KITAB MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD
UNTUK MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA
SELEPAS
MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh –
Sumatra
di
Ujung Dunia
BAHAGIAN
PERTAMA
Pendahuluan,
Latar
Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog
Raja Dengan Wazirnya Tentang Syiah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara
Sunnah Dan Syiah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan
Segala puji
bagi Allah, selawat dan salam kepada Muhammad yang berbangsa Arab diutuskan
sebagai rahmat kepada semesta alam dan keluarganya yang suci serta para
sahabatnya yang setia.
Wa ba‘du, dan
selepas itu, maka ini adalah Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad sebagai hasil dialog
di antara Sunnah dan Syiah yang telah dianjurkan oleh raja yang disegani Malik
Syah Saljuqi di bawah penyeliaan seorang alim yang juga disegani wazir Nizam
al-Mulk.
Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk
Sesungguhnya Malik Syah bukanlah seorang yang fanatik buta,
mengikut bapa-bapa dan moyang-moyangnya dengan perasaan asabiah buta. Malah
beliau adalah seorang pemuda yang mempunyai minda terbuka, cintakan ilmu dan
para ulama. Pada masa yang sama beliau leka dengan permainan dan perburuan.
Wazirnya Nizam al-Mulk adalah seorang lelaki yang bijaksana
dan zuhud, mem punyai kemahuan yang kuat, mencintai kebaikan dan ahlinya.
Sentiasa ingin me ngetahui hakikat sesuatu perkara. Beliau amat mencintai
keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah mengasaskan Madrasah Nizamiyyah
di Baghdad. Beliau telah memberi gaji bulanan kepada ahli ilmu. Dan beliau
mengasihani golongan fakir dan miskin.
Sebab Yang Mencetuskan Dialog
Pada suatu hari seorang alim yang masyhur bernama al-Husain
bin Ali al-‘Alawi, seorang pemuka ulama Syiah telah datang kepada Malik Syah.
Manakala beliau keluar dari sisi Malik Syah, seorang di kalangan hadirin telah
memperolok-olokkan nya dan menjeling kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa
anda telah memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda mengetahui,
wahai raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan kafir di mana Allah telah
memurkai dan melaknati mereka? Raja berkata di dalam keadaan hairan, kenapa?
Tidakkah dia seorang muslim?
Lelaki itu berkata: Tidak, dia adalah seorang Syiah!
Raja berkata: Apakah pengertian Syiah? Tidakkah
Syiah satu golongan daripada golongan muslimin?
Lelaki itu
berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak mengakui khilafah Abu Bakar, Umar dan
Uthman.
Raja berkata: Adakah di sana orang Islam yang tidak mengakui
kepimpinan mereka bertiga?
Lelaki itu berkata: Ya, mereka itu adalah Syiah.
Raja berkata: Jika mereka tidak mengakui kepimpinan para
sahabat tersebut, kenapa orang ramai menamakan mereka muslimin?
Lelaki itu berkata: Justeru itu, aku telah berkata kepada
anda bah wa sesungguh nya mereka adalah kafir…, maka raja berfikir dengan
serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk mesti datang bagi menjelaskan hal
ini.
Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syiah
Raja telah memerintahkan Nizam al-Mulik supaya datang kepada
nya dan bertanya kepadanya tentang Syiah: Adakah mereka muslimun?
Nizam al-Mulk berkata: Ahl al-Sunnah berselisih pendapat,
maka sebahagian mere ka berkata bahawa Syiah adalah muslimun, kerana mereka
mengucap “Tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh
Allah", me rek Shalat, mereka bepuasa. Sebahagian lain pula berkata bahwa
sesungguhnya mereka adalah kafir.
Raja berkata: Berapakah bilangan mereka? Nizam al-Mulk ber
kata: Aku tidak menghitung bilangan mereka dengan tepat, tetapi mereka mewakili
separuh bila ngan muslimin lebih kurang (taqriiban)[1].
Raja berkata: Adakah separuh muslimin kafir? (fa-hal nisfu
muslimin kuffaar). Wazir berkata: Ahli ilmu menganggapkan mereka kafir, tetapi
aku tidak mengkafirkan me reka.
Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syiah
Raja berkata: Adakah anda, wahai wazir, boleh mengumpulkan
para ulama Syiah dan Sunnah supaya kita dapat mengetahui hakikat sebenar?
Wazir berkata: Ini adalah satu perkara yang susah, aku
khuatir keselamatan raja dan negaranya!.
Raja berkata: Kenapa?
Keengganan Nizam Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog
Wazir berkata: Kerana persoalan Syiah dan Sunnah bukanlah
perkara yang mudah, malah ia adalah persoalan hak dan batil. Sesungguhnya darah
telah banyak me ngalir kerananya, banyak perpustakaan dibakar kerananya,
wanita-wanita ditawan kerananya, kitab-kitab banyak dikarang kerananya dan
telah berlaku pe perangan kerananya.
Desakan Raja Malik Syah Supaya Diadakan Dialog
Raja yang muda itu merasa hairan tentang keadaan ini, lalu
beliau berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wahai wazir, sesungguhnya anda
mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita kerajaan yang besar,
tentera yang ramai, maka kita wa jib bersyukur kepada Allah diatas nikmat ini
dan kesyukuran kita itu adalah dengan mengetahui hakikat sebenar; kita akan
menunjuk orang yang sesat kepada jalan yang benar.
Demi Kebenaran
Pasti salah satu daripada dua golongan ini di atas kebenaran
dan yang satu lagi di atas kebatilan, kita mesti mengetahui kebena ran, maka
kita mengikutnya dan kita mesti mengetahui kebatilan, maka kita
meninggalkannya. Justeru itu, anda hendak lah menyediakan, wahai wazir,
muktamar seumpama ini dengan kehadiran para ulama Syiah dan Sunnah, kehadiran
ketua-ketua tentera, penulis-penulis dan semua pembesar negara. Apabila kita
melihat bahwa sesungguhnya kebenaran itu ber sama Ahl al-Sunnah, maka kita
masukkan Syiah kepada Ahl al-Sunnah dengan kekuatan.
Wazir berkata: Apabila Syiah tidak mahu memasuki mazhab Ahl
al-Sunnah apakah anda akan melakukannya?
Raja berkata: Kita bunuh mereka!
Wazir berkata: Adakah boleh membunuh separuh bilangan
muslimin?
Penawar Dan Penyelesaiannya?
Raja berkata: Apakah penawar dan penyelesaian?
Wazir berkata: Anda tinggalkan perkara ini.
Dialog di antara raja dan wazirnya yang bijaksana telah
berakhir, tetapi raja telah menghabiskan masa satu malam berfikir dengan serius
mengenainya tanpa tidur sehingga pagi. Bagaimana perkara yang penting ini tidak
dipatuhi? Pada pagi hari, raja telah memanggil Nizam al-Mulk dan berkata
kepadanya: Baiklah kita me manggil ulama dua golongan itu, kita akan melihat
sepanjang perbincangan di antara dua golongan itu, kebenaran di pihak mana.
Apabila kebenaran bersama mazhab Ahl al-Sunnah, kita menyeru Syiah dengan
hikmah, nasihat yang baik dan kita menggalakkan mereka dengan harta dan pangkat
sebagaimana Rasulullah te lah melakukannya
kepada golongan yang dijinakkan hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh
berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.
Kekhuatiran Nizam Al-Mulik Untuk Mengadakan Muktamar
Wazir berkata: Pendapat anda itu baik, tetapi sesungguhnya
aku khawatir tentang muktamar ini!
Raja berkata: Kenapa khawatir?
Wazir berkata: Aku khuatir Syiah akan mengalahkan Ahl
al-Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi hujah-hujah kita, justeru itu, orang
ramai akan terjatuh di dalam syak dan kesamaran!
Raja berkata: Adakah itu boleh terjadi?
Wazir berkata: Ya, kerana Syiah mempunyai dalil-dalil yang
pemutus, hujah-hujah yang terserlah daripada al-Qur’an dan hadis-hadist yang
membenarkan mazhab mereka dan kebenaran akidah mereka![2].
