergi] daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling
kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat
terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah tubuhnya!
Kesan tolakan yang keras ini dan pertembungan yang
keras meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga meninggal dunia
selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah kenabian, Fatimah
terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab! [52]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan
oleh al- ‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya
di dalam kitab-kitab Tawārikh apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi.
Al-‘Alawi berkata: Inilah di antara sebab kebencian
Syiah kepada Abu Bakar dan Umar!
Fatimah A.S Memarahi Abu Bakar Dan Umar
Al-‘Alawi berkata lagi: Sebagai bukti kepada
berlakunya jenayah daripada Abu Bakar dan Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah
telah menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakar
dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut beberapa hadis tentang
Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan reda Fatimah dan memerahi kerana
kemarahannya”. Dan anda, wahai raja, mengetahui, apakah akibat orang yang
dimarahi Allah!?
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar?
Adakah benar bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakar dan
Umar?
Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah
menyebutnya[53].
Al-‘Alawi berkata: Sebagai bukti kebenaran
kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s
supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakar, Umar dan
mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka
tidak mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara
jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga mereka tidak datang
di atas kuburnya. Kemudian
Ali (a.s) telah melaksanakan wasiat-wasiatnya!
Raja Menjadi Hairan
Raja berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah
perkara ini telah keluar daripada Fatimah dan Ali?
Wazir berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli
sejarah!
Abu Bakar Dan Umar
Merampas Fadak Daripada Fatimah
Al-‘Alawi berkata:
Abu Bakar dan Umar telah menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain pula.
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah perkara itu?
Al-‘Alawi berkata:
Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya (Fadak).
Al-‘Abbasi berkata:
Apakah dalil bahawa mereka berdua telah merampas Fadak?
Al-‘Alawi berkata:
buku Tawārikh (Sejarah) telah menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah memberi
Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya pada masa Rasulullah. Apabila
Rasulullah mati, Abu Bakar dan Umar mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari
Fadak dengan paksaan, pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu
Bakar dan Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah mereka
berdua memarahinya dan menghalangnya[54]. Justeru itu, beliau a.s tidak
bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan
memarahi mereka berdua!
Al-‘Abbasi berkata:
Tetapi Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak
Fatimah pada masa pemerintahannya?
Al-‘Alawi berkata:
Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada anda rumah
anda dan mengusir anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan
mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya dapat
menyapu dosa perampas yang pertama?
Raja Mencelah
Raja berkata:
Terserlah daripada percakapan kamu berdua- Wahai al-‘Abbas dan al-‘Alawi- Semua
bersetuju bahawa Abu Bakar dan Umar telah merampas Fadak?
Al-‘Abbasi berkata:
Ya, sejarah telah menyebutnya [55].
Raja berkata:
Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?
Al-‘Alawi berkata:
Kerana mereka berdua mahu merampas khilafah. Mereka berdua telah mengetahui
bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s
membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu
dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun di
sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakar dan Umar!
Raja berkata:
Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka adalah pelik! Apabila
khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi khalifah Rasul
s.a.w?
Rasul Melantik
Khalifah-Khalifah Selepasnya
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantik- dengan perintah daripada Allah-
khalifah-khalifahnya selepasnya. Dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah
selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa’ Bani Israel dan
semuanya daripada Quraisy[56]”
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Siapakah
mereka yang dua belas itu?
Al-‘Abbasi berkata:
Empat daripada mereka adalah terkenal, iaitu: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Raja berkata: Siapa
lagi?
Al-‘Abbasi berkata:
Khilaf di kalangan para ulama.
Raja berkata:
Namakan mereka.
Al-‘Abbasi diam.
Nama-Nama Imam Dua
Belas
Al-‘Alawi berkata:
Wahai raja, sekarang aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka menurut
kitab-kitab ulama Ahl al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali,
Muhammad, Ja‘far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.
Al-‘Abbasi berkata:
Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syiah berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup
di dunia semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga
berkata: Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan
selepas ia dipenuhi dengan kezaliman.
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
al-‘Alawi: Adakah benar kamu percaya sedemikian?
Al-‘Alawi berkata:
Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh
Syiah dan Ahl al-Sunnah.
Bagaimana Manusia
Boleh Kekal Dalam Jangka Masa Yang Panjang?
Raja berkata:
Bagaimana mungkin manusia boleh kekal dalam masa yang begini panjang?
Al-‘Alawi berkata:
Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai seribu tahun [57]. Allah berfirman tentang Nuh a.s dalam Surah
al-‘Ankabut (29): 14:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada
kaumnya, maka Tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima
puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan
zalim (dengan kufur derhaka).
Adakah Allah lemah
mengekalkan manusia sepanjang masa ini?
Tidakkah Allah di
tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah bersabda sedemikian, maka ia
adalah benar dan dipercayai.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul
telah memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya [58].
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa anda
mengingkari hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?
Al-‘Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syiah!
Al-‘Abbasi berkata: Kerana khuatir tentang akidah
orang awam akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada Syiah!
Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, anda wahai
al-‘Abbasi, termasuk di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159:
“Sesungguhnya golongan yang menyembunyikan apa yang
telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami
menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan
pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”
Maka laknat
daripada Allah meliputi anda…
Kemudian al-‘Alawi
berkata: Wahai raja, tanyalah al-‘Abbasi ini: Adakah wajib di atas orang yang
alim menjaga Kitab Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di atasnya
menjaga akidah golongan awam yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnya aku menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak cenderung
kepada Syiah, kerana Syiah adalah Ahli Bidaah!
Al-‘Alawi berkata:
Sesungguhnya kitab-kitab muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar
adalah orang pertama yang memasukkan bidaah di dalam Islam. Dia sendiri dengan
jelas berkata: Sebaik-baik bidaah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah
sembahyang Tarāwih manakala dia memerintahkan orang ramai supaya melakukan
sembahyang sunat secara berjemaah. Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya
telah mengharamkan sembahyang sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu,
bidaah Umar adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan.
Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan bidaah pada azan dengan membuang
perkataan “Hayya ‘alaa khairi al-‘Amal” dan menambah perkataan “Al Salaat khairun
mina al-Naum”? [59]
Tidakkah Umar telah
melakukan bidaah dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi Allah dan
Rasul-Nya? [60]
Tidakkah Umar telah
melakukan bidaah dengan memansuhkan mutaah haji menyalahi Allah dan Rasul?[61]
Tidakkah Umar telah
melakukan bidaah dengan memansuhkan mutaah perempuan menyalahi Allah dan
Rasul-Nya?[62]
Tidakkah Umar telah
melakukan bidaah dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah zina: Khalid
bin al-Walid menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan supaya dijalankan
hukum had ke atas penzina dan pembunuh?
Dan lain-lain
bidaah kamu yang mengikut Umar. Oleh itu, adakah kamu ahli bidaah atau kami
Syiah?[63]
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang bidaah-bidaah
Umar?
Wazir berkata: Ya,
sekumpulan ulama telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mereka!
Raja berkata:
Bagaimana kita mengikut orang yang telah melakukan bidaah pada agama?
Al-‘Alawi berkata:
Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul (s.a.w)
bersabda: Setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan ke neraka” Maka
mereka yang mengikuti Umar di dalam bidaahnya- mereka mengetahuinya- maka
mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus!
Para Imam Mazhab
Empat
Al-‘Abbasi berkata:
Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.
Al-‘Alawi berkata:
Ini adalah bidaah yang lain pula, wahai raja!
Raja berkata”
Bagaimana begitu?
Al-‘Alawi berkata:
Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafii dan Ahmad bin
Hanbal, bukan hidup pada masa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus
tahun - lebih kurang - selepasnya. Adakah kaum muslimin yang hidup di antara
masa Rasul dan masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan?
Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka berempat dan tidak
mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah berwasiat mengenainya?
Raja berkata:
Apakah pendapat anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata:
Mereka itu lebih alim daripada selain mereka!
Raja berkata:
Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?
Mazhab Ja‘afari
Al-‘Abbasi berkata:
Tetapi Syiah juga mengikut mazhab (Ja‘afar al-Sadiq)?
