KITAB MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD
UNTUK MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA
KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI
PENSYAWAR PAKISTAN
SELEPAS
MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh –
Sumatra
di
Ujung Dunia
BAHAGIAN KEDUA
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti
Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Penyelewe
ngan al-Qur’an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah
Al-‘Abbasi berkata: (Dia telah mengambil
peluang): Adakah anda telah mende ngar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini
tidak menamakan Uthman khalifah, dia me namakannya amir sahaja.
Al-‘Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah seorang
khalifah.
Raja berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Syiah percaya
kebatilan khilafah Abu Bakar, Umar dan Uthman!
Raja berkata: (Dengan hairan dan
tanda tanya) kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya
Uthman telah dilantik melalui enam ahli majis syura [10] yang ditetapkan oleh
Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman, hanya beliau
dilantik oleh tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu, kesahihan
Uthman bergantung kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wa siat Abu Bakar.
Justeru itu, kesahihan Umar bergantung kepada Abu Bakar. Abu Bakar berkuasa
melalui perlantikan kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pe dang dan
kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakar bergantung kepa da senjata
dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Bai’ah orang ramai
kepada Abu Bakar adalah sercara faltatan jahiliyah[11]. Allah telah menjaga
muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali kepadanya, maka kamu
bunuhlah dia.
Abu Bakar sendiri berkata:
Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu
sedangkan Ali di sisi kamu. Justeru itu, Syiah percaya baha wa khilafah mereka
bertiga adalah batil daripada asasnya.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah
benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu Bakar dan Umar?
Wazir berkata: Ya, demikianlah
apa yang disebutkan oleh Ahli Sejarah![12]
Ketiga:
Mengikuti Mereka Terdahulu
Raja berkata: Kenapakah kita
menghormati mereka bertiga?
Wazir berkata: Kerana mengikuti
mereka terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!
Al-‘Alawi berkata kepada raja:
Wahai raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebe naran lebih berhak diikuti
atau orang yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah me ngikuti mereka
terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di da lam firman
Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 “Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa
kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak
mereka”?!
Khalifah Rasulullah
Raja berkata: (Ditujukan kepada
al-‘Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah
khalifah Rasulullah?
Al-‘Alawi berkata: Khalifah
Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu Talib.
Raja berkata: Kenapa dia menjadi
khalifah?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasul
telah menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat
kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di an taranya di satu tempat di
antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum [13]. Beliau saww telah
mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsi apa yang telah
menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tu hanku, hormatilah
orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusu han dengannya,
tolonglah orang yang menolongnya, hinalah orang yang meng hi nanya”.
Kemudian beliau saww turun dari
mimbar dan berkata kepada kaum muslimin- Bila ngan mereka melebihi seratus dua
puluh ribu orang. Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan muslimin” Mereka
telah datang kepada Ali seorang demi seorang se raya berkata kepada Ali:
Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin. Kemudian Abu Ba kar dan Umar datang,
lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi kepemimpinan mus limin. Umar berkata:
Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi maulaku dan
maula semua mukmin dan mukminat[14]. Justeru itu, khalifah yang sah bagi
Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya:
Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah
ahli sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk
ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Penyelewengan Al-Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnhya
Syiah berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif).
Al-‘Alawi berkata: Malah ia
masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguh nya kamu berkata tentang
penyelewengan al-Qur’an![15]
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah
pembohongan yang jelas.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu
meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat tentang
al-Gharaaniq telah turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan
dibuang daripada al-Qur’an?
Raja berkata kepada wazir: Adakah
benar apa yang didakwa oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah
telah disebutkan oleh ahli Tafsir.
Raja berkata: Bagaimana dipegang
atau dipercayai Qur’an yang diselewengkan?
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah,
wahai raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemi kian. Sesungguhnya ini
adalah pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi kami boleh
dipercayai, tetapi al-Qur’an disisi Ahlal-Sunnah tidak boleh berpegang
kepadanya!
Al-‘Abbasi berkata: Beberapa
hadis terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan dari pada para ulama kamu?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis
itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk dan dipalsukan di mana
musuh-musuh Syiah telah menciptakannya untuk mence markan imej Syiah. Ketiga:
Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang dipindahkan
daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang. Sesungguh nya para ulama kami
yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat me reka, tidak berkata
tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif). Mereka tidak menye but ayat-ayat
al-Qur’an tentang pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya
bahawa kamu berkata: Dia berfirman[16]:
“Itulah al-Gharaaniq yang tinggi.
Daripadanyalah syafaat diharap-harapkan”
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan Tajuk
ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Sifat Tuhan
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengaitkan
kepada Allah perkara yang tidak layak dengan kebesaran-Nya.
Al-‘Abbasi berkata: Seumpama apa?
Al-‘Alawi berkata: Umpamanya
mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan
menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke
dalam Neraka pada hari Kiamat[17], sesungguhnya Dia turun dari langit kepada
langit dunia di atas seekor keledai kepunyaan-Nya!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang
menghalangnya daripada perkara tersebut se dang al-Qur’an menjelaskannya di
dalam Surah al-Fajr (89): 22
“Pada hari betis disingkapkan”
dan firman Allah di dalam Surah
al-Fath (48): “Tangan Allah di atas tangan mere ka”.
Hadis telah menceritakan bahawa
sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!
Al-‘Alawi berkata: Adapun hadis
tersebut adalah batil di sisi kami, satu pemboho ngan dan rekaan semata-mata,
kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah saww
sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya[18].
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir-:
Adakah benar bahawa Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis?
Wazir berkata: Ya, dia telah
melarangnya sebagaimana di dalam kitab-kitab Tawa rikh.
Raja berkata: Bagaimana kita berpegang
dengan hadis Abu Hu rairah?
Wazir berkata: Kerana ulama telah
berpegang kepada hadis-ha disnya.
Raja berkata: Jikalaulah begitu,
ulama mesti lebih alim daripada Umar, kerana Umar telah melarang Abu Hurairah
dari memindahkan hadis kerana pembohongannya terhadap Rasulullah, tetapi ulama
mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!
Al-‘Abbasi berkata: Lihatlah,
wahai al-‘Alawi, sekiranya hadis-hadis tentang Allah tersebut tidak benar,
tetapi apakah yang anda lakukan dengan ayat-ayat al-Qur- an tadi?
Muhkamāt Dan Mutasyābihāt
Al-‘Alawi berkata: Al-Qur’an ada
ayat-ayat Muhkamaah yang merupakan Ummu al-Kitab dan ada ayat-ayat
Mutasyaabihaah, ada zahir dan batin. Justeru itu, ayat Muhkamah yang zahir dia
malkan menurut zahirnya. Adapun ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam bentuk
majāz dan kinayah. Jikalau tidak, maka maknanya tidak sah pada akal dan syarak.
Umpamanya apabila anda membawa
pengertian fir man Allah di dalam Surah al-Fajr (89): 22
“Dan datanglah Tuhanmu; sedang malaikat
berbaris” diatas pengertian zahirnya, maka anda bertentangan dengan akal dan
syarak, kerana akal dan syarak meng hukum kewujudan Allah pada setiap tempat
dan setiap tempat tidak sunyi daripa da-Nya selama-lamanya. Ayat tersebut pada
zahirnya menunjukkan Allah itu berji sim dan jisim baginya ruang dan tempat. Ini
bererti jika Allah berada di langit, maka Dia tidak berada di bumi. Jika Dia
berada di bumi, maka Dia tidak berada di langit, ini adalah tidak benar pada
akal dan syarak.
Al-‘Abbasi telah gementar di
hadapan logik ini dan tercengang untuk menjawab nya. Kemudian dia berkata: Aku
tidak boleh menerima percakapan ini dan wajib di atas kita mengambil pengertian
zahir kesemua ayat al-Qur’an.
Al-‘Alawi berkata: Apakah anda
lakukan dengan ayat-ayat Muta syaabihah? Anda tidak boleh mengambil pengertian semua
ayat al-Quran secara zahir, jika tidak, sa habat anda yang sedang duduk di sisi
anda bernama syeikh Ahmad Uthman (Seo rang yang buta penglihatannya, di
kalangan sepuluh wakil Ahli al-Sunnah) daripada ahli neraka?
Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Allah
berfirman di dalam Surah al-Isra’ (17) 72:
“Dan barangsiapa yang buta di
dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih bu ta dan lebih tersesat dari
jalan (yang benar)”.
Syeikh Ahmad adalah seorang buta
di dunia, maka dia di akhirat akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan
yang benar, adakah anda rela dengan perkara ini, wa hai syeikh Ahmad?
Syeikh Ahmad berkata: Tidak
sekali-kali, sesungguhnya apa yang dimaksudkan de ngan orang yang buta
(al-A‘maa) di dalam ayat: Orang yang menyeleweng dari ke benaran.
Al-‘Alawi berkata: Jikalaulah
begitu keadaannya, maka tetaplah bahawa manusia tidak boleh beramal dengan
semua ayat al-Qur’an secara zahir.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Dari sini perdebatan sekitar
zahir al-Qur’an telah berlaku dengan hangat. Al-‘Alawi telah mengalahkan
al-‘Abbasi dengan dalil dan hujah sehingga raja berkata: Ting galkan tajuk ini
dan tukarlah kepada tajuk yang lain.
Penyelewengan Dan Kebatilan Ahl
Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata: Di antara
penyelewengan dan kebatilan kamu-Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa kamu
berkata: Sesungguhnya Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan maksiat dan
perkara-perkara yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka kerananya?
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah
benar, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 88:
“Barangsiapa yang disesatkan
Allah”
Dan di dalam Surah al-Taubah (9):
93:
“Dan Allah telah mengunci mati
hati mereka maka mereka tidak mengetahui”.
Al-‘Alawi berkata: Adapun
kata-kata anda bahawa ia ada di dalam al-Qur’an, ma ka jawapannya: Sesungguhnya
al-Qur’an ada majaz dan ada kinayah. Maka apa yang dimaksudkan dengan al-Dalal
(kesesatan) bahawa Allah meninggalkan ma nusia yang celaka dan membiarkannya
sehingga dia sesat iaitu sebagai mana kata-kata kita: “Sesungguhnya kerajaan
telah merosakkan orang ramai”. Ini bererti kerajaan telah meninggalkan mereka
dengan keadaan mereka tanpa mengambil berat tentang nasib mereka, ini adalah
yang pertama.
Kedua: Tidakkah anda mendengar
firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 28:
“Katakanlah! Sesungguhnya Allah
tidak menyuruh perbuatan yang keji”.
Firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76):3:
“Sesungguhnya Kami telah menunjukkannya jalan
yang lurus; ada yang bersyukur dan ada yang kafir”
dan firman-Nya di dalam Surah
al-Balad (90):10:
“Dan Kami telah menunjukkan
kepadanya dua jalan”.
Ketiga: Tidak harus pada akal
bahawa Allah menyuruh kepada kemaksiatan, kemudian Dia menyeksa pelakunya. Ini
adalah jauh sekali daripada orang awam melakukannya dan bagaimana dengan Allah
Yang Maha Adil dan Maha Tinggi. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan
oleh musyrikin dan golongan yang zalim.
Raja berkata: Tidak, tidak, tidak
mungkin Allah memaksa manusia melakukan kemak siatan, kemudian menyeksanya, ini
adalah satu kezaliman. Sesungguhnya Allah ada lah bersih daripada kezaliman dan
kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imran (3): 182:
“(Azab seksa) yang demikian itu
ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan
(ingatlah) sungguhnya Allah tidak menganiaya ham ba-hamba-Nya”.
Tetapi aku tidak fikir bahawa Ahl
al-Sunnah berpegang kepada kata-kata al-‘Ab basi?
Raja meminta Penjelasan
Kemudian raja berpaling kepada
wazir sambil berkata: Adakah Ahl al-Sunnah berpegang atau berpendapat
sedemikian?
Wazir berkata: Ya, ia adalah
masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah berpegang sede mikian!
Raja berkata: Bagaimana mereka
berkata dengan apa yang menyalahi akal?
