Senin, 30 April 2018

ISLAM SYI'AH IMAMIAH 12 (MUSLIM PENGIKUT AHLULBAYT) MEMILIKI ARGUMEN PAMUNGKAS V





KITAB MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD


UNTUK MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA

KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI PENSYAWAR

 PAKISTAN


SELEPAS MEMBACA KITAB INI

hsndwsp

Acheh – Sumatra

di

Ujung Dunia 



BAHAGIAN KELIMA

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakar Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syiah Dan Lain-Lain.

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?

Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan musuh-musuh Ali bin Abu Talib?

Al-‘Alawi berkata: Jikalau mereka bukan musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang telah merampas haknya dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka berkata: Sesungguhnya Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah seorang mukmin. Dialah yang telah menolong Islam di dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi di dalam risalahnya!

Abu Talib Seorang Mukmin

Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?

Al-‘Alawi berkata: Abu Talib tidak pernah menjadi seorang kafir sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah seorang mukmin yang menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w) diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan Islamnya di tangannya, maka dia adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid; isteri Nabi s.a.w dan ketiga: Abu Talib (r.a).

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi tentang hak Abu Talib?

Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian ahli sejarah[50].

Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?

Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib

Al-‘Alawi berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru, perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-Sunnah yang telah menghadiri Karbalā’ untuk membunuh al-Husain berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada hari Badr dan Hunain! (Nuqātilūka bughđan li abīka wa mā fa‘ala bi asyyākhinā yauma Badrin wa Hunain!)

Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini diucapkan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain?

Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa mereka telah berkata ucapan ini kepada al-Husain!

Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda tentang kisah Khalid bin al-Walid?

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Abu Bakar melihat muslihat di dalam perkara ini!

Al-‘Alawi berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah muslihat yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan golongan yang tidak berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian dia dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang pembalasan, malah diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakar berkata padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah “pedang Allah” membunuh golongan kafir atau golongan mukminin? Dan adakah “pedang Allah” menjaga kehormatan kaum muslimin atau berzina dengan perempuan muslimin??

Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah

Al-‘Abbasi berkata: Wahai al-‘Alawi, sesungguhnya Abu Bakar telah bersalah (akhta’a), tetapi Umar telah dapat memahaminya!

Al-‘Alawi berkata: Jika Umar memahami perkara tersebut, maka hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana berzina dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang tidak berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah bersalah sebagaimana Abu Bakar telah bersalah sebelumnya.

Raja Mencelah

Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-‘Alawi berkata pada awal percakapan bahawa Abu Bakar telah membuat jahat kepada Fatimah al-Zahra’ Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis kejahatannya kepada Fatimah?

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakar selepas dia mengambil baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan keganasan, pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhab wa al-Saif wa al-Tahdid wa al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu ‘Ubaidah dan kumpulan lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar telah mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana Rasulullah pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu ‘alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah dan beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta izin), lalu Umar membakar pintu dengan api [51].

Manakala Fatimah datang di balik pintu bagi menentang Umar dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara dinding dan pintu dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu mengenai dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku, wahai Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas anda [pergi] daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah tubuhnya!

Kesan tolakan yang keras ini dan pertembungan yang keras meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga meninggal dunia selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab! [52]

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan oleh al- ‘Alawi itu benar?

Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya di dalam kitab-kitab Tawārikh apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi.

Al-‘Alawi berkata: Inilah di antara sebab kebencian Syiah kepada Abu Bakar dan Umar!

Fatimah A.S Memarahi Abu Bakar Dan Umar

Al-‘Alawi berkata lagi: Sebagai bukti kepada berlakunya jenayah daripada Abu Bakar dan Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakar dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut beberapa hadis tentang Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan reda Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya”. Dan anda, wahai raja, mengetahui, apakah akibat orang yang dimarahi Allah!?

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar? Adakah benar bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakar dan Umar?

Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah menyebutnya[53].

Al-‘Alawi berkata: Sebagai bukti kebenaran kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakar, Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga mereka tidak datang di atas kuburnya. Kemudian Ali (a.s) telah melaksanakan wasiat-wasiatnya!

Raja Menjadi Hairan

Raja berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah perkara ini telah keluar daripada Fatimah dan Ali?

Wazir berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli sejarah!

Abu Bakar Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah

Al-‘Alawi berkata: Abu Bakar dan Umar telah menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain pula.

Al-‘Abbasi berkata: Apakah perkara itu?

Al-‘Alawi berkata: Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya (Fadak).

Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil bahawa mereka berdua telah merampas Fadak?

Al-‘Alawi berkata: buku Tawārikh (Sejarah) telah menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya pada masa Rasulullah. Apabila Rasulullah mati, Abu Bakar dan Umar mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari Fadak dengan paksaan, pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu Bakar dan Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah mereka berdua memarahinya dan menghalangnya[54]. Justeru itu, beliau a.s tidak bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan memarahi mereka berdua!

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak Fatimah pada masa pemerintahannya?

Al-‘Alawi berkata: Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada anda rumah anda dan mengusir anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya dapat menyapu dosa perampas yang pertama?

Raja Mencelah

Raja berkata: Terserlah daripada percakapan kamu berdua- Wahai al-‘Abbas dan al-‘Alawi- Semua bersetuju bahawa Abu Bakar dan Umar telah merampas Fadak?

Al-‘Abbasi berkata: Ya, sejarah telah menyebutnya [55].

Raja berkata: Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?

Al-‘Alawi berkata: Kerana mereka berdua mahu merampas khilafah. Mereka berdua telah mengetahui bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun di sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakar dan Umar!

Raja berkata: Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka adalah pelik! Apabila khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi khalifah Rasul s.a.w?

Rasul Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantik- dengan perintah daripada Allah- khalifah-khalifahnya selepasnya. Dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa’ Bani Israel dan semuanya daripada Quraisy[56]”

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?

Wazir berkata: Ya.

Raja berkata: Siapakah mereka yang dua belas itu?

Al-‘Abbasi berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal, iaitu: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Raja berkata: Siapa lagi?

Al-‘Abbasi berkata: Khilaf di kalangan para ulama.

Raja berkata: Namakan mereka.

Al-‘Abbasi diam.

Nama-Nama Imam Dua Belas

Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sekarang aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka menurut kitab-kitab ulama Ahl al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali, Muhammad, Ja‘far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.

Al-‘Abbasi berkata: Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syiah berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup di dunia semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga berkata: Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan selepas ia dipenuhi dengan kezaliman.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada al-‘Alawi: Adakah benar kamu percaya sedemikian?

Al-‘Alawi berkata: Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh Syiah dan Ahl al-Sunnah.

Bagaimana Manusia Boleh Kekal Dalam Jangka Masa Yang Panjang?

Raja berkata: Bagaimana mungkin manusia boleh kekal dalam masa yang begini panjang?

Al-‘Alawi berkata: Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai seribu tahun [57]. Allah berfirman tentang Nuh a.s dalam Surah al-‘Ankabut (29): 14:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka Tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).

Adakah Allah lemah mengekalkan manusia sepanjang masa ini?

Tidakkah Allah di tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah bersabda sedemikian, maka ia adalah benar dan dipercayai.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alawi?

Wazir berkata: Ya [58].

Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa anda mengingkari hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?

Al-‘Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syiah!

Al-‘Abbasi berkata: Kerana khuatir tentang akidah orang awam akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada Syiah!

Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, anda wahai al-‘Abbasi, termasuk di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159:
“Sesungguhnya golongan yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”

Maka laknat daripada Allah meliputi anda…

Kemudian al-‘Alawi berkata: Wahai raja, tanyalah al-‘Abbasi ini: Adakah wajib di atas orang yang alim menjaga Kitab Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di atasnya menjaga akidah golongan awam yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak cenderung kepada Syiah, kerana Syiah adalah Ahli Bidaah!

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kitab-kitab muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar adalah orang pertama yang memasukkan bidaah di dalam Islam. Dia sendiri dengan jelas berkata: Sebaik-baik bidaah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah shalat Tarāwih manakala dia memerintahkan orang ramai supaya melakukan shalat sunat secara berjemaah. Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan shalat sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bidaah Umar adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan. Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan bidaah pada azan dengan membuang perkataan “Hayya ‘alaa khairi al-‘Amal” dan menambah perkataan “Al Salaat khairun mina al-Naum”? [59]

Tidakkah Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi Allah dan Rasul-Nya? [60]

Tidakkah Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan mutaah haji menya lahi Allah dan Rasul?[61]

Tidakkah Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan mutaah perempu an menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[62]

Tidakkah Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah zina: Khalid bin al-Walid menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajib kan supaya dijalankan hukum had ke atas penzina dan pembunuh?

Dan lain-lain bidaah kamu yang mengikut Umar. Oleh itu, adakah kamu ahli bidaah atau kami Syiah?[63]

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi ten tang bidaah-bidaah Umar?

Wazir berkata: Ya, sekumpulan ulama telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mere ka!

Raja berkata: Bagaimana kita mengikut orang yang telah melakukan bidaah pada agama?

Al-‘Alawi berkata: Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul (s.a.w) bersabda: Setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan ke neraka” Maka mereka yang mengikuti Umar di dalam bidaahnya- mereka mengetahuinya- maka mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus!

Para Imam Mazhab Empat

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.

Al-‘Alawi berkata: Ini adalah bidaah yang lain pula, wahai raja!

Raja berkata” Bagaimana begitu?

Al-‘Alawi berkata: Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafii dan Ahmad bin Hanbal, bukan hidup pada masa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus tahun - lebih kurang - selepasnya. Adakah kaum muslimin yang hidup di antara masa Rasul dan masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan? Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka berempat dan tidak mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah berwasiat mengenainya?

Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Mereka itu lebih alim daripada selain mereka!
Raja berkata: Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?

Mazhab Ja‘afari
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Syiah juga mengikut mazhab (Ja‘afar al-Sadiq)?
Al-‘Alawi berkata: Kami mengikut mazhab Ja‘afar, kerana mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana beliau adalah daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah dalam Surah al-Ahzab (33): 33 :
“Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”

Jika tidak, kami mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq (a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu memperbaharui lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas menghapuskannya. Justeru itu, Syiah dinamakan dengan al-Ja‘afariyyah dinisbahkan kepada Ja‘afar al-Sadiq a.s.

Raja berkata: Apakah jawapan anda, wahai ‘Abbasi?

Al-‘Abbasi berkata: Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para imam empat mazhab.!

Al-‘Alawi berkata: Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab empat [64]. Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!

Al-‘Abbasi diam.

Mati Sebagai Seorang Jahiliyah

Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi daripada ahli neraka, jika dia mati dalam keadaan ini.

Raja berkata: Dari manakah anda mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?

Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu, bertanyalah kepada al-‘Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?

Al-‘Abbasi berkata: Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah terdapat hadis daripada Rasulullah tentang perkara ini?

Wazir berkata: Ya, terdapat hadis Rasulullah tentangnya.

Raja berkata dalam keadaan marah: Aku menyangka bahawa anda, wahai al-‘Abbasi, seorang yang boleh dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan anda!

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku mengetahui imam zamanku!

Al-‘Alawi berkata: Siapakah dia?

Al-‘Abbasi berkata: Raja!

Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berka ta sedemikian kerana mengambil hati anda!

Raja berkata: Ya, aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa aku tidak layak menjadi imam zaman orang ramai, kerana aku tidak me ngetahui apa-apapun. Aku hanya menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus pejabat!

Kemudian raja berkata: Wahai al-‘Alawi, siapakah imam zaman pada pendapat anda?

Al-‘Alawi berkata: Imam zaman pada pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana disebut dalam hadis terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu, barangsiapa mengetahuinya, dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah daripada ahli syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.

Kebenaran Bersama Syiah

Di sini muka raja berseri dan terserlah kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya dan berpaling kepada hadirin seraya berkata:

Ketahuilah, wahai jamaah, sesungguhnya aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini (selama tiga hari). Aku telah mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran ada bersama Syiah pada setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan akidah mereka menyeleweng.

Raja Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syiah

Sesungguhnya aku adalah di kalangan mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan mengakuinya. Aku bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di akhirat. Justeru itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku menjadi seorang Syiah (tasyayyu‘). Oleh itu, barangsiapa yang suka bersamaku, maka hendaklah dia menjadi Syiah di atas keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia mengeluarkan dirinya daripada kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!

Wazir Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syiah

Wazir Nizam al-Mulk berkata: Aku telah mengetahui bahawa Syiah adalah benar. Sesungguhnya mazhab yang benar adalah mazhab Syiah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga menjadi seorang Syiah.

Demikianlah kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada muktamar itu (bilangan mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab Syiah.

Berita tentang raja Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera dan penulis-penulis telah memasuki mazhab Syiah telah tersebar di seluruh negara, lalu sebilangan besar daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syiah dan Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya guru-guru mengajar mazhab Syiah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di Baghdad![65]

Sebahagian Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka

Tetapi sebahagian ulama yang berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74 “Seperti batu, bahkan lebih keras lagi”.

Rancangan Jahat

Mereka mulai membuat rancangan-rancangan jahat[66] bagi menentang Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang berlaku, kerana dia adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang berdosa dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.

Kematian Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah

Kemudian mereka membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula mereka membunuh Malik Syah Saljuqi[67].

Fa-innaa li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada mereka berdua dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan.

Sebuah Qasidah

Sesungguhnya aku telah menulis sebuah qasidah meratapi Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di antaranya:

Wazir Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan
Hari-hari tidak mengetahui kemulian nilainya
Dikembalikannya kerana cemburu kepada kulitnya
Dia memilih mazhab kebenaran di dalam dialog
Melahirkan hakikat pada bukti yang terbuka
Agama tasyayyu‘ suatu kebenaran tanpa
kemegahan untuknya
Selain daripadanya adalah fata morgana penipu licik
Tetapi dengki terpendam mereka lakukan untuknya
Dia bermalam di bulan terang di bayangan yang redup
Ke atasnya seribu salam Allah yang mengikutinya
Mencucuri rohnya yang abadi

ISLAM SYI'AH IMAMIAH 12 (MUSLIM PENGIKUT AHLULBAYT) MEMILIKI ARGUMEN PAMUNGKAS VI/TAMMAT/THE BEND




KITAB MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD


UNTUK MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA
KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI PENSYAWAR PAKISTAN
SELEPAS MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh – Sumatra
di
Ujung Dunia


https://www.slideshare.net/drfarza/sect-comparative-in-peshwar-night
https://www.slideshare.net/drfarza/sect-comparative-in-peshwar-night


BAHAGIAN B TERAKHIR/TAMMAT

Aku Menghadiri Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini

Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog. Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.

Segala pujian kepada Allah sahaja, selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya yang baik dan para sahabatnya yang cerdik.

Aku telah menulis buku ini di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.

Penulis:
Muqātil bin ‘Atiyyah bin Muqātil al-Bakri
NOTA KAKI:

[1] Bilangan Syiah pada abad ke 5 hijrah hampir separuh bilangan keseluruhan kaum muslimin.
[2] Nizam al-Mulk telah mengetahui kekuatan hujah Syiah dan kebenaran akidah mereka, tetapi tidak mahu mengikutinya.
[3] Kemungkinan muktamar telah diadakan pada bulan Sya‘ban tahun 485 hijrah.
[4] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no. 578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashābī). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bidaah-bidaah (ahdathū) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadha’il) hadis no. 26, 28, 29, 31 dan 32 .Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[5] Melarikan diri.
[6] Ibn Sa̒ad, Tabaqāt, bhg.2, ii, hlm.41, Ibn ‘Asakir, Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal,v, hlm.312.
[7] Ibn al-Athir, al-Kamil, ix, hlm.102 , Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm.283 .
[8] Al-Baihaqi, al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umāl, I,281 .
[9] Ibid.
[10] Ahli majlis Syura: Sa̒ad bin Abi Waqās, Abd al-Rahman bin ̒Auf, Talhah bin ̒Ubaidillah, al-Zubayr bin al-̒Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera supaya mengawal majlis Syura dalam masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin ‘Auf, Ibn Qutaibah, al-Imāmah wa al-Siyasah, I, hlm.24 . Ini bererti jika Ali a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya menolak perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
[11] Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafā’, hlm.67 , al-Shahrastāni, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawā’iq al-Muhriqah, hlm.8.
[12] Ibid.
[13] Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14-158 .
[14] Ibn Hanbal, al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii, hlm. 290 , Ibn Hajr, al-Sawā’iq al-Muhriqah, hlm.107 .
[15] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “Lā targhabuu ‘an ābā’i-kum”, tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim, Sahih, ii, hlm. 726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah al-Saf 61:2) “ Fatauktabu syahaadatan fi a‘naaqi-kum…, tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur’an sekarang.
[16] Lihat, umpamanya, al-Baidāwi, Anwar al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53):19-20 dan lain-lain.
[17] “Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim, Sahih, ii, hlm.482.
[18] Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Aqd al-Farīd, I,26 , Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm113 ,
[19] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāghah, iii, hlm.124.
[20] Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu, tidak merendahkan kedudukannya mengikut al-‘Abbasi.
[21] Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210menyatakan bahwa (Surah al-Lail 92 :3) telah ditambah perkataan “Mā khalaqa”, Lantaran itu, ayat asalnya “Wa al-Dhakari wa al- Unthā” tanpa “Mā khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardā’, kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm. 565, al-Turmudhi, Sahih, v, hlm.191. Al-Suyuti, al-Itqān, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab 33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala al-Ladhīna yusalluna al-Sufuuf al-Uwal” selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu yusallūna ‘Ala al-Nabiyy” ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf”
[22] Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama “Dia” di dalan ayat tersebut kembali kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin ‘Affan.
[23] Ali a.s berkata di dalam khutbahnya: "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syiahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mutaah wanita dan mutaah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).

Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”. Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.

Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa” Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut,1985 , viii, hlm.51 - 51(hadis no.21).
[24] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12,14 .
[25] Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.
[26] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāghah,ii, hlm.77.
[27] Al-Ya‘qūbi, Tarikh, ii, hlm.161 , Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘āb, I, hlm.114.
[28] Al-Khawārizmi, al-Manāqib, hlm. 72 al-Qunduzi al-Hanafi, Yanābii‘ al-Mawaddah, hlm. 130 dan lain-lain.
[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umāl, hadis no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.
[30] Ibn Hajr, al-Sawā’iq al-Muhriqah, hlm.124.
[31] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Umāl, vi, 392 dan lain-lain.
[32] Umur Ali a.s ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar adalah 59 tahun lebih kurang.
[33] Jika umur menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakar lebih layak daripadanya.
[34] Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.
[35] Ibn Sa‘d, Tabaqāt, vi, hlm.102
[36] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Umaal, vi, hlm.152.
[37] Al-Hakim , al-Mustadrak, iii, hlm126-127.
[38] Umar memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil, kerana berzina. Tetapi Ali a.s membantahnya seraya berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya, tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya” Kemudian Umar berkata: “Setiap orang adalah lebih alim daripadaku”, al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm.81 .
[39] Al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.358
[40] Al-Khawaarizmi, al-Manāqib, hlm.60 .
[41] Ibid.
[42] Marwan bin al-Hakam.
[43] Ibn Sa‘d, Tabaqāt, bgh. 3, I,hlm.129, al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.440 , Ibn Qutaibah, al-Imāmah wa al-Siyāsah, hlm.6
[44] Umar Juga diriwayatkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar tabi‘i dengan isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah binasa, Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah membinasakan anda? Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan isteriku melalui duburnya (Aku telah “meliwat” isteriku). Maka Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Kemudian turun firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 223 “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok- tanammu itu di mana saja kamu kehendaki” Lihat al Turmudhi, Jaami‘ al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth (2:223). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan seks Umar di luar tabi‘i dengan isterinya melalui duburnya itu tidak membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah, jika Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya (“meliwat” isterinya). Pada suatu hari Sahil telah bertanya Imam Malik tentang persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam Malik berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku telah meliwat isteriku dan aku baru saja membersihkan kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jāmi‘ al-Ahkām, I, 352ayat al-Harth (2:223).

[45] Abu Bakar dan Umar telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain dan Khaibar, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.46, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.37 , al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm.37 .
[46] Al-Fakhr al-Razi, Nihayat al-‘Uqūl, hlm.104 , al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 32, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, iii, hlm.19 .
[47] Ibn Hajr, al-Iŝābah, iii, hlm. 335.
[48] Ibn Hajr, al-Iŝābah, iii, hlm.336 .
[49] Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.241, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm.158 , Ibn Kathir, Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.
[50] Ibn Kathir, Tarikh, iii, hlm. 87, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 623 dan lain-lain.
[51] Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm. 159, Ibn Qutaibah, al-Imāmah wa al-Siyāsah,I, hlm.12 .
[52] Umar telah menjalankan pemerintahannya secara kasar dan bersifat aggresif serta menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil telah gugur kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia selalu melarikan diri, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.37 . Talhah berkata kepada Abu Bakar: “Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?, Ibn Qutaibah, al-Imāmah wa al-Siyāsah, hlm.26 .
[53] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.153, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umāl, vi, hlm. 219 dan lain-lain.
[54] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāghah, v, hlm.86, al-Balaadhuri, Futūh al-Buldān, hlm.44 .
[55] Al-Haithami, al-Majma‘, ix, hlm.39.
[56] Ibn al-Jauzi, al-Tadhkirah, hlm.378 , al-Qunduzi al-Hanafi, Yanābi‘ al-Mawaddah, hlm.442 , Ibn Hanbal, al-Musnad, I, hlm.398 , Muslim, Sahih, ii, hlm. 79 dan lain-lain.
[57] Semasa dialog diadakan di Baghdad.
[58] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanābi‘ al-Mawaddah, hlm.491 , Arjah al-Matālib, hlm. 378 dan lain-lain.
[59] Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm.110.
[60] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafā’, hlm.137.
[61] Al-Bukhari, Sahih, vii, hlm.33, Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.233 .
[62] Ibid.
[63] Ahl al-Sunnah adalah Ahl Bidaah sementara Syiah adalah Ahl Sunnah Rasulullah s.a.w.
[64] Penguasa Ahl al-Sunnah menindas Syiah yang mengamalkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sementara penguasa Syiah membenarkan Ahl al-Sunnah mengamalkan ajaran Abu Bakar dan Umar yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w., kerana ia adalah akidah mereka. Oleh itu, minoriti Syiah yang hidup di dalam negara majoriti Ahl al-Sunnah ditindas. Sementara minoriti Ahl al-Sunnah yang hidup di dalam negara majoriti Syiah dapat hidup dengan aman. Oleh itu, siapakah Ahli bidaah?
[65] Penguasa Ahl al-Sunnah memerintahkan supaya ajaran Syiah tidak diajar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti, malah ia mesti dipantau pada setiap masa. Di manakah kebebasan mengamalkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan siapkah ahli bidaah?
[66] Rancangan jahat mereka berterusan sehingga hari Kiamat.
[67] Pembunuhan manusia yang tidak berdosa adalah satu dosa besar dan pelakunya kekal di neraka.
KLIK HTTP BERIKUT INI UNTUK MEMBACA KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI PENSYAWAR PAKISTAN:


BIBLIOGRAFI

Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad,1959 .
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo,1969 .
al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, Cairo,1978 .
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut,1990 .
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo,1382 H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo,1969 .
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad,1969 .
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo,1956 .
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad,1959 .
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut,1953 .
Ibn Hajr al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Cairo,1965 .
Ibn Hajr al-‘Asqalani, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad,1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut,1987 .
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut,1987 .
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo,1958 .
Ibn Kathir,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut1993 .
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis,1972 .
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis,1376 H.
Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo,1967 .
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut,1959 .
al-Nasa’i, al-Sunan, Cairo,1958 .
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,
al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an, Cairo, 1381 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut,1984 .
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo,1961 .
Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
Al-Suyuti, al-Itqān fi ‘Ulūm al-Qur’an, Cairo,1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut,1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo,1382
al-Turmudhi, al-Jāmi al-Turmudhi‘, Cairo,1380
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H



Penterjemah:
24 hb. Jun, 1994.

KANDUNGAN




PRAKATA 3
BAHAGIAN PERTAMA 7
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syiah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syiah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.

Pendahuluan 7
Latar belakang Malik Syah dan Nizam al-Mulk 7
Sebab yang mencetuskan dialog 7
Dialog raja dengan wazirnya tentang Syiah 8
Cadangan bagi mengadakan dialog antara Sunnah dan Syiah 8
Keengganan Nizam al-Mulk untuk mengadakan dialog 8
Desakan raja Malik Syah supaya diadakan dialog 9
Demi kebenaran 9
Penawar dan penyelesaiannya 9
Kekhuatiran Nizam al-Mulik untuk mengadakan muktamar 9
Persediaan dialog hanya lima belas hari 10
Syarat-syarat dialog 10
Pembukaan muktamar 10
Dialog tentang sahabat 11
Wazir mahu campur tangan 11
Al-‘Abbasi cuba mendapat Sokongan Raja 12
Rasul Mencaci Abu Bakar dan Umar 12
Raja meminta penjelasan 12
Raja meminta pertukaran tajuk 13
Al-Qur’an 13
Raja meminta penjelasan 13

BAHAGIAN KEDUA 13

Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur’an, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.

Khalifah 14
Raja meminta penjelasan 14
Mengikuti mereka terdahulu 14
Khalifah Rasulullah 15
Raja meminta penjelasan 15
Raja meminta pertukaran tajuk 15
Penyelewengan al-Qur’an 15
Raja meminta pertukaran tajuk 16
Sifat Tuhan 16
Raja meminta penjelasan 17
Muhkamah dan mutasyaabihah 17
Raja meminta pertukaran tajuk 18
Penyelewengan dan kebatilan Ahl al-Sunnah 18
Raja meminta penjelasan 19
Rasulullah s.a.w syak pada kenabiannya 19
Raja meminta penjelasan 19
Mencaci Rasulullah s.a.w 20
Raja mencelah 20
Khurafat-khurafat Ahl al-Sunnah 20
Raja meminta pertukaran tajuk 21
Mengaitkan perkara yang tidak layak 21
Raja mencelah 21
Raja meminta pertukaran tajuk 22
Syiah mengingkari iman mereka bertiga 22

BAHAGIAN KETIGA 22

Dalil Tidak Berimannya Abu Bakar, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi, Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.

Dalil tidak berimannya Abu Bakar 23
Raja mencelah 23
Dalil tidak berimannya Umar 23
Raja meminta penjelasan 24
Al-‘Abbasi cuba menghalang raja dari menukar mazhab 24
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi 24
Dalil tidak berimannya Uthman 25
Raja meminta penjelasan 25
Menjadi khalifah dengan wasiat Umar 26
Hadis sepuluh orang dijamin syurga adalah palsu 26
Raja meminta penjelasan 37
Apakah syaitan memaafkan orang yang bercakap benar? 27
Al-‘Alawi bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan 27
Raja meminta penjelasan 28
Mencaci sahabat 28
Kata-kata semua sahabat adil satu pembohongan 28
Bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka 28
Raja meminta pertukaran tajuk 29
Kesamaran Ahl al-Sunnah 29
Syiah mengikuti khalifah Rasulullah s.a.w 30
Sebab Ali a.s tidak layak menjadi khalifah 30
Orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul? 30

BAHAGIAN KEMPAT 31

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan,
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mutaah, Raja Meminta Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.

Kelayakan Ali a.s menjadi khalifah 31
Raja meminta penjelasan 32
Penentangan Umar terhadap Rasulullah s.a.w 32
Raja meminta penjelasan 34
Raja mencelah 34
Raja tertarik tentang mutaah 35
Raja meminta para hadirin turut berdialog 36
Raja meminta pertukaran tajuk 36
Pembukaan Umar 36
Raja memarahi pembukaan Umar dan seumpamanya 36
Raja meminta al-‘Abbasi menjawab 37
Ikutilah khalifah Rasulullah s.a.w yang sah 37
Pembukaan Ali bin Abu Talib 37
Sebab-sebab kebencian kepada Abu Bakar 38
Raja meminta penjelasan 38
Jenayah Khalid bin al-Walid dan zinanya 38
Umar mahu membunuh Khalid, Abu Bakar menegahnya 39
Raja meminta penjelasan 39

BAHAGIAN KELIMA 39

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakar Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syiah Dan Lain-Lain.

Ahl al-Sunnah merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib? 40
Abu Talib seorang mukmin 40
Raja meminta penjelasan 40
Perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib a.s 40
Raja meminta penjelasan 41
Al-‘Abbasi mengakui Abu Bakar telah bersalah 41
Raja mencelah 41
Raja meminta penjelasan 42
Fatimah a.s memarahi Abu Bakar dan Umar 42
Raja meminta penjelasan 42
Raja menjadi hairan 43
Abu Bakar dan Umar merampas Fadak daripada Fatimah a.s 43
Raja mencelah 43
Rasul s.a.w melantik khalifah-khalifah selepasnya 44
Raja meminta penjelasan 44
Nama-nama Imam Dua Belas 44
Raja meminta penjelasan 45
Bagaimana manusia boleh kekal dalam masa yang begitu panjang? 45
Raja meminta penjelasan 45
Al-‘Abbasi khuatir orang awam cenderung kepada Syiah 45
Raja meminta penjelasan 46
Para imam mazhab empat 47
Mazhab Jaafari 47
Mati sebagai seorang jahiliyah 48
Raja meminta penjelasan 48
Kebenaran bersama Syiah 49
Raja mengisytiharkan diri sebagai seorang Syiah 49
Wazir mengisytiharkan diri sebagai seorang Syiah 49
Sebahagian mereka kekal di atas mazhab mereka 50
Rancangan jahat 50
Kematian Nizam al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi 50
Sebuah qasidah 50
Aku menghadiri muktamar dan dan menulis buku ini 51
Notakaki 52
Bibliografi 57