Al-‘Alawi berkata:
Kami mengikut mazhab Ja‘afar, kerana mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana
beliau adalah daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah dalam Surah al-Ahzab
(33): 33 :
“Sesungguhnya Allah
mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”
Jika tidak, kami
mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq (a.s) dapat
menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada para Imam yang
lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis ilmunya dihadiri
oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu memperbaharui
lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas menghapuskannya. Justeru
itu, Syiah dinamakan dengan al-Ja‘afariyyah dinisbahkan kepada Ja‘afar al-Sadiq
a.s.
Raja berkata:
Apakah jawapan anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata:
Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para imam empat mazhab.!
Al-‘Alawi berkata:
Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab empat
[64]. Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!
Al-‘Abbasi diam.
Mati Sebagai
Seorang Jahiliyah
Al-‘Alawi berkata:
Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi daripada
ahli neraka, jika dia mati dalam keadaan ini.
Raja berkata: Dari
manakah anda mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?
Al-‘Alawi berkata:
Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui
imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam
ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu,
bertanyalah kepada al-‘Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata:
Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada
wazir: Adakah terdapat hadis daripada Rasulullah tentang perkara ini?
Wazir berkata: Ya,
terdapat hadis Rasulullah tentangnya.
Raja berkata dalam
keadaan marah: Aku menyangka bahawa anda, wahai al-‘Abbasi, seorang yang boleh
dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan anda!
Al-‘Abbasi berkata:
Sesungguhnya aku mengetahui imam zamanku!
Al-‘Alawi berkata:
Siapakah dia?
Al-‘Abbasi berkata:
Raja!
Al-‘Alawi berkata:
Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berkata sedemikian
kerana mengambil hati anda!
Raja berkata: Ya,
aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa aku tidak
layak menjadi imam zaman orang ramai, kerana aku tidak mengetahui apa-apapun.
Aku hanya menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus pejabat!
Kemudian raja berkata:
Wahai al-‘Alawi, siapakah imam zaman pada pendapat anda?
Al-‘Alawi berkata:
Imam zaman pada pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana
disebut dalam hadis terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu,
barangsiapa mengetahuinya, dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah
daripada ahli syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati
sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.
Kebenaran Bersama
Syiah
Di sini muka raja
berseri dan terserlah kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya dan berpaling
kepada hadirin seraya berkata:
Ketahuilah, wahai
jamaah, sesungguhnya aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini (selama
tiga hari). Aku telah mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran ada
bersama Syiah pada setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang
mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan
akidah mereka menyeleweng.
Raja
Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syiah
Sesungguhnya aku
adalah di kalangan mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan
mengakuinya. Aku bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di
akhirat. Justeru itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku
menjadi seorang Syiah (tasyayyu‘). Oleh itu, barangsiapa yang suka bersamaku,
maka hendaklah dia menjadi Syiah di atas keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia
mengeluarkan dirinya daripada kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!
Wazir
Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syiah
Wazir Nizam al-Mulk
berkata: Aku telah mengetahui bahawa Syiah adalah benar. Sesungguhnya mazhab
yang benar adalah mazhab Syiah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari
persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga menjadi
seorang Syiah.
Demikianlah
kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada
muktamar itu (bilangan mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab
Syiah.
Berita tentang raja
Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera dan
penulis-penulis telah memasuki mazhab Syiah telah tersebar di seluruh negara,
lalu sebilangan besar daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syiah
dan Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya guru-guru
mengajar mazhab Syiah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di Baghdad![65]
Sebahagian Mereka
Kekal Di Atas Mazhab Mereka
Tetapi sebahagian
ulama yang berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang
terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74 “Seperti
batu, bahkan lebih keras lagi”.
Rancangan Jahat
Mereka mulai
membuat rancangan-rancangan jahat[66] bagi menentang Malik Syah dan Nizam
al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang
berlaku, kerana dia adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang
berdosa dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.
Kematian Nizam
Al-Mulk Dan Malik Syah
Kemudian mereka
membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula
mereka membunuh Malik Syah Saljuqi[67].
Fa-innaa li-llah wa
innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh pada jalan
Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada mereka berdua
dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan
keimanan.
Sebuah Qasidah
Sesungguhnya aku
telah menulis sebuah qasidah meratapi Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di
antaranya:
Wazir Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan
Hari-hari tidak
mengetahui kemulian nilainya
Dikembalikannya
kerana cemburu kepada kulitnya
Dia memilih mazhab
kebenaran di dalam dialog
Melahirkan hakikat
pada bukti yang terbuka
Agama tasyayyu‘
suatu kebenaran tanpa
kemegahan untuknya
Selain daripadanya
adalah fata morgana penipu licik
Tetapi dengki
terpendam mereka lakukan untuknya
Dia bermalam di
bulan terang di bayangan yang redup
Ke atasnya seribu
salam Allah yang mengikutinya
Mencucuri rohnya
yang abadi
Aku Menghadiri
Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini
Sesungguhnya aku
telah menghadiri muktamar dan dialog. Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa
yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan
sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu
di dalam buku ini.
Segala pujian
kepada Allah sahaja, selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya yang baik
dan para sahabatnya yang cerdik.
Aku telah menulis
buku ini di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.
Penulis:
Muqātil bin
‘Atiyyah bin Muqātil al-Bakri
NOTA KAKI:
[1] Bilangan Syiah
pada abad ke 5 hijrah hampir separuh bilangan keseluruhan kaum muslimin.
[2] Nizam al-Mulk
telah mengetahui kekuatan hujah Syiah dan kebenaran akidah mereka, tetapi tidak
mahu mengikutinya.
[3] Kemungkinan
muktamar telah diadakan pada bulan Sya‘ban tahun 485 hijrah.
[4] Al-Bukhari,
Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no. 578, 584, 585, 586, 587,
590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas
kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah
para sahabatku (ashābī). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui
bidaah-bidaah (ahdathū) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya
mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan
bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah
daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah
s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadha’il) hadis no.
26, 28, 29, 31 dan 32 .Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui
apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka.
Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah
mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[5] Melarikan diri.
[6] Ibn Sa̒ad,
Tabaqāt, bhg.2, ii,
hlm.41, Ibn ‘Asakir,
Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi,
Kanz al-‘Umaal,v, hlm.312.
[7] Ibn al-Athir,
al-Kamil, ix, hlm.102 , Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm.283 .
[8] Al-Baihaqi,
al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umāl, I,281 .
[9] Ibid.
[10] Ahli majlis
Syura: Sa̒ad bin Abi Waqās, Abd al-Rahman
bin ̒Auf,
Talhah bin ̒Ubaidillah, al-Zubayr bin al-̒Awwam
dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera supaya
mengawal majlis Syura dalam masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika
seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika
dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga
menentang dan tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin
‘Auf, Ibn Qutaibah, al-Imāmah wa al-Siyasah, I, hlm.24 . Ini bererti jika Ali
a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah
sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya menolak
perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
[11] Tergesa-gesa
atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafā’, hlm.67 ,
al-Shahrastāni, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawā’iq
al-Muhriqah, hlm.8.
[12] Ibid.
[13] Seramai 110
orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh Rasulullah s.a.w
sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di dalam kitab-kitab
Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14-158 .
[14] Ibn Hanbal,
al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii, hlm. 290 , Ibn
Hajr, al-Sawā’iq al-Muhriqah, hlm.107 .
[15] Al-Bukhari,
Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian
daripada al-Qur’an, iaitu “Lā targhabuu ‘an ābā’i-kum”, tetapi ia tidak wujud
di dalam al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim, Sahih, ii, hlm. 726 menyatakan
bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah al-Saf 61:2) “ Fatauktabu
syahaadatan fi a‘naaqi-kum…, tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur’an
sekarang.
[16] Lihat, umpamanya, al-Baidāwi, Anwar al-Tanzil,
ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53):19-20 dan lain-lain.
[17] “Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh
sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup”
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127,
Muslim, Sahih, ii, hlm.482.
[18] Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Aqd al-Farīd, I,26 , Ibn
Kathir,Tarikh, viii, hlm113 ,
[19] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāghah, iii,
hlm.124.
[20] Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
itu, tidak merendahkan kedudukannya mengikut al-‘Abbasi.
[21] Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210menyatakan bahwa
(Surah al-Lail 92 :3) telah ditambah perkataan “Mā khalaqa”, Lantaran itu, ayat
asalnya “Wa al-Dhakari wa al- Unthā” tanpa “Mā khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan
oleh Abu al-Dardā’, kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm. 565,
al-Turmudhi, Sahih, v, hlm.191. Al-Suyuti, al-Itqān, ii, hlm. 82 meriwayatkan
bahawa ‘Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab 33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah
lebih panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala al-Ladhīna yusalluna al-Sufuuf al-Uwal”
selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu yusallūna ‘Ala al-Nabiyy” ‘Aisyah berkata:
Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf”
[22] Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama “Dia” di
dalan ayat tersebut kembali kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin
‘Affan.
[23] Ali a.s berkata di dalam khutbahnya:
"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang
menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan
beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka
supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman
Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku
bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syiahku yang mengetahui
kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan
tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim
pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah
(a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman
Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah
s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya
dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam
masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh
khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah
telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab,
mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan
dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang
sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu
di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di
dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah
(swt).
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal
pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan
Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul),
mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas
peminum nabidh, memerintahkan halal mutaah wanita dan mutaah haji sebagaimana
pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah,
mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang
nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah
s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya,
memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di
mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum
al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya,
mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya,
mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan
terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan
Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku
melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah
ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid
pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka
bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok tenteraku
yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin!
Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan
solat-solat sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan
memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan
umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya
menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).
Aku telah
dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika
kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami
(Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”. Maka kamilah
yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan
kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah
al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan
miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak
hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan
rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka
tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras
hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat
daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia
telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
Dia tidak
menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait
dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka
telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang
bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang
difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi
selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan
tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa”
Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut,1985 , viii, hlm.51 - 51(hadis no.21).
[24] Al-Bukhari,
Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12,14 .
[25] Mereka berdua
adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.
[26] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāghah,ii,
hlm.77.
[27] Al-Ya‘qūbi, Tarikh, ii, hlm.161 , Ibn ‘Abd
al-Birr, al-Isti‘āb, I, hlm.114.
[28] Al-Khawārizmi, al-Manāqib, hlm. 72 al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanābii‘ al-Mawaddah, hlm. 130 dan lain-lain.
[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umāl, hadis
no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.
[30] Ibn Hajr, al-Sawā’iq al-Muhriqah, hlm.124.
[31] Al-Tabari,
Tarikh, ii, hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Umāl, vi, 392 dan lain-lain.
[32] Umur Ali a.s
ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar adalah 59 tahun lebih
kurang.
[33] Jika umur
menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakar lebih layak daripadanya.
[34] Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.
[35] Ibn Sa‘d,
Tabaqāt, vi, hlm.102
[36] Al-Hakim,
al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Umaal, vi, hlm.152.
[37] Al-Hakim ,
al-Mustadrak, iii, hlm126-127.
[38] Umar
memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil, kerana berzina. Tetapi Ali a.s
membantahnya seraya berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya, tetapi
anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya” Kemudian Umar berkata: “Setiap
orang adalah lebih alim daripadaku”, al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm.81 .
[39] Al-Hakim, al-Mustadrak,
I, hlm.358
[40]
Al-Khawaarizmi, al-Manāqib, hlm.60 .
[41] Ibid.
[42] Marwan bin
al-Hakam.
[43] Ibn Sa‘d,
Tabaqāt, bgh. 3, I,hlm.129, al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.440 , Ibn Qutaibah,
al-Imāmah wa al-Siyāsah, hlm.6
[44] Umar Juga
diriwayatkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar tabi‘i dengan
isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w
dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah binasa, Maka
Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah membinasakan anda? Umar
menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan isteriku melalui duburnya
(Aku telah “meliwat” isteriku). Maka Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa
jawapan kepadanya. Kemudian turun firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2):
223 “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka
datangilah tanah tempat bercocok- tanammu itu di mana saja kamu kehendaki”
Lihat al Turmudhi, Jaami‘ al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth
(2:223). Al-Suyuti,
al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan
seks Umar di luar tabi‘i dengan isterinya melalui duburnya itu tidak
membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah, jika
Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya
(“meliwat” isterinya). Pada suatu hari Sahil telah bertanya Imam Malik tentang
persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam Malik
berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku telah meliwat
isteriku dan aku baru saja membersihkan kotorannya dari kemaluanku). Lihat
al-Qurtubi, Jāmi‘ al-Ahkām, I, 352ayat al-Harth (2:223).
[45] Abu Bakar dan Umar telah lari di dalam peperangan
Uhud, Hunain dan Khaibar, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.46, al-Hakim,
al-Mustadrak, iii, hlm.37 , al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm.37 .
[46] Al-Fakhr al-Razi, Nihayat al-‘Uqūl, hlm.104 ,
al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 32, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, iii,
hlm.19 .
[47] Ibn Hajr, al-Iŝābah, iii, hlm. 335.
[48] Ibn Hajr, al-Iŝābah, iii, hlm.336 .
[49] Al-Tabari,
Tarikh, iii, hlm.241, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm.158 , Ibn Kathir, Tarikh,
vi, hlm. 321 dan lain-lain.
[50] Ibn Kathir,
Tarikh, iii, hlm. 87, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 623 dan lain-lain.
[51] Al-Tabari,
Tarikh, iii, hlm. 198, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm. 159, Ibn Qutaibah,
al-Imāmah wa al-Siyāsah,I, hlm.12 .
[52] Umar telah
menjalankan pemerintahannya secara kasar dan bersifat aggresif serta menakutkan
kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil telah gugur
kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia
selalu melarikan diri, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.37 . Talhah berkata kepada
Abu Bakar: “Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?, Ibn
Qutaibah, al-Imāmah wa al-Siyāsah, hlm.26 .
[53] Al-Hakim,
al-Mustadrak, iii, hlm.153, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umāl, vi, hlm. 219
dan lain-lain.
[54] Ibn Abi
al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāghah, v, hlm.86, al-Balaadhuri, Futūh al-Buldān,
hlm.44 .
[55] Al-Haithami, al-Majma‘, ix, hlm.39.
[56] Ibn al-Jauzi, al-Tadhkirah, hlm.378 , al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanābi‘ al-Mawaddah, hlm.442 , Ibn Hanbal, al-Musnad, I, hlm.398 ,
Muslim, Sahih, ii, hlm. 79 dan lain-lain.
[57] Semasa dialog
diadakan di Baghdad.
[58] Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanābi‘ al-Mawaddah, hlm.491 , Arjah al-Matālib, hlm. 378 dan
lain-lain.
[59] Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm.110.
[60] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafā’, hlm.137.
[61] Al-Bukhari,
Sahih, vii, hlm.33, Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.233 .
[62] Ibid.
[63] Ahl al-Sunnah
adalah Ahl Bidaah sementara Syiah adalah Ahl Sunnah Rasulullah s.a.w.
[64] Penguasa Ahl
al-Sunnah menindas Syiah yang mengamalkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah s.a.w. Sementara penguasa Syiah membenarkan Ahl al-Sunnah
mengamalkan ajaran Abu Bakar dan Umar yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah s.a.w., kerana ia adalah akidah mereka. Oleh itu, minoriti Syiah yang hidup di dalam negara
majoriti Ahl al-Sunnah ditindas. Sementara minoriti Ahl al-Sunnah yang hidup di
dalam negara majoriti Syiah dapat hidup dengan aman. Oleh itu, siapakah Ahli
bidaah?
[65] Penguasa Ahl al-Sunnah memerintahkan supaya
ajaran Syiah tidak diajar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti,
malah ia mesti dipantau pada setiap masa. Di manakah kebebasan mengamalkan
ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan siapkah ahli bidaah?
[66] Rancangan
jahat mereka berterusan sehingga hari Kiamat.
[67] Pembunuhan
manusia yang tidak berdosa adalah satu dosa besar dan pelakunya kekal di
neraka.
KLIK HTTP BERIKUT
INI UNTUK MEMBACA KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI PENSYAWAR PAKISTAN:
http://www.slideshare.net/drfarza/sect-comparative-in-peshwar-night
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi,
al-Sunan al-Kubra, Baghdad,1959 .
al-Baladhuri, Ansab
al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih,
Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo,1969 .
al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, Cairo,1978 .
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah,
Beirut,1990 .
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo,1382 H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo,1969
.
Al-Kasyi, al-Rijal,
Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah,
Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad,
1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad,1969 .
Ibn Athir, al-Kamil
fi al-Tarikh, Cairo,1956 .
al-Kanji
al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad,1959 .
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah,
Beirut,1953 .
Ibn Hajr al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Cairo,1965 .
Ibn Hajr al-‘Asqalani, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad,
1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah,
Baghdad,1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut,1987 .
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut,1987 .
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo,1958 .
Ibn Kathir,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudhat
al-Kaafi, Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi,
Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut1993 .
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis,1972 .
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba,
Tunis,1376 H.
Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo,
1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa
al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo,1967 .
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374
H.
al-Nasa’i,
al-Khasaa’is, Beirut,1959 .
al-Nasa’i, al-Sunan, Cairo,1958 .
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad,
1395 H,
al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an, Cairo, 1381
H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367
H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381
H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut,1984 .
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo,1961 .
Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
Al-Suyuti, al-Itqān fi ‘Ulūm al-Qur’an, Cairo,1387
Al-Tabari, Tarikh,
Beirut,1958
al-Turmudhi, Sahih,
Cairo,1382
al-Turmudhi,
al-Jāmi al-Turmudhi‘, Cairo,1380
al-Ya‘qubi, Tarikh,
Beirut, 1379 H
Penterjemah:
24 hb. Jun, 1994.
KANDUNGAN
PRAKATA 3
BAHAGIAN PERTAMA 7
Pendahuluan, Latar
Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog
Raja Dengan Wazirnya Tentang Syiah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara
Sunnah Dan Syiah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan 7
Latar belakang
Malik Syah dan Nizam al-Mulk 7
Sebab yang
mencetuskan dialog 7
Dialog raja dengan
wazirnya tentang Syiah 8
Cadangan bagi
mengadakan dialog antara Sunnah dan Syiah 8
Keengganan Nizam
al-Mulk untuk mengadakan dialog 8
Desakan raja Malik
Syah supaya diadakan dialog 9
Demi kebenaran 9
Penawar dan
penyelesaiannya 9
Kekhuatiran Nizam
al-Mulik untuk mengadakan muktamar 9
Persediaan dialog
hanya lima belas hari 10
Syarat-syarat
dialog 10
Pembukaan muktamar
10
Dialog tentang
sahabat 11
Wazir mahu campur
tangan 11
Al-‘Abbasi cuba mendapat Sokongan Raja 12
Rasul Mencaci Abu
Bakar dan Umar 12
Raja meminta penjelasan 12
Raja meminta pertukaran tajuk 13
Al-Qur’an 13
Raja meminta penjelasan 13
BAHAGIAN KEDUA 13
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka
Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur’an, Raja Meminta
Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah 14
Raja meminta
penjelasan 14
Mengikuti mereka
terdahulu 14
Khalifah Rasulullah 15
Raja meminta penjelasan 15
Raja meminta pertukaran tajuk 15
Penyelewengan al-Qur’an 15
Raja meminta pertukaran tajuk 16
Sifat Tuhan 16
Raja meminta penjelasan 17
Muhkamah dan mutasyaabihah 17
Raja meminta pertukaran tajuk 18
Penyelewengan dan kebatilan Ahl al-Sunnah 18
Raja meminta penjelasan 19
Rasulullah s.a.w syak pada kenabiannya 19
Raja meminta penjelasan 19
Mencaci Rasulullah s.a.w 20
Raja mencelah 20
Khurafat-khurafat Ahl al-Sunnah 20
Raja meminta
pertukaran tajuk 21
Mengaitkan perkara
yang tidak layak 21
Raja mencelah 21
Raja meminta pertukaran tajuk 22
Syiah mengingkari
iman mereka bertiga 22
BAHAGIAN KETIGA 22
Dalil Tidak Berimannya
Abu Bakar, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan,
Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan
Menimpa Al-‘Abbasi, Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.
Dalil tidak
berimannya Abu Bakar 23
Raja mencelah 23
Dalil tidak
berimannya Umar 23
Raja meminta
penjelasan 24
Al-‘Abbasi cuba
menghalang raja dari menukar mazhab 24
Saat-saat kesusahan
menimpa al-‘Abbasi 24
Dalil tidak
berimannya Uthman 25
Raja meminta
penjelasan 25
Menjadi khalifah
dengan wasiat Umar 26
Hadis sepuluh orang
dijamin syurga adalah palsu 26
Raja meminta
penjelasan 37
Apakah syaitan
memaafkan orang yang bercakap benar? 27
Al-‘Alawi bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan
27
Raja meminta penjelasan 28
Mencaci sahabat 28
Kata-kata semua sahabat adil satu pembohongan 28
Bagaimana kaum
muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka 28
Raja meminta
pertukaran tajuk 29
Kesamaran Ahl
al-Sunnah 29
Syiah mengikuti
khalifah Rasulullah s.a.w 30
Sebab Ali a.s tidak
layak menjadi khalifah 30
Orang ramai adalah
lebih alim daripada Allah dan Rasul? 30
BAHAGIAN KEMPAT 31
Kelayakan Ali A.S
Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan,
Penentangan Umar
Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja
Tertarik Tentang Mutaah, Raja Meminta Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali a.s
menjadi khalifah 31
Raja meminta
penjelasan 32
Penentangan Umar
terhadap Rasulullah s.a.w 32
Raja meminta
penjelasan 34
Raja mencelah 34
Raja tertarik
tentang mutaah 35
Raja meminta para
hadirin turut berdialog 36
Raja meminta
pertukaran tajuk 36
Pembukaan Umar 36
Raja memarahi
pembukaan Umar dan seumpamanya 36
Raja meminta
al-‘Abbasi menjawab 37
Ikutilah khalifah
Rasulullah s.a.w yang sah 37
Pembukaan Ali bin
Abu Talib 37
Sebab-sebab
kebencian kepada Abu Bakar 38
Raja meminta
penjelasan 38
Jenayah Khalid bin
al-Walid dan zinanya 38
Umar mahu membunuh
Khalid, Abu Bakar menegahnya 39
Raja meminta penjelasan 39
BAHAGIAN KELIMA 39
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu
Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui
Abu Bakar Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakar Dan Umar Merampas
Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syiah Dan Lain-Lain.
Ahl al-Sunnah merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib? 40
Abu Talib seorang mukmin 40
Raja meminta penjelasan 40
Perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu
Talib a.s 40
Raja meminta penjelasan 41
Al-‘Abbasi mengakui Abu Bakar telah bersalah 41
Raja mencelah 41
Raja meminta penjelasan 42
Fatimah a.s memarahi Abu Bakar dan Umar 42
Raja meminta penjelasan 42
Raja menjadi hairan 43
Abu Bakar dan Umar merampas Fadak daripada Fatimah a.s
43
Raja mencelah 43
Rasul s.a.w melantik khalifah-khalifah selepasnya 44
Raja meminta penjelasan 44
Nama-nama Imam Dua Belas 44
Raja meminta penjelasan 45
Bagaimana manusia boleh kekal dalam masa yang begitu
panjang? 45
Raja meminta penjelasan 45
Al-‘Abbasi khuatir
orang awam cenderung kepada Syiah 45
Raja meminta
penjelasan 46
Para imam mazhab
empat 47
Mazhab Jaafari 47
Mati sebagai
seorang jahiliyah 48
Raja meminta penjelasan 48
Kebenaran bersama Syiah 49
Raja
mengisytiharkan diri sebagai seorang Syiah 49
Wazir
mengisytiharkan diri sebagai seorang Syiah 49
Sebahagian mereka
kekal di atas mazhab mereka 50
Rancangan jahat 50
Kematian Nizam
al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi 50
Sebuah qasidah 50
Aku menghadiri
muktamar dan dan menulis buku ini 51
Notakaki 52
Bibliografi 57