Wazir berkata: Bagi mereka
takwilan dan dalil-dalil.
Raja berkata: Sekalipun ada
takwil dan dalil, maka ia tidak masuk akal dan aku tidak berpendapat selain
daripada pendapat Sayyid al-‘Alawi bahawa Allah tidak memaksa seseorang keatas
kekafiran dan kemaksiatan, kemudian menyeksanya di atas perkara tersebut.
“ ”
4. Keempat:
Rasulullah saww Syak Pada Kenabiannya
Al-‘Alawi berkata: Kemudian sesungguhnya Ahl
al-Sunnah berkata bahawa Rasulullah saww telah mengesyaki pada kenabiannya
sendiri.
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah
pembohongan yang nyata.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu
melihat di dalam kitab-kitab kamu menyatakan bahawa Rasulullah saww bersabda:
Tidak ter lambat Jibrail ke atasku sekali melainkan aku menyangka bahawa dia
turun kepada Ibn al-Khattab” (Ma abta’a Jibrail ‘alayya mar ratan illaa wa
zanan-tu anna-hu nazala ‘ala Ibn al-Khattab) se dangkan di sana terdapat
beberapa ayat al-Qur’an yang menun jukkan bahawa Allah telah mengambil
perjanjian daripada Nabi Muhammad saww di atas kenabiannya?
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah
benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi bahawa hadis ini ada di dalam
kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di
dalam beberapa kitab Ahl al-Sunnah [19].
Raja berkata: Ini adalah kafir
secara langsung (al-Kufr bi-‘Aini-hi).
Mencaci Rasulullah saww
Kemudian Ahl al-Sunnah mengatakan
di dalam cacian mereka bahawa Rasulullah saww telah membawa ‘Aisyah di atas
bahu nya bagi membolehkannya melihat ahli musik, adakah ini layak dengan makam
Rasulullah dan kedudukannya?
Al-‘Abbasi berkata: Ia tidak
memudaratkan [nya ][20].
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda akan
melakukannya sedangkan anda seorang lelaki biasa, adakah anda membawa isteri
anda di atas bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik?
Raja Mencelah
Raja berkata: Orang yang
mempunyai sedikit malu dan cemburu tidak akan reda dengan perkara ini,
bagaimana dengan Rasu lullah yang menjadi contoh “malu dan cemburu” serta
keimanan. Adakah benar perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di
dalam sebahagaian kitab-kitab Ahl al-Sunnah!
Raja berkata: Bagaimana kita beriman
dengan seorang nabi yang mengesyaki pada kenabiannya sendiri?
Al-‘Abbasi berkata: Riwayat ini
mesti ditakwil?
Al-‘Alawi berkata: Adakah riwayat
ini layak ditakwil? Adakah an da mengetahui, wahai raja, bahawa Ahl al-Sunnah
mempercayai khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?
Al-‘Abbasi berkata:
Khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan yang mana anda maksudkan?
Khurafat-Khurafat Ahl Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata: Aku telah
menerangkan kepada anda bahawa kamu Ahl al-Sunnah berkata:
1. Sesungguhnya Allah adalah
seperti manusia bagi-Nya tangan, kaki, pergerakan dan diam.
2. Sesungguhnya al-Qur’an telah
diselewengkan dan padanya pertambahan dan kekurangan[21].
3. Sesungguhnya Rasul melakukan
perkara-perkara yang tidak di lakukan oleh manusia biasa seperti memikul
‘Aisyah di atas ba hunya.
4. Sesungguhnya Rasul telah
mengesyaki kenabiannya sendiri.
5. Sesungguhnya mereka yang telah
datang sebelum Ali bin Abu Talib telah bersandar kepada pedang dan kekuatan
untuk mene gakkan diri mereka dan tanpa sandaran yang sah bagi mereka.
6. Sesungguhnya kitab-kitab
mereka meriwayatkan bahawa Abu Hurairah dan seumpamanya adalah terdiri di
kalangan mereka yang memalsukan hadis-hadis, di kalangan dajal-dajal dan ahli
kebatilan yang lain.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk
ini dan tukar kepada tajuk yang lain.
Mengaitkan Perkara Yang Tidak
Layak
Al-‘Alawi berkata: Kemudian
bahawa sesungguhnya Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Rasulullah saww perkara
yang tidak layak walaupun kepada manusia biasa!
Al-‘Abbasi berkata: Seperti apa?
Al-‘Alawi berkata: Seperti mereka
berkata: Sesungguhnya Surah ‘Abasa (80):1-2:
“Dia bermuka masam dan berpaling,
kerana telah datang seo rang buta kepadanya” telah diturunkan tentang Rasul
[22]!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang
menghalangnya?
Al-‘Alawi berkata: Yang
menghalangnya adalah firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68):4
“Dan sesungguhnya kamu
benar-benar berbudi pekerti yang agung”
dan firman-Nya di dalam Surah
al-Anbiyaa’ (21): 107
:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu,
melainklan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
Adakah masuk akal bahawa Rasul
yang disifatkan oleh Allah de ngan akhlaknya yang agung dan menjadi rahmat
kepada alam semesta melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap
orang buta mukmin?
Raja Mencelah
Raja berkata: Adalah tidak masuk
akal bahawa perbuatan ini keluar daripada Rasul kemanusiaan dan nabi rahmat.
Jikalaulah begitu, wahai al-‘Alawi, kepada siapakah ayat ini diturunkan?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis
sahih dari keluarga Rasulullah di mana al-Qur’an telah turun di rumah mereka
berkata: Sesungguh nya ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin ‘Affan. Ia
ber laku apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lan tas Uthman
menentangnya dan memalingkan belakangnya kepa danya.
Di sini Sayyid Jamal al-Din;
seorang ulama Syiah yang turut hadir dalam muktamar berkata: "Telah
berlaku kepadaku tentang kisah ini bersama Surah ini bahwa salah seorang ulama
Nasara berkata kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih baik daripada nabi
kamu Muhammad saww"
Aku bertanya: Kenapa?
Dia berkata: Sesungguhnya nabi
kamu mempunyai akhlak yang jahat bermasam muka kepada golongan yang buta dan
mema lingkan belakangnya kepada mereka. Sementara nabi kami Isa mempunyai
akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang bu ta dan berpenyakit sopak.
Aku berkata: Wahai Masihi,
ketahuilah sesungguhnya kami adalah Syiah, kami berpendapat bahawa Surah telah
turun tentang Uth man bin ‘Affan dan bukan tentang Rasulullah saww Sesungguh
nya nabi Kami Muhammad saww mempunyai akhlak yang baik, sifat yang terpuji
sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68):4
“Dan sesungguhnya kamu
benar-benar berbudi pekerti yang agung”
dan firman-Nya dalam Surah
al-Anbiyā’ (21): 107
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu,
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
Orang Masihi itu berkata:
Sesungguhnya aku telah mendengar ka ta-kata ini daripada seorang khatib di
Baghdad!
Al-‘Alawi berkata: Apa yang
masyhur di sisi kami bahwa sebaha gian perawi yang jahat telah mengaitkan kisah
ini kepada Rasu lullah bagi melepaskan Uthman bin ‘Affan. Justeru itu, mereka
te lah mengaitkan pembohongan kepada Allah dan Rasul sehingga mereka
membersihkan khalifah-khalifah mereka!
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk
ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Syiah Mengingkari Iman Mereka
Bertiga
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya
Syiah mengingkari iman ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak benar, kerana
jikalaulah mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah saww telah menjalani
hubu ngan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?
Al-‘Alawi berkata: Syiah percaya
sesungguhnya mereka bertiga tidak mukminin dari segi hati dan batin mereka
(qalban wa bā tinan) sekalipun mereka menzahirkan Islam secara lidah dan ke
zahiran [23]. Rasul yang mulia telah menerima Islam setiap orang yang mengucap
dua kalimah syahadat sekalipun dia seorang mu nafik yang sebenar, tetapi beliau
saww telah memberi layanan kepada mereka dengan layanan muslimin. Lantaran itu,
hubu ngan perkahwinan Nabi dengan mereka (musāharah al-Nabi la-hum) dan
hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar