KITAB
MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD
UNTUK
MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA
KITAB
DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI PENSYAWAR
PAKISTAN
PAKISTAN
SELEPAS MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh – Sumatra
di
Ujung Dunia
BAHAGIAN
KELIMA
Ahl
Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin,
Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah, Raja
Menjadi Hairan, Abu Bakar Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran
Bersama Syiah Dan Lain-Lain.
Ahl
Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?
Raja
berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi
berkata: Jikalau mereka bukan musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji
golongan yang telah merampas haknya dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali
a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya sehingga hasad
dan permusuhan menguasai mereka dan mereka berkata: Sesungguhnya Abu Talib
telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah seorang mukmin. Dialah yang telah
menolong Islam di dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi di dalam
risalahnya!
Abu
Talib Seorang Mukmin
Raja
berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?
Al-‘Alawi
berkata: Abu Talib tidak pernah menjadi seorang kafir sehingga dia memasuki
Islam, malah dia adalah seorang mukmin yang menyembunyikan imannya. Apabila
Rasulullah (s.a.w) diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan Islamnya di
tangannya, maka dia adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin
Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid; isteri Nabi s.a.w dan ketiga: Abu
Talib (r.a).
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi tentang hak Abu Talib?
Wazir
berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian ahli sejarah[50].
Raja
berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib
mati kafir?
Perasaan
Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi
berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru,
perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib membuatkan mereka
berkata: Sesungguhnya bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl
al-Sunnah terhadap Ali membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-Hasan
dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-Sunnah yang telah
menghadiri Karbalā’ untuk membunuh al-Husain berkata: Kami memerangi kamu
kerana kemarahan kami kepada bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada
syeikh-syeikh kami pada hari Badr dan Hunain! (Nuqātilūka bughđan li abīka wa
mā fa‘ala bi asyyākhinā yauma Badrin wa Hunain!)
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini diucapkan oleh pembunuh-pembunuh
al-Husain?
Wazir
berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa mereka telah berkata ucapan ini
kepada al-Husain!
Raja
berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda tentang kisah Khalid bin
al-Walid?
Al-‘Abbasi
berkata: Sesungguhnya Abu Bakar melihat muslihat di dalam perkara ini!
Al-‘Alawi
berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah muslihat yang membawa Khalid bin
al-Walid kepada pembunuhan golongan yang tidak berdosa, berzina dengan
perempuan mereka, kemudian dia dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang
pembalasan, malah diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakar berkata
padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah “pedang Allah”
membunuh golongan kafir atau golongan mukminin? Dan adakah “pedang Allah”
menjaga kehormatan kaum muslimin atau berzina dengan perempuan muslimin??
Al-‘Abbasi
Mengakui Abu Bakar Telah Bersalah
Al-‘Abbasi
berkata: Wahai al-‘Alawi, sesungguhnya Abu Bakar telah bersalah (akhta’a),
tetapi Umar telah dapat memahaminya!
Al-‘Alawi
berkata: Jika Umar memahami perkara tersebut, maka hendaklah dia mengenakan
hukum had ke atas Khalid kerana berzina dan membunuhnya pula kerana dia telah
membunuh mukminin yang tidak berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar
telah bersalah sebagaimana Abu Bakar telah bersalah sebelumnya.
Raja
Mencelah
Raja
berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-‘Alawi berkata pada awal percakapan bahawa
Abu Bakar telah membuat jahat kepada Fatimah al-Zahra’ Binti Rasulullah
(s.a.w), maka apakah jenis kejahatannya kepada Fatimah?
Al-‘Alawi
berkata: Sesungguhnya Abu Bakar selepas dia mengambil baiah untuk dirinya
daripada orang ramai dengan keganasan, pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhab wa
al-Saif wa al-Tahdid wa al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin
al-Walid, Abu ‘Ubaidah dan kumpulan lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan
Fatimah (a.s). Umar telah mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu
itu di mana Rasulullah pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu ‘alaikum ya Ahla
Bait al-Nubuwwah dan beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta
izin), lalu Umar membakar pintu dengan api [51].
Manakala
Fatimah datang di balik pintu bagi menentang Umar dan kumpulannya, Umar telah
menolak Fatimah di antara dinding dan pintu dengan keras sehingga janinnya
gugur dan paku pintu mengenai dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku,
wahai Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas anda [pergi] daripada
Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling kepada mereka di
sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat terkena kekasih
Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah tubuhnya!
Kesan
tolakan yang keras ini dan pertembungan yang keras meresapi tubuh Fatimah, lalu
terjatuh sakit sehingga meninggal dunia selepas bapanya beberapa hari-Fatimah
adalah syahid di rumah kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin
al-Khattab! [52]
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan oleh al- ‘Alawi itu benar?
Wazir
berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya di dalam kitab-kitab Tawārikh
apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi.
Al-‘Alawi
berkata: Inilah di antara sebab kebencian Syiah kepada Abu Bakar dan Umar!
Fatimah
A.S Memarahi Abu Bakar Dan Umar
Al-‘Alawi
berkata lagi: Sebagai bukti kepada berlakunya jenayah daripada Abu Bakar dan
Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut bahawa Fatimah telah mati
di dalam keadaan memarahi Abu Bakar dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah
menyebut beberapa hadis tentang Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan reda
Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya”. Dan anda, wahai raja, mengetahui,
apakah akibat orang yang dimarahi Allah!?
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar? Adakah benar bahawa Fatimah telah
mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakar dan Umar?
Wazir
berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah menyebutnya[53].
Al-‘Alawi
berkata: Sebagai bukti kebenaran kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah
berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s supaya beliau a.s tidak memperlihatkan
jenazahnya kepada Abu Bakar, Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak
mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara jenazahnya.
Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga mereka tidak datang di atas
kuburnya. Kemudian Ali (a.s) telah melaksanakan
wasiat-wasiatnya!
Raja
Menjadi Hairan
Raja
berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah perkara ini telah keluar
daripada Fatimah dan Ali?
Wazir
berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli sejarah!
Abu
Bakar Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah
Al-‘Alawi
berkata: Abu Bakar dan Umar telah menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain
pula.
Al-‘Abbasi
berkata: Apakah perkara itu?
Al-‘Alawi
berkata: Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya (Fadak).
Al-‘Abbasi
berkata: Apakah dalil bahawa mereka berdua telah merampas Fadak?
Al-‘Alawi
berkata: buku Tawārikh (Sejarah) telah menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah
memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya pada masa Rasulullah.
Apabila Rasulullah mati, Abu Bakar dan Umar mengeluarkan pekerja-pekerja
Fatimah dari Fadak dengan paksaan, pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah
ke atas Abu Bakar dan Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya.
Malah mereka berdua memarahinya dan menghalangnya[54]. Justeru itu, beliau a.s
tidak bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan
memarahi mereka berdua!
Al-‘Abbasi
berkata: Tetapi Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak
Fatimah pada masa pemerintahannya?
Al-‘Alawi
berkata: Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada
anda rumah anda dan mengusir anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda
mati, dan mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya
dapat menyapu dosa perampas yang pertama?
Raja
Mencelah
Raja
berkata: Terserlah daripada percakapan kamu berdua- Wahai al-‘Abbas dan
al-‘Alawi- Semua bersetuju bahawa Abu Bakar dan Umar telah merampas Fadak?
Al-‘Abbasi
berkata: Ya, sejarah telah menyebutnya [55].
Raja
berkata: Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?
Al-‘Alawi
berkata: Kerana mereka berdua mahu merampas khilafah. Mereka berdua telah
mengetahui bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s
membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu
dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun di
sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakar dan Umar!
Raja
berkata: Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka adalah pelik!
Apabila khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi khalifah
Rasul s.a.w?
Rasul
Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya
Al-‘Alawi
berkata: Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantik- dengan perintah daripada
Allah- khalifah-khalifahnya selepasnya. Dalam satu hadis Rasul bersabda:
Khalifah-khalifah selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa’
Bani Israel dan semuanya daripada Quraisy[56]”
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?
Wazir
berkata: Ya.
Raja
berkata: Siapakah mereka yang dua belas itu?
Al-‘Abbasi
berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal, iaitu: Abu Bakar, Umar, Uthman
dan Ali.
Raja
berkata: Siapa lagi?
Al-‘Abbasi
berkata: Khilaf di kalangan para ulama.
Raja
berkata: Namakan mereka.
Al-‘Abbasi
diam.
Nama-Nama
Imam Dua Belas
Al-‘Alawi
berkata: Wahai raja, sekarang aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka
menurut kitab-kitab ulama Ahl al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan,
al-Husain, Ali, Muhammad, Ja‘far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan
al-Mahdi a.s.
Al-‘Abbasi
berkata: Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syiah berkata: Bahawa al-Mahdi
masih hidup di dunia semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan
mereka juga berkata: Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan
keadilan selepas ia dipenuhi dengan kezaliman.
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada al-‘Alawi: Adakah benar kamu percaya sedemikian?
Al-‘Alawi
berkata: Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah
diriwayatkan oleh Syiah dan Ahl al-Sunnah.
Bagaimana
Manusia Boleh Kekal Dalam Jangka Masa Yang Panjang?
Raja
berkata: Bagaimana mungkin manusia boleh kekal dalam masa yang begini panjang?
Al-‘Alawi
berkata: Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai seribu tahun [57]. Allah berfirman tentang Nuh a.s dalam Surah al-‘Ankabut (29): 14:
Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka Tinggalah ia
dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka
dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).
Adakah
Allah lemah mengekalkan manusia sepanjang masa ini?
Tidakkah
Allah di tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu?
Kemudian Rasul telah bersabda sedemikian, maka ia
adalah benar dan dipercayai.
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah memberitahu tentang
al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir
berkata: Ya [58].
Raja
berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa anda mengingkari hakikat-hakikat yang
terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?
Al-‘Abbasi
Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syiah!
Al-‘Abbasi
berkata: Kerana khuatir tentang akidah orang awam akan bergoncang dan cenderung
hati mereka kepada Syiah!
Al-‘Alawi
berkata: Jikalau begitu, anda wahai al-‘Abbasi, termasuk di dalam firman Allah
Surah al-Baqarah (2): 159:
“Sesungguhnya
golongan yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa
keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia
dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan pula oleh semua (makhluk) yang
dapat melaknati”
Maka
laknat daripada Allah meliputi anda…
Kemudian
al-‘Alawi berkata: Wahai raja, tanyalah al-‘Abbasi ini: Adakah wajib di atas
orang yang alim menjaga Kitab Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di
atasnya menjaga akidah golongan awam yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?
Al-‘Abbasi
berkata: Sesungguhnya aku menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak
cenderung kepada Syiah, kerana Syiah adalah Ahli Bidaah!
Al-‘Alawi
berkata: Sesungguhnya kitab-kitab muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu;
Umar adalah orang pertama yang memasukkan bidaah di dalam Islam. Dia sendiri
dengan jelas berkata: Sebaik-baik bidaah adalah ini. Ini dirujukkan kepada
kisah shalat Tarāwih manakala dia memerintahkan orang ramai supaya melakukan
shalat sunat secara berjemaah. Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah
mengharamkan shalat sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bidaah Umar
adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan. Kemudian: Tidakkah
Umar telah melakukan bidaah pada azan dengan membuang perkataan “Hayya ‘alaa
khairi al-‘Amal” dan menambah perkataan “Al Salaat khairun mina al-Naum”? [59]
Tidakkah
Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi
Allah dan Rasul-Nya? [60]
Tidakkah
Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan mutaah haji menya lahi Allah dan
Rasul?[61]
Tidakkah
Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan mutaah perempu an menyalahi
Allah dan Rasul-Nya?[62]
Tidakkah
Umar telah melakukan bidaah dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah
zina: Khalid bin al-Walid menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajib kan supaya
dijalankan hukum had ke atas penzina dan pembunuh?
Dan
lain-lain bidaah kamu yang mengikut Umar. Oleh itu, adakah kamu ahli bidaah
atau kami Syiah?[63]
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi ten tang
bidaah-bidaah Umar?
Wazir
berkata: Ya, sekumpulan ulama telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mere ka!
Raja
berkata: Bagaimana kita mengikut orang yang telah melakukan bidaah pada agama?
Al-‘Alawi
berkata: Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul
(s.a.w) bersabda: Setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan ke neraka”
Maka mereka yang mengikuti Umar di dalam bidaahnya- mereka mengetahuinya- maka
mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus!
Para
Imam Mazhab Empat
Al-‘Abbasi
berkata: Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.
Al-‘Alawi
berkata: Ini adalah bidaah yang lain pula, wahai raja!
Raja
berkata” Bagaimana begitu?
Al-‘Alawi
berkata: Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafii dan
Ahmad bin Hanbal, bukan hidup pada masa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang
dua ratus tahun - lebih kurang - selepasnya. Adakah kaum muslimin yang hidup di
antara masa Rasul dan masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan
kesesatan? Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka berempat
dan tidak mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah berwasiat mengenainya?
Raja
berkata: Apakah pendapat anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi
berkata: Mereka itu lebih alim daripada selain mereka!
Raja
berkata: Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?
Mazhab
Ja‘afari
Al-‘Abbasi
berkata: Tetapi Syiah juga mengikut mazhab (Ja‘afar al-Sadiq)?
Al-‘Alawi
berkata: Kami mengikut mazhab Ja‘afar, kerana mazhabnya adalah mazhab
Rasulullah, kerana beliau adalah daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah
dalam Surah al-Ahzab (33): 33 :
“Sesungguhnya
Allah mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya”
Jika
tidak, kami mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq
(a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada
para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis
ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu
memperbaharui lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas
menghapuskannya. Justeru itu, Syiah dinamakan dengan al-Ja‘afariyyah
dinisbahkan kepada Ja‘afar al-Sadiq a.s.
Raja
berkata: Apakah jawapan anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi
berkata: Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para imam empat mazhab.!
Al-‘Alawi
berkata: Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab
empat [64]. Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan
dalil!
Al-‘Abbasi
diam.
Mati
Sebagai Seorang Jahiliyah
Al-‘Alawi
berkata: Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi
daripada ahli neraka, jika dia mati dalam keadaan ini.
Raja
berkata: Dari manakah anda mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?
Al-‘Alawi
berkata: Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak
mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata
wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu,
bertanyalah kepada al-‘Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi
berkata: Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata kepada wazir: Adakah terdapat hadis daripada Rasulullah tentang perkara
ini?
Wazir
berkata: Ya, terdapat hadis Rasulullah tentangnya.
Raja
berkata dalam keadaan marah: Aku menyangka bahawa anda, wahai al-‘Abbasi,
seorang yang boleh dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan anda!
Al-‘Abbasi
berkata: Sesungguhnya aku mengetahui imam zamanku!
Al-‘Alawi
berkata: Siapakah dia?
Al-‘Abbasi
berkata: Raja!
Al-‘Alawi
berkata: Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berka ta
sedemikian kerana mengambil hati anda!
Raja
berkata: Ya, aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa
aku tidak layak menjadi imam zaman orang ramai, kerana aku tidak me ngetahui
apa-apapun. Aku hanya menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus
pejabat!
Kemudian
raja berkata: Wahai al-‘Alawi, siapakah imam zaman pada pendapat anda?
Al-‘Alawi
berkata: Imam zaman pada pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s
sebagaimana disebut dalam hadis terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru
itu, barangsiapa mengetahuinya, dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia
adalah daripada ahli syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia
mati sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.
Kebenaran
Bersama Syiah
Di
sini muka raja berseri dan terserlah kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya
dan berpaling kepada hadirin seraya berkata:
Ketahuilah,
wahai jamaah, sesungguhnya aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini
(selama tiga hari). Aku telah mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran
ada bersama Syiah pada setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang
mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan
akidah mereka menyeleweng.
Raja
Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syiah
Sesungguhnya
aku adalah di kalangan mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan
mengakuinya. Aku bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di
akhirat. Justeru itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku
menjadi seorang Syiah (tasyayyu‘). Oleh itu, barangsiapa yang suka bersamaku,
maka hendaklah dia menjadi Syiah di atas keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia
mengeluarkan dirinya daripada kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!
Wazir
Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syiah
Wazir
Nizam al-Mulk berkata: Aku telah mengetahui bahawa Syiah adalah benar.
Sesungguhnya mazhab yang benar adalah mazhab Syiah Imam Dua Belas sahaja
semenjak hari-hari persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku
juga menjadi seorang Syiah.
Demikianlah
kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada
muktamar itu (bilangan mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab
Syiah.
Berita
tentang raja Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera
dan penulis-penulis telah memasuki mazhab Syiah telah tersebar di seluruh
negara, lalu sebilangan besar daripada orang ramai telah berpegang kepada
mazhab Syiah dan Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan
supaya guru-guru mengajar mazhab Syiah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di
Baghdad![65]
Sebahagian
Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka
Tetapi
sebahagian ulama yang berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka
yang terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74
“Seperti batu, bahkan lebih keras lagi”.
Rancangan
Jahat
Mereka
mulai membuat rancangan-rancangan jahat[66] bagi menentang Malik Syah dan Nizam
al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang
berlaku, kerana dia adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang
berdosa dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.
Kematian
Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah
Kemudian
mereka membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu
pula mereka membunuh Malik Syah Saljuqi[67].
Fa-innaa
li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh
pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada
mereka berdua dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana
kebenaran dan keimanan.
Sebuah
Qasidah
Sesungguhnya
aku telah menulis sebuah qasidah meratapi Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di
antaranya:
Wazir
Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
Diukir
oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan
Hari-hari
tidak mengetahui kemulian nilainya
Dikembalikannya
kerana cemburu kepada kulitnya
Dia
memilih mazhab kebenaran di dalam dialog
Melahirkan
hakikat pada bukti yang terbuka
Agama
tasyayyu‘ suatu kebenaran tanpa
kemegahan
untuknya
Selain
daripadanya adalah fata morgana penipu licik
Tetapi
dengki terpendam mereka lakukan untuknya
Dia
bermalam di bulan terang di bayangan yang redup
Ke
atasnya seribu salam Allah yang mengikutinya
Mencucuri
rohnya yang abadi