Bersambung, insya Allah.......
Kedua:
Persedian Dialog Hanya Lima Belas Hari
Raja tidak berpuas hati dengan jawapan wazirnya, lalu berkata
kepadanya: Tidak dapat dielakkan daripada mengadakan dialog di antara dua
golongan itu supaya kebenaran terserlah kepada ki ta dan kita membezakannya
dari kebatilan. Kemudi an wazir me minta tangguh sebulan bagi melaksanakan
perintahnya, tetapi raja yang muda itu tidak menerima penangguhan itu. Dan
akhir nya beliau menentukan masa hanya lima belas hari sahaja.
Dalam masa lima belas hari, wazir Nizam al-Mulk telah
mengumpulkan sepuluh orang lelaki di kalangan ulama Ahl al-Sunnah yang besar,
pakar di dalam bidang sejarah, fikah, hadis, Usul dan debat. Sebagaimana beliau
mengumpulkan sepuluh orang ulama di kalangan Syiah yang besar.
Syarat-Syarat Dialog
Dialog adalah pada bulan Sya‘ban[3] di Madrasah Nizamiyyah di
Baghdad dan beliau telah menetapkan bahawa muktamar diadakan dengan
syarat-syarat berikut:
Pertama: Perbincangan akan berterusan daripada waktu pagi
sehingga petang dikecualikan pada masa shalat, makan dan rehat.
Kedua: Perbincangan mestilah bersandarkan kepada rujukan-ru
jukan yang diper cayai dan kitab-kitab yang muktabar, bukan secara dengar kata
orang atau propa ganda.
Ketiga: Perbincangan yang berlaku di muktamar ini hendaklah
di tulis.
Pembukaan Muktamar
Pada hari yang ditetapkan, raja, wazirnya dan ketua-ketua
tenteranya duduk dan para ulama Ahl al-Sunnah duduk di kanannya. Sementara para
ulama Syiah duduk di kirinya. Wazir Nizam al-Mulk telah membuka muktamar dengan
Bismillahir Rahma nirRahim, selawat kepada Muhammad dan keluarganya serta para
sahabatnya. Kemudian beliau berkata: Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya
adalah untuk mencari kebenaran. Justeru itu, janganlah menyebut seorang sahabat
Rasulullah saww dengan cacian atau kejahatan.
Dialog Tentang Sahabat
Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama Syeikh al-‘Abbasi berka
ta: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan mazhab yang mencaci semua
sahabat.
Pembesar ulama Syiah bernama al-Husain bin Ali dikenali
dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua sahabat?
Al-‘Abbasi berkata: Kamu Syiahlah yang mengkafirkan semua
sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
Al-‘Alawi berkata: Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan.
Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s, al-‘Abbas, Salman
Alfarisi, Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dzar Ghifari dan lain-lain, adakah kami
Syiah mengkafirkan mereka?
Al-‘Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan semua sahabat itu
adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
Al-‘Alawi berkata: Anda telah bercanggah dengan diri anda
sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat juz ’iyyah
bertentangan dengan saalibat Kulliyyah), anda berkata pada satu ketika bahawa
Syiah mengkafirkan semua sahabat dan anda berkata pula bahawa Syiah
mengkafirkan sebahagian sahabat.
Wazir Mahu Campur Tangan
Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim
Syiah tidak membiarkan nya, lalu berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada seorang
yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari menjawabnya. Jika tidak,
ia akan bercampur-aduk dengan perbincangan dan mengeluarkan percakapan dari
tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang alim Syiah berkata: Ternyata, wahai
al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syiah mengkafirkan semua sahabat
adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan
kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada perkara ini, tetapi
adakah kamu Syiah mencaci Abu Bakar, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya di kalangan Syiah ada
golongan yang mecaci mereka dan ada golongan yang tidak mencaci mereka.
Al-‘Abbasi berkata: Dan anda, wahai al-‘Alawi, daripada
golongan mana?
Al-‘Alawi berkata: Di kalangan mereka yang tidak mencaci
sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan yang mencaci
sahabat mempu nyai logik mereka. Dan cacian mereka kepada mereka bertiga tidak
membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak fasiq dan tidak pula berdosa kecil
[4].
Al-‘Abbasi berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja,
apa yang sedang dikatakan oleh lelaki ini?
Al-‘Abbasi
Cuba Mendapat Sokongan Raja
Al-‘Alawi
berkata: Wahai al-‘Abbasi, sesungguhnya percakapan yang anda tujukan kepada
raja itu adalah satu kesalahan, sebab raja mengumpulkan kita untuk ber bincang
dengan hujah dan dalil, bukan dengan hukuman senjata dan kekuatan.
Raja berkata:
Apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu adalah betul, apakah jawapan anda, wahai
al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi
berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa yang mencaci sahabat adalah kafir.
Al-‘Alawi
berkata: Ia jelas di sisi anda dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran
orang yang mencaci sahabat berdasarkan ijtihad dan dalil, adakah anda me ngakui
bahawa orang yang dicaci oleh Rasul berhak dicaci?
Al-‘Abbasi berkata: Aku mengakuinya.
Rasul Mencaci Abu Bakar Dan Umar
Al-‘Alawi berkata: Maka Rasul telah mencaci Abu Bakar dan
Umar.
Al-‘Abbasi berkata: Di manakah beliau saww telah mencaci
mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
Al-‘Alawi berkata: Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah
telah menyebut bahawa Rasulullah telah menyediakan tentera di bawah pimpinan
Usamah dan beliau saww telah menjadikan Abu Bakar dan Umar di dalamnya dan
bersabda: Allah melaknati orang yang mengundurkan diri daripada tentera Usamah”
(La‘ana llahu man takhallafa ‘an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakar dan Umar
telah mengundurkan diri[5]daripada tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul
meliputi mereka. Barangsi apa yang dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang
muslim melaknatinya pula.
Di sini al-‘Abbasi menggelengkan kepalanya tanpa berkata
apa-apa.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh
al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli Tawārikh telah menyebutnya[6].
Al-‘Alawi berkata: Jika mencaci sahabat adalah haram,
kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kamu tidak
menghukum kefasikan dan kejahatannya, kerana dia telah mencaci Imam Ali bin Abu
Talib a.s selama empat puluh tahun. Ke mudian cacian kepadanya
berterusan kepada tujuh puluh tahun ? [7]
Raja Meminta
Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang
tajuk yang lain.
Al-Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Di antara bid’ah-bid’ah kamu Syiah bahawa
kamu tidak me ngakui al-Qur’an!
Al-‘Alawi berkata: Malah bidaah-bidaah kamu Ahl al-Sunnah
bahwa kamu tidak mengakui al-Qur’an. Dalilnya kamu berkata: Sesungguhnya
al-Qur’an telah dikum pulkan oleh Uthman, adakah Rasul jahil apa yang dilakukan
oleh Uthman; beliau saww tidak mengumpulkan al-Qur’an sehingga Uthman datang
dan mengumpul kannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran tidak
dikumpulkan pada za man Nabi sedangkan Nabi memerintahkan kaumnya dan para
sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur-an dan bersabda: Barangsiapa yang
mengkhatamkan al-Qur’an baginya pahala” Adakah boleh Nabi s.a.w memerintahkan
supaya al-Qur-an dikhatamkan sedangkan ia belum dikumpulkan, dan adakah kaum
muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman menyelamatkan mereka? [8]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar kata-kata
al-‘Alawi bahwa al-Qur‘an dikumpulkan oleh Uthman?
Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir dan Tawārikh
menyebutnya[9].
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya Syiah
percaya bahawa al-Qur’an telah dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu
melihatnya seka rang, tanpa kurang meskipun satu huruf, tanpa penambahan
meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah
ditambah dan diku rangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul
tidak mengumpulkan nya, tetapi Uthmanlah yang telah mengumpulkannya apabila
beliau memegang jawatan khalifah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar