KITAB MUKTAMAR ULAMA - ULAMA BAGDHAD
UNTUK MENAMBAH KHAZANAH BACA JUGA
KITAB DIALOG SUNNAH - SYI'AH DI
PENSYAWAR PAKISTAN
SELEPAS
MEMBACA KITAB INI
hsndwsp
Acheh –
Sumatra
Di
Ujung Dunia
BAHAGIAN
KEEMPAT
Kelayakan
Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap
Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang
Mutaah, Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan
Ali A.S Menjadi Khalifah
Al-‘Alawi
berkata: Sesungguhnya kelayakannya adalah banyak. Pertamanya adalah penentuan
atau pilihan adalah daripada Allah dan Rasul-Nya.
Kedua: Ali
bin Abu Talib adalah sahabat yang paling alim. Justeru itu, Rasulullah
bersabda: Orang yang paling alim di dalam perundangan di kalangan kamu adalah
Ali” Umar bin al-Khattab berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan
kami di dalam bidang kehakiman[35]” Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah
bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar
atau hikmat, maka hendaklah dia mendatangi pintunya”[36]
Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengajar aku
seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w membuka untukku setiap pintu seribu bab”
[37]. Ini ternyata orang alim itu diutamakan daripada orang jahil. Allah
berfirman di dalam Surah al-Zumar (39):9:
“Katakanlah! Adakah sama mereka yang mengetahui dengan
mereka yang jahil”
Ketiga: Ali a.s tidak berhajat kepada orang lain sedangkan
orang lain berhajat kepadanya[38]. Tidakkah Abu Bakar berkata: "Pecatlah
aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu dan Ali ada
pada kamu". Tidakkah Umar berkata lebih daripada tujuh puluh kali:
"Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar”[39]. “ Mudah-mudahan Allah
tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di mana anda tidak ada padanya, wahai
Abu al-Hasan”[40]. “Jangan seorang daripada kamu mengeluarkan fatwa sedangkan
Ali berada di masjid” [41]
Keempat: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib tidak pernah
menderhakai Allah dan beliau a.s tidak pernah menyembah selain daripada Allah,
tidak pernah sujud kepada berhala sepanjang hidupnya sedangkan mereka bertiga
telah menderhakai Allah dan menyembah selain daripada Allah dan sujud kepada
berhala-berhala. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 124:
“Janjiku tidak akan dicapai oleh golongan yang zalim”.
Adalah jelas sekali bahawa penderhaka adalah seorang yang
zalim, justeru itu, dia tidak layak untuk mendapat janji Allah iaitu kenabian
dan khilafah.
Kelima: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib mempunyai fikiran
yang sejahtera dan akal yang tinggi, pendapat yang tepat berteraskan Islam.
Sementara orang lain mempunyai pendapat yang cetek berteraskan syaitan, Abu
Bakar berkata: "Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku".
Sesungguhnya Umar telah menyalahi Rasulullah pada tempat yang banyak. Uthman
mempunyai akal yang lemah, keluarganya memberi kesan sampingan yang buruk
terhadapnya umpamanya: Marwan bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w sebagai Wazagh bin al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak)[42]. Rasulullah
s.a.w telah melaknati Marwan dan keturunannya melainkan mukmin, maka bilangan
mereka adalah sedikit. Begitu juga dengan Ka‘ab al-Ahbar si Yahudi dan
lain-lain!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Abu Bakar
berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku”?
Wazir berkata: Ini terdapat di dalam kitab-kitab
sejarah[43].
Raja berkata: Adakah benar Umar telah menyalahi Rasulullah?
Wazir berkata: Kita akan meminta penjelasan daripada
al-‘Alawi apa yang dia masksudkan dengan kata-katanya?
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W
Al-‘Alawi berkata: Ya, para ulama Ahl al-Sunnah telah
menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar mereka sesungguhnya Umar telah
menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa tempat, di antaranya:
Pertama: Ketika Nabi s.a.w mahu mengerjakan sembahyang ke
atas Abdullah bin ‘Ubayy, sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah dengan
tentangan yang keras (qaasian) sehingga Rasulullah s.a.w terasa terkilan
sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Tawbah (9): 61
“Dan golongan yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka
azab yang pedih”.
Kedua: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya
dipisahkan di antara ‘Umrah tamattu‘ dan Haji tamattu‘ lalu mengharuskan suami
menghampiri isterinya di antara ‘umrah dan haji. Lalu ‘Umar menentangnya dan
berkata dengan kata-kata kesat: Adakah kami mengerjakan ihram sedangkan
zakar-zakar kami masih mengeluarkan air mani” (a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa
taqturu maniyyan). Lantas Nabi (s.a.w) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan
beriman dengan perkara ini selama-lamanya”. Dengan sabda ini bererti bahawa
Nabi s.a.w mengetahui bahawa Umar adalah di kalangan mereka yang beriman dengan
sebahagian [hukum] dan kafir dengan sebahagian [hukum].
Ketiga: Tentang nikah mutaah bahawa Umar tidak
mempercayainya. Apabila dia memerintah dan merampas kerusi khilafah, dia
berkata: Dua mutaah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya
dan aku menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]” (Mut‘ataani kaanataa ‘ala
‘ahdi Rasulillah wa ana uharrimu-huma wa u‘aqibu ‘alai-himaa) sedangkan
al-Qur’an menyatakan di dalam Surah al-Nisa (4):24:
“Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka.
Maka berilah kepada mereka maharnya”.
Ahli tafsir menyebut bahawa ayat tersebut diturunkan tentang
harusnya mutaah. Dan inilah amalan kaum muslimin sehingga pada pemerintahan
Umar. Manakala Umar telah mengharamkannya, perzinaan dan kejahatan di kalangan
kaum muslimin semakin bertambah. Justeru itu, Umar telah menggantungkan hukum
Allah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu perzinaan dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam
firman Allah Surah al-Mā'idah (5):44 .45 , 47:
“Barangsiapa
yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
golongan yang kafir”
“Barangsiapa
yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
golongan yang zalim”
“Barangsiapa
yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
golongan yang fasik”
Keempat: Di
dalam peperangan al-Hudaibiyyah sebagaimana telah disebutkan bahawa Umar telah
mengesyaki kenabian Muhammad s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah
menyalahi Rasulullah dan menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat terhadap
Rasulullah!
Raja
berkata: Pada hakikatnya aku juga tidak reda dengan nikah mutaah!
Al-‘Alawi
berkata: Adakah anda mengakui bahawa ia adalah daripada perundangan Islam atau
tidak?
Raja berkata: Aku tidak mengakuinya.
Al-‘Alawi berkata: Apakah makna Surah al-Nisa’ (4): 24:
“Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka.
Maka berilah kepada mereka maharnya”?
Dan apakah makna kata-kata Umar: Dua mutaah adalah halal
pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas
kedua-duanya [pelakunya]”? Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah
mutaah adalah harus dan berlaku pada masa Rasulullah, pada masa Abu Bakar dan
sebahagian pada masa pemerintahan Umar. Kemudian dia melarangnya dan
mengharamkannya?
Di samping dalil-dalil yang banyak, wahai raja, sesungguhnya
Umar sendiri telah melakukan mutaah dengan wanita-wanita[44] dan Abdullah bin
al-Zubair adalah anak mutaah!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai Nizam al-Mulk?
Wazir berkata: Hujah al-‘Alawi adalah kuat dan benar, tetapi
disebabkan Umar telah melarangnya, maka wajib ke atas kita mengikutinya.
Al-‘Alawi berkata: Adakah Allah dan Rasul lebih berhak
diikuti atau Umar? Tidakkah
anda membaca, wahai wazir, firman Allah di dalam Surah al-Hasyar (59):7
“Apa yang
diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia”,
Firman
Allah di dalam Surah al-Nisa ‘ (4): 59
“Dan
taatilah Rasul…”
Firman-Nya
di dalam Surah al-Ahzab (33): 21:
“Sesungguhnya
telah ada pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu”
Dan hadis
yang masyhur: Halal Muhammad itu adalah halal sehingga hari Kiamat dan haram
Muhammad itu adalah haram sehingga hari Kiamat”?
Raja
Mencelah
Raja
berkata: Aku percaya semua perundangan Islam, tetapi aku tidak faham, sebab
dihalalkan mutaah, adakah seorang daripada kamu mahu memberi anak perempuannya
atau saudara perempuannya kepada seorang lelaki supaya dia melakukan nikah
mutaah dengannya selama satu jam atau beberapa ketika, tidakkah ini satu
keburukan?
Al-‘Alawi
berkata: Apakah pendapat anda, wahai raja: Adakah manusia mahu mengahwinkan
anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan akad daim (nikah biasa)
kepada seorang lelaki sedangkan dia mengetahui bahawa lelaki itu akan
menceraikannya selepas satu jam atau beberapa ketika iaitu selepas berseronok
dengannya?
Raja berkata: Aku tidak mahu.
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengakui akad daim adalah
benar, talak selepasnya juga adalah benar, maka tiada perbezaan di antara akad
mutaah (munqati‘) dan akad daim selain daripada mutaah akan berakhir dengan
masanya dan akad daim akan berakhir dengan talak atau di dalam erti kata yang
lain: Akad mutaah adalah seperti akad sewa-beli (al-Ijaarah) dan akad daim
sepertilah akad milik di mana sewa akan berakhir dengan berakhirnya masa dan
milik akan berakhir dengan jualan umpamanya!
Justeru itu, perundangan mutaah adalah sejahtera dan benar,
kerana ia bagi menunaikan hajat dari hajat-hajat badan sebagaimana juga
perundangan nikah daim adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan
hajat daripada hajat-hajat badan.
Kemudian aku ingin bertanya anda, wahai raja, apakah
pendapat anda tentang janda-janda atau ibu-ibu tunggal yang mempunyai
anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan tiada seorangpun yang datang
melamar mereka? Tidakkah akad nikah mutaah merupakan satu cara untuk menjaga
mereka daripada kejahatan?
Tidakkah dengan mutaah, mereka mendapat harta untuk
perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim mereka.
Apakah pendapat anda tentang pemuda-pemuda dan lelaki di
mana keadaan tidak memaafkan mereka untuk berkahwin secara daim, tidakkah
mutaah merupakan satu penyelesaian untuk mereka bagi melepaskan daripada
kekuatan seks yang ganas?! Bagi menjaga daripada kefasikan?
Tidakkah mutaah itu lebih baik daripada zina, liwat dan
onani?
Sesungguhnya aku percaya, wahai raja, sesungguhnya jenayah
zina, liwat atau onani berlaku di kalangan kaum muslimin, kembali sebabnya
kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam dosanya, kerana dialah yang
menghalangnya dan mencegah kaum muslimin daripadanya! Banyak berita yang
menunjukkan bahawa zina telah meningkat di kalangan orang ramai semenjak Umar
melarangnya!
Adapun kata-kata anda, wahai raja, sesungguhnya aku tidak
mahu (La arghabu)…, sesungguhnya Islam tidak memaksa sesiapapun untuk
melakukannya sebagaimana Islam tidak memaksa anda untuk mengahwinkan anak
perempuan anda kepada lelaki yang mana anda mengetahui bahawa dia akan
menceraikan anak perempuan anda selepas satu jam atau beberapa ketika daripada
akad nikah. Tidak mahunya anda dan orang ramai di atas sesuatu perkara bukanlah
dalil di atas pengharamannya, kerana hukum Allah adalah tetap, tidak berubah
dengan hawa nafsu dan pendapat-pendapat!
Raja Tertarik Tentang Mutaah
Raja berkata kepada wazir: Hujah al-‘Alawi tentang harusnya
mutaah adalah kuat.
Wazir berkata: Tetapi para ulama telah mengikut pendapat
Umar.
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Sesungguhnya mereka yang
mengikut Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah sahaja bukan semua ulama.
Kedua: Hukum Allah dan Rasul-Nya lebih berhak diikuti atau
pendapat Umar?
Ketiga: Sesungguhnya para ulama kamu bercanggah sesama
sendiri tentang pendapat Umar dan perundangannya.
Wazir berkata: Bagaimana?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Umar berkata: Dua mutaah adalah
halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya: Mutaah haji dan mutaah
perempuan”. Jikalaulah pendapat Umar itu betul, kenapakah para ulama kamu tidak
mengikut pendapatnya tentang mutaah haji? Sesungguhnya para ulama kamu telah
menyalahi Umar dan berkata: Mutaah haji adalah benar sekalipun Umar
melarangnya!
Jikalaulah pendapat Umar itu batil, kenapakah para ulama
kamu mengikut pendapatnya tentang pengharaman mutaah dan mempersetujuinya pula?
Wazir diam dan tidak berkata apa-apa.
Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog
Raja berkata kepada para hadirin: Kenapakah kamu tidak
menjawab al-‘Alawi?
Salah seorang ulama Syiah bernama Syeikh Hasan al-Qasimi
berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar dan “pengikut-pengikutnya”, justeru
itu, mereka tidak berhak menjawab Sayyid al-‘Alawi, wahai raja.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Jikalau begitu, tinggalkan tajuk ini dan
bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Pembukaan Umar
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syiah menyangka bahawa tiada
kelebihan bagi Umar meskipun dia telah telah membuka beberapa negeri.
Al-‘Alawi berkata: Di sisi kami beberapa jawapan:
Pertama: Para pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri
adalah kerana perluasan tanah jajahan mereka, adakah ini kelebihan?
Kedua: Jikalaulah kita menerima pembukaannya satu kelebihan,
tetapi adakah pembukaannya itu dapat membenarkannya merampas khilafah Rasul?
Pada hal Rasul tidak menjadikan khilafah untuknya. Sesungguhnya beliau s.a.w
telah menjadikannya untuk Ali bin Abu Talib (a.s)… Apabila anda, wahai raja,
melantik seorang khalifah untuk menduduki tempat anda, kemudian seorang datang
dan merampas khilafah daripada khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian
dia membuka beberapa negeri dan melakukan amalan yang baik, adakah anda meredai
pembukaannya atau anda memarahinya, kerana dia telah menggulingkan orang yang
anda telah melantiknya dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?
Raja Memarahi Pembukaan Umar Dan seumpamanya
Raja berkata: Malah aku memarahinya dan pembukaannya tidak
akan menghapuskan jenayahnya!
Al-‘Alawi berkata: Begitulah pembukaan Umar adalah satu
kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif dan terbalik, kerana Rasul tidak
menyerang sesiapapun, malah peperangannya merupakan peperangan pertahanan.
Justeru itu, orang ramai mahu kepada Islam dan memasuki agama Allah
berpuak-puak, kerana mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama keamanan dan
keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri dan memasukkan
mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan, bukan dengan agama logik dan
peradaban. Justeru itu, ia menjadi sebab bertambahnya musuh-musuh Islam.
Justeru itu, Pembukaan Umar telah mencemarkan imej Islam dan memberi hasil yang
negatif dan terbalik.
Jikalaulah Abu Bakar, Umar dan Uthman tidak merampas
khilafah daripada tuannya yang sah: Ali bin Abu Talib a.s dan Imam Ali menerima
khilafah selepas Rasul secara langsung, nescaya beliau a.s akan mengikut sirah
Rasul, melaksanakan manhajnya yang betul. Dan ini akan menyebabkan orang ramai
memasuki Islam berpuak-puak dan Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi!
Tetapi: La haula wa la quwwata illa bi llahi al-‘Aliyyi al-‘Azim.
Di sini Sayyid al-‘Alawi bernafas panjang dan mendalam,
meluahkan perasaan hatinya, lalu memukul tangannya sendiri kerana dukacita di
atas apa yang telah berlaku kepada Islam selepas kematian Rasulullah (s.a.w)
disebabkan perampasan khilafah daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu
Talib a.s.
Raja Meminta Al-‘Abbasi Menjawab
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda kepada
al-‘Alawi?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak pernah mendengar
percakapan seperti ini sebelumnya!
Ikutilah Khalifah Rasulullah Yang Sah
Al-‘Alawi berkata: Sekarang anda telah mendengar percakapan
ini dan terserlah kebenarannya. Oleh itu, tinggallah khalifah-khalifah anda dan
ikutilah khalifah Rasulullah yang sah: Ali bin Abu Talib a.s. Kemudian
al-‘Alawi berkata: Hairan sekali urusan kamu, wahai golongan Ahl al-Sunnah,
kamu melupai dan meninggalkan asal dan mengambil cabang.
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana begitu?
Pembukaan Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana kamu menyebut pembukaan Umar,
tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu Talib!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah pembukaan Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata: Kebanyakan pembukaan Rasul telah dicapai
melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti Badr, Khaibar, Hunain [45], Uhud,
al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah pembukaan-pembukaan ini tidak ada; ia
merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak ada, nescaya tidak ada di sana Islam
dan Iman. Buktinya sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda ketika Ali a.s bertarung
dengan ‘Umru bin ‘Abd Wuddin pada hari al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan iman
secara keseluruhannya kepada syirik secara keseluruhannya, wahai Tuhanku, jika
Engkau mahu bahawa Engkau tidak disembah, maka Engkau tidak disembah”. Iaitu
sekiranya Ali dibunuh, maka golongan musyrikin berani membunuhku dan membunuh
semua kaum muslimin. Lantaran itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam dan
Iman. Beliau s.a.w bersabda: Pukulan Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih baik
daripada ibadat jin dan manusia” (Dharbatu ‘Ali yauma al-Kahndaq afdhal min
‘Ibadati al-Thaqalaini)[46]. Justeru itu, bolehlah kami mengatakan bahawa Islam
adalah bersifat Muhammadiyyun dari segi kewujudannya dan bersifat ‘Alawiyyun
dari segi kekekalannya. Sesungguhnya segala kelebihan kerana Allah dan Ali
hanya dari segi kekekalannya!
Al-‘Abbasi berkata: Jika kita katakan sahaja sebagaimana
kata-kata kamu bahawa Umar adalah bersalah dan perampas; dia telah menukar, dan
mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu membenci Abu Bakar?
Sebab-Sebab
Kebencian Kepada Abu Bakar
Al-‘Alawi
berkata: Kami membencinya disebabkan oleh beberapa perkara: Pertama: Apa yang
dia telah lakukan kepada Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah, penghulu wanita
semesta alam.
Kedua: Dia
telah membuang hukuman had ke atas penjenayah dan penzina: Khalid bin al-Walid.
Raja
Meminta Penjelasan
Raja
berkata di dalam kehairanan: Adakah Khalid bin al-Walid seorang penjenayah?
Al-‘Alawi berkata:
Ya,
Raja
berkata: Apakah jenayahnya?
Jenayah
Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya
Al-‘Alawi
berkata: Jenayahnya bahawa dia dihantar kepada sahabat yang mulia; Malik bin
Nuwairah di mana Rasulullah telah memberi berita gembira kepadanya bahawa dia
daripada ahli syurga. Abu Bakar telah memerintahkan Khalid supaya membunuh
Malik bin Nuwairah dan kaumnya. Malik di luar Madinah apabila dia melihat
Khalid mendatanginya dengan beberapa orang tentera, lalu dia memerintahkan
kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka pun membawa senjata.
Apabila
Khalid sampai kepada mereka, dia berbohong kepada mereka dan bersumpah kepada
mereka dengan nama Allah bahawa dia tidak bermaksud jahat kepada mereka seraya
berkata: Sesungguhnya kami datang bukan untuk memerangi kamu, malah kami adalah
tetamu kamu pada malam ini, maka Malik merasa yakin dengan kata-katanya
manakala Khalid bersumpah dengan nama Allah. Kemudian Malik dan kaumnya
meletakkan senjata dan pada masa itu telah masuk waktu untuk sembahyang, lalu
Malik dan kaumnya berdiri untuk mengerjakan sembahyang. Tiba-tiba Khalid dan
kumpulannya menyerang mereka, lalu mereka mengikat Malik dan kaumnya, kemudian
penjenayah Khalid membunuh mereka[47]. Kemudian Khalid tamak pada isteri Malik
(manakala dia melihatnya cantik) dan berzina dengannya pada malam di mana
suaminya dibunuh. Kemudian Khalid meletakkan kepala Malik dan kaumnya di
tuku dapur masak. Dia memasak “makanan zina”, lalu dia dan para sahabatnya
memakan makanan tersebut!
Umar Mahu Membunuh Khalid, Abu Bakar Menegahnya
Apabila Khalid kembali ke Madinah, maka Umar mahu membunuh
balas (kisas) Khalid kerana membunuh kaum muslimin dan ingin melakukan hukum
hudud kerana perzinaannya dengan isteri Malik, tetapi Abu Bakar (mukmin!)
menegah dengan kuat agar hukum hudud tidak dijalankan ke atas Khalid [48].
Perbuatan Abu Bakar ini mensia-siakan darah kaum muslimin dan menghapuskan
hukum hudud Allah!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan
oleh al-‘Alawi tentang hak Khalid dan Abu Bakar?
Wazir berkata: Ya, begitulah disebut oleh ahli sejarah [49].
Raja berkata: Kenapakah sebahagian kaum muslimin menamakan
Khalid dengan Saifullah al-Maslul (pedang Allah yang terhunus)?
Al-‘Alawi berkata: Dia adalah pedang syaitan yang lumpuh, tetapi
disebabkan dia adalah musuh Ali bin Abu Talib dan bersama Umar di dalam
pembakaran rumah Fatimah al-Zahra’ a.s, maka sebahagian Ahl al-Sunnah
menamakannya dengan nama Saifullah (pedang Allah)!
http://alhassanain.org/indonesian/?com=book&id=37
Tidak ada komentar:
Posting Komentar