KITAB MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD
UNTUK MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA
KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI
PENSYAWAR PAKISTAN
SELEPAS
MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh –
Sumatra
di
Ujung Dunia
BAHAGIAN
KETIGA
Dalil Tidak
Berimannya Abu Bakar, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta
Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat
Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi, Dalil Tidak berimannya Uthman Dan Lain-Lain.
Dalil Tidak
Berimannya Abu Bakar
Al-‘Abbasi
berkata: Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakar?
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil yang kuat tentangnya adalah
ba nyak. Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada ba nyak tempat.
Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan pen derhakaannya terhadap
perintah Rasulullah di dalam perkara ter sebut. Al-Qur’an al-Karim telah
menafikan keimanan daripada seti ap orang yang menyalahi Rasul, Allah berfirman
di dalam Surah al -Nisā’
“Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman
hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,
kemudian mereka tidak merasa di dalam ha ti mereka suatu keberatan terhadap
keputusan yang kamu beri kan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”
Abu Bakar telah menderhakai perintah Rasulullah saww dan me
nyalahinya, maka dia termasuk dalam ayat yang menafikan kei manan orang yang
menyalahi Rasul.
Dan tambahan pula Bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang
yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah me nyebut terdahulu
bahawa sesungguhnya Abu Bakar telah mela rikan diri daripada tentera Usamah:
Adakah Rasulullah melaknati mukmin? Tentu sekali: Tidak.
Raja Mencelah
Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah kata-kata al-‘Alawi
bah wa Abu Bakar bukan mukmin!
Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai takwil tentang
larinya Abu Bakar daripada tentera Usamah.
Raja berkata: Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang,
jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap penjenayah akan menakwilkan bagi
setiap jenayah yang dilakukannya? Pencuri ber kata: Aku telah mencuri kerana
aku seorang fakir. Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana aku
banyak berduka cita dan penzina berkata peraturan akan menjadi cacat, orang
ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan
kita.
Muka al-‘Abbasi bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung,
dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah dalil tidak
berimannya Umar?
5.kelima
Dalil Tidak Berimannya Umar
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya:
Dia sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang mukmin!
Al-‘Abbasi berkata: Di tempat mana?
Al-‘Alawi berkata: Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian
Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah [24](maa syakaktu fi
nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya
menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w , tetapi
syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih
besar daripada syak-syak sebelumnya, wahai al-‘Abbasi, katakanlah kepadaku
dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w)
dikira mukmin?
Al-‘Abbasi diam dan menggelengkan kepalanya kerana malu.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi
bahawa Umar telah berkata sedemikian?
Wazir berkata: Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa
perawi!
Raja berkata: Sungguh hairan... hairan yang sangat,
sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu memeluk Islam,
imannya sebagai iman contoh, tetapi jelas sekarang bahawa asas keimanannya
adalah syak dan subahat!
Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab
Al-‘Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda
di atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-‘Alawi; pombohong ini.
Raja telah menentang dengan mukanya kepada al-‘Abbasi seraya
berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk berkata:
Bahawa al-‘Alawi benar di dalam kata-katanya dan kata-kata Umar ada di dalam
beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-‘Abbasi- berkata: bahawa al-‘Alawi
adalah pembohong. Tidakkah ini satu kedegilan yang nyata?
Suasana majlis tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan
tidak senang hati dengan kata-kata al-‘Abbasi. Al-‘Abbasi dan para ulama Ahl
al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-‘Alawi mengangkat kepalanya melihat
ke arah muka raja untuk melihat keputusan?
Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi, dia berangan-angan
supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang padanya atau malaikat
maut datang untuk mengambil nyawanya dengan segera, kerana malu yang amat
sangat dan suasana yang menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan
mazhabnya. Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua
ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan lakukannya?
Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soal-jawab bagi membezakan di antara
kebenaran dan kebatilan. Lantaran itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan
mengangkat kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai al-‘Alawi,
tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul telah mengahwinkannya
dengan dua orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?[25]
Dalil Uthman Tidak Beriman
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil tentang tidak berimannya
Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini: Sesungguhnya
muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul menentangnya, lalu mereka
membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w bersabda: Umatku tidak
berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk sahabat-berkumpul
untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah menyamakannya dengan Yahudi,
merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah Na‘lathan (nama seorang
lelaki Yahudi), kerana dia telah kafir, bunuhlah Na‘lathan, nescaya Allah
membunuhnya[26]
Sesungguhnya Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud,
seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit hernia (burut) terlantar
di atas hamparan kemudian mati.
Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat
yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati orang yang
lebih benar percakapannya daripada Abu Dhar”. Dia telah mengusirnya dan
menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau dua kali kemudian ke Rabdhah-
Iaitu tanah kering di antara Makkah dan Madinah sehingga Abu Dhar mati
kelaparan dan dahaga di Rabdhah sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin
kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan![27]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu
benar?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebutnya.
Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai
khalifah?
Wazir berkata: Secara syura.
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda
berkata apa yang anda tidak tahu!
Raja berkata: Apakah yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?
Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya wazir telah tersilap di
dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman tidak dapat jawatan khalifah melainkan
dengan wasiat daripada Umar dan undian tiga orang munafikin sahaja. Mereka
adalah Talhah, Sa‘d bin Abi Waqqas dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Adakah tiga
munafikin ini mewakili semua kaum muslimin?
Kemudian ahli Tawarikh telah menyebut bahawa mereka yang
telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman manakala mereka
melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap para sahabat Rasulullah,
mesyuaratnya tentang urusan kaum muslimin dengan Kaab al-Ahbar, seorang Yahudi
dan pembahagian harta kaum muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak
hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh
Uthman!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah telah
menyebutnya!
Raja berkata: Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi
khalifah dengan syura?
Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka
bertiga!
Raja berkata: Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan
syura?
Wazir berkata: Sesungguhnya mereka bertiga itu telah
dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.
Hadis Sepuluh Orang Dijamin Syurga Adalah Palsu
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda
berkata apa yang tidak benar, sesungguhnya hadis “sepuluh orang masuk syurga”
adalah pembohongan dan rekaan terhadap Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana anda berkata bahawa ia satu pembohongan
sedangkan ia diriwayatkan oleh perawi-perawi yang dipercayai?
Al-‘Alawi berkata: Banyak dalil yang menunjukkan pembohongan
hadis ini dan kebatilannya. Aku akan menyebut tiga dalil sahaja untuk anda:
Pertama: Bagaimana Rasulullah menjamin seorang dengan syurga
sedangkan dia telah menyakitinya, iaitu Talhah? Sesungguhnya sebahagian ahli
tafsir dan ahli sejarah menyebut bahawa sesungguhnya Talhah berkata: Jika
Muhammad mati, kami akan bernikah dengan isteri-isterinya selepasnya- atau aku
akan mengahwini ‘Aisyah. Lantaran itu, Rasulullah merasa terkilan dengan
kata-kata Talhah, lalu Allah menurunkan Surah al-Ahzab (33): 53
“Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak
(pula) mengahwini isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya.
Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah).
Kedua: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair telah memerangi
Imam Ali bin Abu Talib a.s dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda
tentang hak Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya peperangan anda adalah
peperanganku dan perdamaian anda adalah perdamaianku”[28]. Dan beliau s.a.w
bersabda: Barangsiapa yang mentaati Ali, maka sesungguhnya dia mentaati aku dan
barangsiapa yang menderhakai Ali, maka dia menderhakai aku”[29]. Beliau s.a.w bersabda:
Ali adalah bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama Ali kedua-duanya tidak
terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku”. Beliau s.a.w bersabda:
Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali yang mana kebenaran berpusing
bersamanya di mana dia berpusing”[30]. Adakah orang yang memerangi Rasulullah
dan menderhakainya di syurga? Dan adakah orang yang memerangi kebenaran dan
al-Qur’an itu seorang mukmin?
Ketiga: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair kedua-duanya telah
merancang untuk membunuh Uthman, justeru itu, adakah mungkin Uthman, Talhah dan
al-Zubair semuanya di syurga. Sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain
sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh
kedua-duanya di neraka”
Raja Meminta Penjelasan
Raja bertanya kepada Wazir dengan penuh kehairanan: Adakah
benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Begitu juga
al-‘Abbasi dan kumpulannya berdiam diri tanpa bercakap apa-apa.
Apakah Syaitan Memaafkan Orang Yang Bercakap Benar?
Apakah yang mereka kata? Adakah mereka berkata benar? Adakah
syaitan memaafkan orang yang mengakui kebenaran? Adakah nafsu ammarah yang
meredai kejahatan sanggup tunduk kepada kebenaran dan kenyataan? Adakah anda
terfikir bahawa mengakui kebenaran itu perkara yang mudah dan senang?
Tidak! Sesungguhnya ia adalah perkara yang sukar, kerana ia
terpaksa mencabut asabiah jahiliyah dan menyalahi hawa nafsu sedangkan manusia
adalah pengikut hawa nafsu dan kebatilan melainkan mukminin yang mana bilangan
mereka amat sedikit.
Al-‘Alawi
Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab Rujukan
Al-‘Alawi
telah memecahkan tabir diam, maka dia berkata: Wahai raja, sesungguhnya wazir,
al-‘Abbasi dan ulama mengetahui kebenaran kata-kataku dan kebenaran
percakapanku serta hakikat hadisku. Sekiranya mereka mengingkari
kata-kataku, maka sesungguhnya di Baghdad para ulama yang menyaksikan kebenaran
kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini kitab-kitab yang
menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang muktabar yang menerangkan
kebenaran kata-kataku…. Sekiranya mereka mengakui kata-kataku, maka ini adalah
apa yang dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang, untuk membawa
kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu
benar bahawa kitab-kitab rujukan menunjukkan kebenaran kata-katanya dan
kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Kenapakah anda berdiam diri pada permulaannya?
Mencaci Sahabat
Wazir berkata: Aku benci mencaci sahabat Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Anda benci perkara itu sedangkan
Allah dan Rasul-Nya tidak membencinya, kerana Allah telah memperkenalkan
sebahagian sahabat yang munafik dan memerintahkan Rasul-Nya supaya berjihad
menentang mereka sebagaimana beliau s.a.w berjihad menentang golongan kafir dan
Rasul sendiri telah melaknati sebahagian sahabatnya!
6.keenam
Kata-Kata Semua Sahabat Adil Satu Pembohongan
Wazir berkata: Tidakkah anda mendengar kata-kata ulama: Sesungguhnya
semua sahabat adalah adil?
Al-‘Alawi berkata: Aku telah mendengar kata-kata itu, tetapi
aku mengetahui bahawa kata-kata itu adalah pembohongan dan rekaan, kerana
bagaimana semua sahabat adil sedangkan Allah melaknati sebahagian mereka, Rasul
melaknati sebahagian mereka, sahabat pula saling melaknati sesama mereka,
memerangi sesama mereka, mencaci sesama mereka dan membunuh sesama mereka?
Bagaimana Kaum Muslimin Mengambil Mereka Sebagai Khalifah
Dan Mengikuti Mereka?
Di sini al-‘Abbasi mendapati pintu tertutup di hadapannya,
lantas dia datang dari pintu yang lain pula dan berkata: Wahai raja, katakanlah
kepada al-‘Alawi bahawa jika ketiga-tiga khalifah itu tidak mukminin, bagaimana
kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Bukan semua kaum muslimin
mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl al-Sunnah sahaja.
Kedua: Sesungguhnya mereka yang percaya dengan khilafah
mereka terbahagi kepada dua bahagian: Orang yang jahil dan orang yang degil
(mu‘aanid). Adapun orang yang jahil, maka dia tidak mengetahui keburukan mereka
dan hakikat mereka, mereka menggambarkan mereka sebagai manusia yang baik dan
mukminin. Adapun orang yang degil, maka dalil dan bukti tidak memanfaatkannya
selama dia berkeras di atas kedegilannya. Allah berfirman di dalam Surah
al-A‘raf (7): 146:
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur
di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang
menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka
melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepada-Nya, dan jika
mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak
mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat
jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang
demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa
lalai daripadanya”.
Dalam Surah al-Baqarah (2): 6:
“Sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu
memberi peringatan, mereka tidak juga akan beriman”!
Ketiga: Sesungguhnya golongan yang telah memilih mereka
sebagai khalifah telah tersilap di dalam pemilihan mereka sebagaimana Golongan
Yahudi berkata:
“Dan orang Yahudi berkata: ‘Uzair adalah putera Allah”
Begitu juga golongan Nasara telah melakukan kesilapan,
mereka berkata:
“Dan orang-orang Nasara berkata: Al-Masih itu putera Allah”.
Surah al-Taubah (9):30 .
Manusia
wajib mentaati Allah dan Rasul. Wajib mentaati kebenaran bukan mentaati
manusia di atas kesalahan dan kebatilan. Allah berfirman:
Taatilah
Allah dan taatilah Rasul…Surah al-Nisa’ (4):59.
Raja
Meminta Pertukaran Tajuk
Raja
berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bertukarlah kepada tajuk yang lain.
Kesamaran
Ahl Al-Sunnah
Di antara
kesamaran Ahl al-Sunnah dan kesalahan mereka bahawa mereka telah meninggalkan
Ali bin Abu Talib (a.s.) dan mereka mengikut pendapat mereka yang terdahulu.
Al-‘Abbasi
berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi
berkata: Kerana Ali bin Abu Talib telah dipilih oleh Rasul (s.a.w) [31]
sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh Rasul. Kemudian dia berkata:
Wahai raja,
sesungguhnya anda sekiranya anda memilih seseorang untuk menduduki tempat anda
atau khilafah anda, adakah wajib bagi menteri-menteri dan anggota-anggota kerajaan
mematuhi anda? Atau mereka berhak memecat khalifah anda dan memilih orang lain
di tempat anda?
Raja
berkata: Malah, wajib bagi mereka mematuhi khalifahku yang aku memilihnya
sendiri, mereka wajib mematuhinya dan mentaati perintahku padanya.
Syiah
Mengikuti Khalifah Rasulullah
Al-‘Alawi
berkata: Begitulah yang dilakukan oleh Syiah, sesungguhnya mereka telah
mengikuti khalifah Rasulullah yang telah dipilih olehnya dengan perintah Allah
iaitu Ali bin Abu Talib dan mereka meninggalkan orang selain daripadanya.
Sebab Ali Tidak layak Menjadi Khalifah?
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Ali bin Abu Talib tidak layak
menjadi khalifah disebabkan umurnya masih muda [32] sementara Abu Bakar seorang
yang tua [33]. Di samping itu Ali bin Abu Talib telah membunuh ketua-ketua Arab
dan menghancurkan penglima-penglima mereka[34]. Justeru itu Arab tidak
meredainya. Begitu juga Abu Bakar tidak meredainya!
Orang Ramai Lebih Alim Daripada Allah Dan Rasul?
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mendengarnya, wahai raja
bahawa al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah lebih alim daripada
Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan yang paling baik (al-Aslah), al-‘Abbasi
tidak mengambil iktibar firman Allah dan sabda Rasul-Nya di dalam pemilihan Ali
bin Abu Talib, malah dia mengambil kata-kata orang ramai untuk kepentingan Abu
Bakar. Ini bererti bahawa Allah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak
mengetahui apa yang paling layak dan paling baik sehingga datang golongan
jahil, lalu mereka memilih orang yang paling layak? Tidakkah Allah berfirman di
dalam Surah al-Ahzab (33): 36
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin apabila Allah
dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan. Akan ada bagi mereka pilihan (yang
lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan
Rasul-Nya maka susungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”?
Tidakkah
Allah berfirman di dalam Surah al-Anfal (8): 24:
“Wahai
golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul
menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu”?
Al-‘Abbasi
berkata: Tidak sekali, sesungguhnya aku tidak berkata bahawa manusia adalah
lebih mengetahui daripada Allah dan Rasul-Nya.
Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, kata-kata anda tidak
mempunyai makna. Jikalau Allah dan Rasul telah memilih seorang tertentu menjadi
khalifah, maka wajib anda mematuhinya sama ada orang ramai meredainya ataupun
tidak!
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi kelayakan Ali bin Abu Talib
adalah sedikit?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Makna kata-kata anda bahawa sesungguhnya
Allah tidak mengetahui Ali bin Abu Talib dengan sebenarnya, maka Dia tidak
mengetahui kelayakkannya adalah sedikit, justeru itu Dia telah melantiknya
menjadi khalifah. Ini adalah kekufuran yang nyata.
Kedua: Sebenarnya kelayakan untuk menjadi khalifah adalah
banyak pada Ali bin Abu Talib. Sementara orang lain tidak banyak kelayakan
mereka!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah kelayakannya?
http://alhassanain.org/indonesian/?com=book&id=37
Tidak ada komentar:
Posting Komentar